Thursday, July 9, 2015

Isteri 3 Bulan! - Bab 4

Posted by Mommymam at 6:29 PM 4 comments
Bab 4

" Hah? Kamu ni Q, jangan buat mak sakit jantung boleh tak?" terperanjat Puan Hasinah apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Q. Q menggaru - garu kepalanya. Dia sendiri sebenarnya terperanjat bila keluarga Budiman tetap hendak datang merisik hujung minggu ni juga Lagi, dua hari je. Tapi, apa kan daya. Apa pun, rancangannya tetap diteruskan.

 "Q mana ada buat mak sakit jantung, mak. Kan Q cuma beritahu mak berita gembira je..." balas Q selamba sambil memecahkan kelapa untuk diparut sebentar lagi.

 "Hah? Orang nak datang merisik kau. boleh kau kata tak buat mak sakit jantung...eh, budak niiii..." "Ala, bukan nya sengaja pun. Benda ni tak dirancang pun." balas Q sambil memecahkan lagi kelapa untuk diparut.

 Puan Hasinah segera mendekati Q. Belakang telapak tangannya merasa dahi anak perempuannya yang seorang ni. "Kau ni demam ke tak? Sedar ke tak apa kau cakap ni?" tanya Puan Hasinah sambil memandang Q. Inilah anak daranya, ini jugalah anak bujangnya. Apakan daya, Q sajalah anak tunggal harapannya.

 "Ishh, mak ni...Q sedar lah apa Q cakap...cuma, Q tak sangka lah, begini cepat mak dia nak datang merisik..." Terang Q lagi. Aku sendiri pun, macam nak tercekik lidah bila dengar mama Budi tu nak datang merisik jugak hujung minggu ni.

 "Eh, Liya...cuba kau beritahu mak kau ni. Sejak bila kau bercinta dengan budak lelaki ni...? Apa ke bendanya nama dia tadi? Budi...?Budin? "

 "Budiman lah mak..." "Tak kisah lah, Budiman ke Budin ke,yang penting, setahu mak...kau ni dah macam jantan. Tak ada sorang pun yang nak dekat dengan kau apatah lagi nak jatuh cinta. Garang kau tu macam singa betina dah. Macam mana mak kau ni tak pelik bila kau kata kau bercinta dengan budak lelaki ni, nak datang merisik pulak tu..."panjang lebar Puan Hasinah berleterkan Q.

 Q yang sibuk membelah buah kelapa untuk di parut mengeluh perlahan. Ni yang aku malas nak jelaskan ni. Leceh! "Mak...mak ingat anak mak ni, tak laku ke... Ala, senang kata, mak terima je la ye..." Puan Hasinah yang sibuk menyiang sayur di sinki terus menoleh ke pintu dapur memandang Q.

 "Amboi, senangnya kau ye,anak bertuah...kan mak tanya tadi, sejak bila kau bercinta dengan budak ni...?" Q menyengih saja memandang emaknya yang kalut dan terperanjat mendengar cerita Q. Memang aku tak bercinta pun mak, dengan budak ni. Tapi, terpaksa lah kahwin dengan dia daripada mak nak kahwinkan aku dengan Lebai terlajak bujang tu. Q bermonolog di dalam hati.

 "Dia bukan budak lah mak, nama dia Budi..." balas Q merapati Puan Hasinah yang sedang mencuci sayur yang telah disiangnya tadi. "Yela, Budi ke budak ke...mak nak tahu, sejak bila kau bercinta dengan dia ni?" sambung Puan Hasinah lagi.

 Q mengambil mangkuk dan berlalu ke mesin parut kelapa di tepi pintu dapur. Di ambil bangku plastik merah tu, lalu duduk menghadap mesin parut kelapa sedia untuk memarut kelapa yang di belahnya tadi.

 "Lepas ni, kita pergi belanja dekat Mydin Q. Mak nak beli barang - barang dapur untuk di masak hujung minggu ni. Berapa ramai pihak dia nak datang nanti?" Q tersenyum. Geli hati dengan emaknya. Membebel tetap tak pencen, tapi membangkang apa yang dikatanya itu tidak. Itulah emaknya.
 "Hmm...mungkin dua buah kereta je kot mak. Agaknya lah. Tak apa lah, nanti Q 'confirm'kan semula dengan dia..." sebenarnya dia sendiri tak pasti. Tak terfikir dek akalnya tentang hal sebegini.
 "Yela, kalau macam tu...nanti mak nak jemput Pak Ngah kamu anak-beranak je lah ye..." Q hanya mengangguk. Cukuplah Pak Ngahnya sahaja yang mewakili keluarga sebelah emak. Buat apa nak ramai - ramai dijemput. Majlis merisik je pun.

 "Eh, mak tunggu jawapan kamu daripada tadi budak bertuah ni tau...sejak bila kamu bercinta dengan dia?" Hah, ni lagi satu perangai mak aku, tetap tak lupa apa yang disoalnya. Q membersihkan mesin parut kelapa tersebut sebelum memarut.
 "Dah 6 bulan dah mak...lebih kuranglah..."jawab Q perlahan. Rasa bersalah pula timbul, menipu sunat emaknya. Mana ada istilah menipu sunat, Q. Desis hati Q.

 " Betul cerita kamu ni? Jangan disebabkan Lebai tu datang bertanyakan hal kamu, kamu main tangkap muat je nak kahwin. Kahwin ni, bukan perkara yang boleh dibuat main - main Q..."

 Tersentap sejenak hati Q mendengar kata emaknya. Memang disebabkan si Lebai tu lah aku nak kahwin dengan Budi. Kalau tak, tak ingin dia nak berlakikan Budi tu. Lagi pun daripada kahwin dengan orang yang tak kenal, lebih baik aku kahwin dengan kawan baik sendiri. "Q...kamu betul bercinta dengan si Budi ni? Jangan kerana kamu tak nak kahwin dengan Lebai tu kamu paksa diri kamu kahwin dengan budak Budi ni..." tanya Puan Hasinah. Entah bila masa emaknya sudah berdiri di sebelah Q. Q memandang wajah tua emaknya. Kemudian senyum.

 "Memang saya bercinta dengan dia mak. Bukan sebab lari daripada nak kahwin dengan Lebai tu pun..." jawab Q perlahan. Dia sambung semula kerja memarut kelapanya. Salah ke tak ye, menipu bab macam ni? Bila menipu, tetap salahlah kan? Puan Hasinah memegang bahu Q dengan lembut. Q berhenti kerja memarutnya, mendongak dia memandang Puan Hasinah.

 " Q...kamu jangan salah sangka dengan mak ye. Bukan mak nak paksa kamu kahwin dengan Lebai tu, cuma...mak tak nak dengar lagi orang kampung ni mengata, mengumpat lagi hal kamu. Mak dah tak sanggup lagi Q. Mak sedih lihat hidup kamu di pandang hina..." sayu mata Puan Hasinah memandang wajah anak kesayangannya ini. Q mengangguk faham. Dia genggam kemas tangan emaknya.

"Tak apa mak. Q yang bersalah, biar Q yang bertanggungjawab hal ni...mak jangan risau lah hal Q. Q tak pernah salahkan mak..." Puan Hasinah mencium dahi Q penuh kasih sayang. Itu sajalah harta peninggalan arwah suaminya yang paling berharga. Q menarik nafas panjang dan dihembus perlahan. Dia masih ingat peristiwa dulu. Peristiwa yang sekian lama dia pendam dan kunci.

 " Q...bakal tunang kamu ni tahu kisah hidup kamu dulu?" tiba - tiba Puan Hasinah menyuarakan tentang peristiwa yang tak ingin Q mengimbasnya kembali. Q menghembuskan nafasnya perlahan sebelum menjawab soalan yang sukar untuk dia beri keputusan. Ada jugak terlintas di hati untuk memberitahu Budiman, tetapi dia lebih rela membiarkan saja peristiwa itu dikunci rapi.

 "Belum mak. Dia tak pernah tahu..dan Q pun tak pernah beritahu," jawab Q sambil meneruskan lagi aktiviti memarut kelapa. Masih ada 2 biji lagi. " Hmm...Mak ada dengar dalam ceramah Ustaz Azhar Idrus hal macam ni. Katanya, seeloknya tak perlu beritahu tentang keaiban kita pada bakal pasangan kita ataupun suami kita. Takut - takut terjejas hubungan suami isteri dan silap hari bulan boleh memusnahkan rumahtangga, Q..." ujar Puan Hasinah yang berdiri di sebelah Q sambil memerhatikan kerja Q.

 " Q tahu tu mak. Entahlah mak, nak jujur salah, tak jujur pun salah. Ni yang buat Q risau.Kalau tak jujur, tak beritahu dia pun. Lambat laun, dia akan dapat tahu juga dari mulut orang kampung ni. Lagi parah dibuatnya mak" Q mengeluh seketika. Puan Hasinah juga mengeluh dan terdiam sejenak memikirkan kata - kata Q tu ada benarnya.Tapi, kalau hati bakal tunang anak aku tu seorang hati yang budiman setara dengan namanya, mungkin dia boleh terima. Tapi, kalau dia tak terima macam mana? Ditinggalkan terkontang kanting anak aku ni? Kalau andartu tak mengapa lagi, tapi kalau janda? Lagi teruk anak aku di hina. Mana satu yang harus anak aku pilih? Ya Allah, permudahkanlah kehidupan anak ku Que Auliya Ya Allah. Rintih hati Puan Hasinah.

 " Habis tu, apa kamu nak buat Q? Nak beritahu? Berterus terang je?" tanya Puan Hasinah yang akhirnya bersuara setelah beberapa minit mendiamkan diri. " Entahlah mak, yang tu...nanti – nantilah Q fikirkan. Biar Q yang buat keputusan. Yang penting sekarang ni, kelapa parut mak yang menimbun ni nak diapakan?" soal Q sambil menunjukkan kelapa parut di dalam besen plastik yang sudah siap diparut.

 " Ha, simpan kelapa tu dalam beg plastic, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk macam biasa.” Balas Puan Hasinah sambil kakinya melangkah naik anak tangga ke rumah atas.

 “ Mak nak buat apa banyak sangat kelapa parut ni?” soal Q sambil menyimpan kelapa parutnya tadi. ‘Macam nak kenduri berlaukkan kelapa parut je mak aku ni,’ rungut hati Q. “Mak nak buat kuih, nak masak esok lusa. Kamu apa tahu!” jerit Puan Hasinah dari atas rumah. Suaranya pun dah sayup – sayup kedengaran.

Q hanya menuruti saja perintah emaknya. Segala permintaan dan suruhan emaknya, tidak dibantah. Sedaya upaya dia akan penuhi, tetapi tidak dalam hal perkahwinan. Tak sanggup dia berkahwin dengan lelaki yang dia tak kenal budi pekertinya. Biarpun Tok Imam sekalipun, tak mungkin dia terima. Bukan kerana tak percayakan ‘title’ Tok Imam tu, tapi setiap manusia kita tak boleh nilai dari segi pemakaiannya dan juga ‘tittle’nya. Lagi pun, yang nak kahwin dia, yang nak hidup serumah, sebilik pun dia juga. Bukan emak. Jadi, biar dia yang tentukan siapa yang hendak dia kahwin. Eeh, macam nak kahwin lama sangat je aku ni. Tiga bulan je Q. Jangan berangan. Yang penting, selamatkan diri daripada kena kahwin dengan Lebai tu, kemudian tutup mulut jahat makcik – makcik kampung ni. Sudahlah. Selesai masalah aku.

 “Apa yang kau menungkan dalam peti ais mak tu? Dah, pergi bersiap. Kita pergi belanja barang dapur di Mydin.” Sergah Puan Hasinah di atas tangga rumah. Tarik nafas panjang Q bila disergah suara emaknya yang kuat dan nyaring tu. Emak ni, mahu mati sakit jantung kemudian hidup semula kemudian mati sakit jantung lagi kalau dengar suara dia lah. Q terus melangkah ke biliknya dan bersiap.

 Semasa sedang bersiap, Q menelefon Budiman. Dia teringat pertanyaan emaknya yang ingin tahu berapa ramai dari pihak Budiman yang datang masa majlis merisik nanti.
 “ Hello, Assalamualaikum.” Sapa Q setelah mendengar talian telefon Budiman dijawab.
 “ Wa’alaikumsalam, eh, dah pandai beri salam lah kawan baik aku ni sejak dua menjak nak kahwin ni…” usik Budiman sambil terkekeh-kekeh mentertawakan Q.

 Q merengus tak puas hati. Siap kau esok aku jumpa!
 “ Kau tunggu Budi, tunggu aku jumpa kau nanti!” marah Q.

 Semakin galak Budiman ketawa mendengar ugutan Q. Ah, Q..bila lagi aku dapat usik kau macam ni. Kalau tidak, kau garang mengalahkan singa betina.
 “Dah, dah lah tu gelak. Ni, aku nak Tanya kau ni. Mak aku suruh tanya, keluarga dari pihak kau berapa orang nak datang hujung minggu ni nanti?” soal Q sambil memakai seluar jeans nya.

 “ Ok, Ok. Pasal hal tu, aku rasa mama aku cakap dalam 3 family kot. Pak Long aku, Pak Ngah aku dan juga Mak aku lah. Lebih kurang dalam 9-12 orang kot. Kenapa?”

 “Hmm, mak aku nak budgetlah untuk masak berapa orang nanti. Dah, lah. Tu, je. Bye.”

 Klik! Talian dimatikan.

 Ternganga mulut Budiman. Baru niat di hati nak sambung berborak lagi. Hai, kenapalah minah ni tak romantik langsung. Manja? Apatah lagi nak manja. Esok-esok aku nak bermanja alamatnya, makan kaki dia lah aku kena sepak. Eh, ke situ pulak aku fikir. Dah kenapa aku ni? Kahwin untuk tiga bulan je Budi oi. Jangan lupa! Omel Budiman di dalam hati sambil memandu ke shopping complex yang tidak jauh dari tempatnya kerjanya. Dia sudah berjanji dengan mama di sana. Hai, Q,Q…jangan esok kita jatuh cinta dah lah Q. Mana aku nak letak Maria Neesa aku tu nanti.

 Setelah bersiap semuanya, Q membawa Puan Hasinah berbelanja di Mydin. Seperti biasa, memang penuh satu troli jika emaknya berbelanja. Puan Hasinah memang suka berbelanja untuk 1 bulan sekali. Jimat dan senang. Tak perlu hendak keluar lebih kerap. Tetapi, macam biasalah. Q yang menyorong troli yang penuh dan sarat dengan bekalan makanan sebulan termasuk bahan – bahan masakan untuk majlis merisik dia nanti. Merisik? Untuk aku ke ni ? Macam tak percaya. Hahahaha, gelak Q di dalam hati sambil membuntuti belakang Puan Hasinah. Macam main pondok – pondok je aku ni. Pondok – pondok ke kahwin – kahwin ea? Ah, tak kisah lah. Yang penting, aku hidup sebagai isteri Budi hanya selama tiga bulan je. Tak lama. Jadi janda lepas tu, lebih senang hidup aku. Masa kahwin, seluruh kampung perlu tahu, tapi bila dah bercerai jadi janda. Orang kampung tak mungkin tahu kan. Diam – diam sudah. Ah, heaven hidup aku. Omel Q di dalam hati di sepanjang menyorong troli menuju ke kereta.

Puan Hasinah sudah siap membeli belah barang dapur, dia pergi pula ke kedai – kedai tudung di luar Mydin tu. Q seperti biasa mahu menyimpan barang – barang yang dibeli tadi ke dalam but kereta sebelum dia menyusul emaknya di kedai tudung tersebut.

 Tiba – tiba ada tangan menyentuh bahu Q dari belakang. Dengan pantas dan cekapnya, Q menepis kuat tangan yang menyentuh bahu nya tadi. Alangkah terperanjatnya Q bila melihat wajah itu. Melihat wajah itu, mengingatkan dia kembali peristiwa hitam di dalam hidupnya sepuluh tahun lalu.Peristiwa yang menyebabkan kematian ayahnya. Peristiwa yang menyebabkan dia berterusan hidup seperti ini. Peristiwa yang menyebabkan dia dipandang hina dan jijik di hati penduduk kampung itu.

 “ Maafkan pakcik…Kamu Liya kan?Liya anak Sinah…” tegur lelaki yang menyentuh bahu Q sebentar tadi.

 Berombak dada Q melihat wajah lelaki tua itu. Apa yang terlintas di hati setannya, ingin saja dia menampar muka lelaki tua itu. Tetapi, dilubuk hati kecilnya mengatakan jangan. Jangan ikutkan nafsu, jika tidak binasa. Hanya hati yang berbicara kini ketika memandang wajah lelaki tua itu. Fikiran turut bercelaru antara waras dan tidak. Kelu. Diam. Sepi.

 “Liya…pakcik nak minta maaf nak…pakcik minta ampun dengan apa yang berlaku dulu….” Rayu lelaki tua itu sambil menunduk merayu minta diampunkan. Terdengar suara sendu seakan merintih memohon ampun. Dia semakin mara mendekati Q. Seakan ingin mencapai tangan Q memohon maaf.

 Q hanya kelu, diam tak bersuara. Pandangannya kini keliru. Adakah ini mimpi? Atau adakah ini realiti yang aku lihat? Pakcik Hassan yang dulunya segak, bergaya, angkuh dan sombong berubah 200%. Biar betul. Q mengerlipkan matanya berulang kali.

 “Hei, apa kau nak dengan anak aku ni? Tak puas lagi kau nak malukan kami sekeluarga? Tak puas lagi kawan baik kau si Farish tu mati, sekarang kau nak siapa mati pula? Aku?” jerkah Puan Hasinah dari belakang lalu menghampiri Q. Q terus memaut lengan emaknya lalu digenggam kemas tangannya. Risau dia bila melihat emaknya naik darah begitu. Tidak ku sangka, Puan Hasinah garang begini.

 Pakcik Hassan serta merta mengangkat mukanya memandang muka Puan Hasinah. Puan Hasinah hanya menjeling. Parut luka lama dalam keluarga kami luka kembali.

Sunday, September 14, 2014

Aku bidadari. Kau Imamku.

Posted by Mommymam at 10:55 PM 3 comments

Prolog

Dian...apa yang perlu kau buat sekarang? Terima atau tidak? Aku menafikan maka aku munafik. Ya Allah. Aku berdusta pada diri pun aku munafik. Ya Allah. Ampunkan aku. Aku masih isteri dia.

Dian merenung jauh ke luar jendela. Tiupan bayu yang lembut menjatuhkan uraian rambut di dahinya. Nampak lesu tetapi tetap ayu wajah Dian. Bunyi notification tak henti - henti di telefon bimbitnya. Whatsapp agaknya. Dian hanya memandang kosong telefonnya. Sekosong akal fikirannya.

Kalau ikutkan hati yang merajuk,kecewa. Parah menyesal nanti kau Dian. Hati kecil Dian tiba - tiba bersuara. Dian tersedar. Apa harus aku lakukan sekarang? Solat istikharah? Ya. Solat. Berdoa pada Dia. Hanya pada Dia harus serah kembali segala keraguan aku. Takut - takut,hati syaitan yang merasuk akal fikiran aku. Membuat aku mengambil tindakan yang menjunamkan aku lebih dalam ke neraka. Kerana aku masih isteri dia yang sah.

Dian terus mencapai tuala di ampaian untuk bersiap. Sempat lagi dia mencapai telefon bimbitnya,terus mendail nombor telefon Qila. Bestfriend Forever till jannah,katanya.

"Aku jumpa kau di Old Town cafe tempat biasa." Talian dimatikan setelah Qila bersetuju. Bergegas Dian berlari ke bilik air. Baru nak mandi pagi,jam dah pukul 11pagi. Dian,Dian...

Aku memang bidadarinya. Dia memang imam aku hingga ke syurga. InsyaAllah. Aamiinn. Terdetik hati Dian.

 

DeHearty Gurl Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal