Friday, October 11, 2013

Isteri 3 Bulan! - Bab 2

Posted by Mommymam at 4:00 AM 0 comments

Bab 2

Maria Neesa berlari keluar dari toilet bila mendengar telefon bimbitnya berdering. Sambil membetulkan tualanya yang hampir terlucut, dia menjawab panggilan itu tanpa melihat siapa pemanggilnya.

" Hello..."

" Assalamualaikum  Neesa sayang..."

' Hah! Budiman...oh my God! Ish, bodohnya aku! Kenapa tak tengok nama siapa yang call ni tadi' rungut Maria Neesa di dalam hati.

" Waalaikumsalam...abang...kenapa call ni?" jawab Maria Neesa yang agak gementar dan takut. Takut rahsianya terbongkar.

"Saja...abang rindu Neesa sangat. Ingatkan nak call Neesa malam nanti, tapi abang tak sabar nak dengar suara Neesa. "

" Ohh...macam tu ke....er...okay..."

" Kenapa Neesa? Abang ganggu Neesa tengah study ke? Abang minta maaf sayang..."

" Eh...er..tak lah...okay je...tapi boleh tak...abang call Neesa..."

" Who' s calling darling? "  suara lelaki dari dalam toilet bertanyakan pada Maria Neesa. Dengan pantas dia menekup telefon bimbitnya dengan tapak tangannya agar Budiman tidak mendengar butiran percakapan suara itu.

" Wait...Im coming..." jawab Maria Neesa perlahan. Lebih baik jangan jawab soalan tu. Takut Budiman dengar pulak.

" Hello abang...sorry ye. Abang call Neesa nanti malam ye...boleh?" sengaja dimanjakan suaranya agar dapat mencairkan hati Budiman yang setia pada cinta.

" Err..hmm...baiklah sayang. Jaga diri ye. Jangan tidur lewat malam sangat. Goodnight Neesa..."

" Good night..."

Klik!

Dengan pantas talian dimatikan. Budiman terdiam. Agak sedikit terkedu dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. Betul ke apa yang aku dengar tadi? Suara lelaki? Di tengah malam? Kalau sini pada waktu siang, di Manchester sana adalah pada waktu tengah malam, hampir ke subuh lah. Ah! Mungkin aku salah dengar kot. Jangan berprasangka buruk pada cinta. Tak mungkin Neesa aku melakukan perkara yang terkutuk. Dia perempuan yang baik yang aku kenal dari sekolah lagi walaupun dia tidak bertudung. Tak mungkin lah. Budiman bermonolog dengan dirinya sendiri.

Sepanjang perjalanan di dalam kereta, Budiman terfikir akan hal perkhawinan dia dengan Q pula. Bagaimana aku nak mulakan beritahu pada mama ye? Macam mana aku nak tolak permintaan mama ni?Aduh, fikir, fikir. Hmm, aah, ye tak ye. Baru aku terfikir, kenapa Q nak tiga bulan je ikat nikah? Lepas tu minta cerai pulak? Dia ni, macam mana boleh terfikir nak buat kerja gila macam ni? Dan aku pulak, sama gila sebab terima je idea dia ni. Ah, aku call Q lah.

" Hello, Sayang..." Budiman mengawal gelak mengusik Q.

" Woi! Kau ni kenapa?  Gila? "

" Ye sayang...abang gila kan sayang..."

" Eeeiii....geli lah aku. Jangan nak ber'abang' 'sayang' bagai lah...aku tumbuk muka kau nanti!"

" Alaaa...kata nak kahwin dengan aku. Kita praktis lah..." jawab Budiman sambil tergelak - gelak mengusik Q.

" Tak ada maknanya nak praktis...kau nak apa call aku ni? "

" Mak aiii, mak uuu...garangnya. Call pun tak boleh..." usik Budiman lagi. Tersenyum dia, suka bila dapat mengusik Q begini. Bukan senang nak usik Q macam ni.

" Mahu tak garang. Dah kau sewel macam ni...Dah lah. Cepat cakap, kau nak apa ni call aku? " Q memang tak suka benar orang usik dia macam tu. Alergic bagi diri dia.

" Ye la, yela...nak romantik pun tak boleh....aku nak tanya, kenapa kau rancang kita kahwin untuk tiga bulan je? Lepas tu kita bercerai. "

"Woiii, pakcik! Kau ingat aku nak hidup lama sangat ke dengan kau? Kau ni apa lah bongoknya tak boleh fikir...pujaan hati kau kan lagi empat bulan dah nak balik, kalau kau masih jadi laki aku lagi. Macam mana kau nak kahwin dengan Maria Neesa kau tu? Faham dah? "

" Aah...kan...kenapa lah aku tak fikir dari tadi. Tapi, apa salahnya kalau aku kahwin je dengan Maria Neesa tu. So, maknanya kau isteri pertama aku, dia madu kau lah...hahaha..." gelak sakan Budiman  bila memikirkan hal tu.

" Choiii! Tak nak aku! Dah lah, aku malas layan kau..."

" Alaa...kau ni pun...layan aku pun tak nak, macam mana esok nak layan aku sebagai suami kau..."

"Huh! Lantak kau lah...suami tak suami, ada aku kisah? "

"Yela...weh, Q...aku dah sampai rumah aku ni...tapi nampak macam ada kereta Pak Long aku lah. Aduh, mati aku..."

Q hanya menggelakkan saja di hujung talian. Budiman pula sudah resah gelisah. Apa yang patut dia buat sekarang ni....

" Okay Q...apa - apa hal, aku call kau ye...wait for me! "

Klik!

Q pelik. Wait for me? Apa maksud dia ni? Gila apa! Budi, Budi...pandai -pandai kau lah nak setelkan dengan Pak Long kau tu macam mana. Silap hari bulan, Pak Long dia bawa rombongan merisik terus untuk si Hani Insyirah tu. Hehehe... Perempuan merisik lelaki? Bagus. Ikut cara Siti Khadijah, isteri baginda Rasulullah saw.

Budiman berjalan menuju ke pintu utama rumah dengan perlahan. Di lihatnya, dua buah kereta di perkarangan halaman rumahnya kini. Satu tu, kereta Pak Long. Satu lagi tu, kereta siapa pulak. Hani Insyirah? Ohh, shit!

"Hah, Budi...yang duk tercegat kat luar tu kenapa? Masuklah...Pak Long kau baru sampai ni...cepat masuk " sergah Puan Seri Khatijah pada Budiman yang bercekak pinggang memerhatikan kereta di perkarangan halaman rumah.

Budiman cuba untuk memaniskan wajahnya dengan sedikit senyuman bila memandang mama nya. Dengan berat kakinya melangkah masuk ke rumah. Pak Long dan Mak Long memandangnya dengan wajah yang manis gembira suka. Budiman tunduk menganggukkan kepalanya sebagai tanda menyapa dari jauh. Dalam hati Budiman bermonolog sendiri. Pak Long dan Mak Long saja ke? Si gedik tu tak ada ke?

"Pergi salam lah cepat..." bisik Puan Seri Khatijah sambil mencuit pinggang Budiman yang tercegat berdiri di muka pintu.

Puan Seri Khatijah terus duduk di sebelah Mak Long, kakak ipar nya. Lalu Budiman berjalan dengan perlahan menuju ke arah Pak Long dan Mak Long untuk bersalaman.

"Kacak sungguh anak teruna Mak Long ni..." sapa Mak Long ketika Budiman bersalaman dengannya. Rambut Budiman diraup Mak Long dengan penuh kasih sayang. Mana tidaknya, dari kecil lagi Mak Long membela Budiman semasa mereka tinggal serumah bersama di kampung suatu masa dulu.

Pak Long hanya melemparkan senyuman ketika Budiman bersalam mencium tangannya. Namun, di dalam hati Budiman berdoa sebanyak yang mungkin. Tolonglah ya Allah, buka kan lah hati Pak Long aku ni agar dia memahami kehendak hati aku dengan apa yang aku bakal sampaikan pada dia nanti. Aku tak nak beristerikan Hani Insyirah ya Allah. Aku nak beristerikan wanita yang boleh aku bimbing, yang boleh berkongsi bersama dan boleh membahagiakan dunia dan akhirat. Jauh di sudut hati Budiman, wanita itu adalah Maria Neesa. Siapa lagi yang dia boleh fikir kan lagi.

" Hah...Hani...salam lah dengan abang Budi..." tegur Puan Seri Khatijah pada Hani Insyirah yang datang membawa dulang bersama hidangan minum petang.

'Hah! Gedik ni ada sini...? Ya Allah...kuatkan lah hati aku. Selamatkan lah hati aku...' Budiman  berdoa lagi dalam hati sambil matanya terus melihat Hani Insyirah yang sedang menuang air kopi panas ke dalam cawan. Pakai tudung ke perempuan ni? Kalau tak silap aku, tempoh hari aku ternampak dia dengan kawan - kawan dia keluar dari panggung wayang tak pakai pun tudung. Eh, ajaib ni!

Setelah selesai menghidangkan minuman petang, Hani Insyirah menghampiri Budiman untuk bersalaman. Budiman menyambut salamnya, tapi hanya dengan hujung jari sikit saja. Puan Seri Khatijah yang nampak akan tindakan Budiman itu, dia mencegelkan matanya pada Budiman. Budiman pula hanya menggerakkan bibirnya mengatakan 'haram'. Puan Seri Khatijah mengetap bibir. Budiman tersenyum. Dia tahu, mama sangat geram dengan tindakan mengenakan Hani Insyirah tadi.

Sepanjang petang itu sambil menikmati minuman petang, mereka berbual panjang tentang tanah di kampung, saudara mara dan lain - lain hal hinggalah masuk ke topik jodohkan Budiman dengan Hani Insyirah. Budiman sudah mula kembali gelisah. Patut tak aku teruskan apa yang aku rancangkan? Budiman menyoal dirinya sendiri. Di samping itu, mata nya memerhatikan Hani Insyirah yang bermanja - manja dengan mama nya. Meluat matanya melihat lakonan Hani Insyirah yang berpura - pura sopan di depan ibu bapanya dan mamanya.

Pak Long menepuk peha Budiman mengejutkan lamunan monolog nya sendiri.

" Budi...Pak Long rasa Budi dah sedia maklum dengan hajat Pak Long sekeluarga. Kalau ikutkan, Pak Long malu nak tanya, kiranya ni ibarat pihak perempuan merisik lelaki lah kan..."

Budiman hanya mengangguk perlahan sambil menundukkan wajahnya. Tak sanggup dia melihat wajah tua Pak Longnya. Dia sayang sangat Pak Long, tapi tak mungkin mengorbankan masa depannya dengan Maria Neesa.

" Budi...Pak Long dan Mak Long anggap Budi macam anak lelaki kami sendiri. Hani pun anak kami jugak. Jadi, apa yang mama kamu beritahu kamu tu adalah hajat dari Hani Insyirah sendiri. Pak Long tak nak kerana anak Pak Long, mama kamu memaksa kamu pula..."

Budiman terus memandang mamanya. Puan Seri Khatijah mengerti maksud pandangan anak teruna nya itu. Mesti Budiman nak mengata aku yang sibuk sangat memaksa dia kahwin lah tu. Omel, Puan Seri Khatijah.

" Budi..." Pak Long bersuara lagi memanggil Budiman yang sedari tadi hanya mendiamkan diri bila dibuka topik ini. Budiman hanya menundukkan diri.

" Ya Pak Long..." Budiman menyahut panggilan Pak Long dengan perlahan dan sopan. Gementar di dalam hati, Allah saja yang tahu.

" Pak Long tanya dari hati Budi sendiri. Seikhlas hati yang mungkin. Biarlah Pak Long dan Mak Long mendengar jawapan dari mulut kamu sendiri. Dan yang paling penting, Hani Insyirah mendengar sendiri jawapan dari kamu. Senang kata, kami sekeluarga dari pihak perempuan datang merisik kamu memandangkan kamu tidak memberi sebarang jawapan kepada mama kamu..."

Budiman terus mengangkat mukanya memandang wajah sayu tua Pak Long nya yang dianggap seperti bapanya sendiri juga. Rasa bersalah dalam hati terus merebak di pelusuk lapis hati Budiman. Dia juga sedar, mamanya juga menyembunyikan hubungan dia dengan Maria Neesa dari pengetahuan Pak Long dan Mak Long. Disebabkan itu, Pak Long mengatakan mamanya memberitahu bahawa tiada respon dari mulut dia.

Pak Long menepuk perlahan bahu Budiman sambil tersenyum. Dia nampak akan hati anak muda ini rasa bersalah terhadap dirinya.

" Tak mengapa...tak salah pun kalau pihak perempuan yang datang merisik. Seperti Siti Khadijah isteri baginda Rasullullah s.a.w, beliau yang menghantar orangnya merisik baginda untuk dirinya....betulkan? Apa yang Pak Long katakan ni..."

Budiman hanya mengangguk perlahan, sambil tersenyum hambar. Masih sayu di hatinya mendengar kata - kata Pak Long. Sekilas matanya ternampak Hani Insyirah memerhatikan dirinya dengan tekun. Uishhh! Macam nak makan aku je gamaknya. Ishhh! Risau aku dengan budak mentah ni.

Hani Insyirah memandang wajah Budiman yang penuh sopan dan kacak itu. Alangkah bahagianya aku jika mengahwini dia. Dah lah kacak, berbudi bahasa dengan orang tua. Aku harap sangat dia terima aku sebagai isteri dia. Apa kurangnya aku nak dijadikan isteri dia? Ramai lelaki gila kan aku, tapi aku gilakan kau abang Budiman. Aku akan pastikan dia jadi milik aku. Dah lah aku hebohkan pada kawan - kawan aku, bahawa aku akan bertunang dengan dia. Kalau tak jadi, malu aku. Hani Insyirah bermonolog dengan dirinya sambil memerhatikan gerak geri Budiman di sebelah ayahnya.

"Budi...Pak Long nak tanya Budi. Jawablah dengan jujur. Bila Budi jawab, Pak Long tahu dengan senang hati kehendak hati Budi sebenarnya. Apa pun jawapan Budiman, Pak Long tetap terima dengan terbuka hati seluasnya" Pak Long bersuara lagi memandangkan Budiman masih diam membisu. Mak Long pula mengangguk- anggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata - kata Pak Long.

Hani Insyirah memandang wajah ayahnya. Ala ayah ni, ada pula cakap macam tu. Kalau abang Budi tak setuju, mana boleh terima je. Hani tak terima, yah! Bentak hati Hani Insyirah.

Pak Long memandang wajah Budiman yang menunduk sedari tadi.

" Budi dah ada pilihan hati untuk dijadikan isteri? " inilah soalan Pak Long yang ditunggu - tunggu.

Budiman terus memandang wajah Pak Long nya. Kemudian memandang wajah mamanya. Puan Seri Khatijah menggelengkan kepala sebagai isyarat jangan beritahu Pak Long hal sebenarnya. Budiman tak setuju dengan isyarat yang mama berikan. Budiman memandang kembali wajah Pak Longnya. Adakah aku harus cakap yang sebenar atau ikut saja kemahuan mama? Takkan lah aku nak korbankan hidup aku demi budi Pak Long pada keluarga aku. Tak...tak mungkin.

Budiman memandang lagi wajah Pak Longnya. Pak Long tetap tersenyum.

" Tak mengapa Budi...cakap je terus terang dengan Pak Long. Pak Long terima nak..."

Aduh! Sayu hati aku dengar. Rindu mendengar suara ayah. Budiman merintih dalam hati, teringat jika ayahnya ada pasti boleh merungkai persoalan di hatinya kini.

" Jawab saja Budi...kamu terus terang dengan Pak Long. Pak Long sekeluarga takkan berkecil hati. Lagi pun sekarangkan zaman teknologi tinggi. Tak eloklah nak paksa jodohkan anak - anak muda sekarang kan..."

Kata - kata Pak Long memberi perangsang dalam hati Budiman. Budiman mengangguk perlahan tanda setuju.

" Hmm...Budi sebenarnya dah ada Pak Long...maafkan Budi, Pak Long...maafkan Budi..." Budiman terus melutut memohon maaf kepada Pak Long. Terasa diri sangat bongkak pada orang tua ini. Tidak ada niat di hati hendak membuat Pak Longnya datang menghadap untuk mendapatkan jawapan kepastian dari mulutnya. Maafkan Budi, Pak Long...hati Budiman merintih lagi.

Pak Long mengusap belakang badan Budiman. Memujuk anak lelaki ini.

" Tak mengapa Budi...Pak Long faham anak muda zaman sekarang. Janganlah risaukan Pak Long. Pak Long sekeluarga tak kecil hati pun."

Tak kecil hati ayah kata? Hani Insyirah terasa bengang dan malu dengan jawapan yang diberikan Budiman. Terasa hendak marah satu kampung, kenapa ayah terima saja jawapan abang Budi. Pujuk lah dia lagi ayah!

" Sungguh Pak Long? Pak Long tak kecil hati? Mak Long? " Budiman bertanya takut jika Pak Long berkecil hati dengan jawapannya.

" Tak, nak...tak. Pak Long faham dengan perasaan dan hati kamu..."

Ya Allah, lega sungguh hati Budiman bila segala yang dipendam telah diluahkan. Namun, masih ada sedikit rasa bersalah dan takut serta risau di suatu sudut dihatinya. Rasa bersalah kerana terpaksa menolak permintaan Pak Long. Rasa takut dan risau pula adalah kerana mama. Ye, mama! Takut mama berkecil hati. Takut mama terasa hati. Hidup tak bahagia dunia akhirat lah aku jika mama tak maafkan aku dan masih berkecil hati dengan tindakan aku. Tak mengapa. Masih ada perkara yang perlu diberitahu pada mama. Berharap mama bersabar ye...Budiman terfikir akan rancangannya yang akan berkahwin dengan Q, bukan Maria Neesa. Harapnya mama setuju! Pasti setuju! Sebab, kata mama asalkan bukan Maria Neesa isteri aku.

Puan Seri Khatijah memandang wajah Budiman dengan tajam dan penuh geram. Tak sangka anak kesayangannya akan menolak permintaannya semata - mata demi perempuan tu. Bagi Puan Seri Khatijah, niat dihatinya hendak kahwinkan Budiman dengan Hani Insyirah adalah semata -mata nak jauhkan Budiman dari Maria Neesa. Tapi, tak disangka. Keras betul kepala anak lelakinya yang seorang ni!

Budiman mencapai tangan tua Pak Long lalu diciumnya bertalu.
" Terima kasih Pak Long...dan sekali lagi, Budi minta maaf Pak Long, Mak Long..."

"Tak mengapa...Mak Long dan Pak Long terima saja jawapan kamu. Cuma kami ikutkan saja permintaan Hani Insyirah. Degil benar dia, nak kan jugak kamu tu. " Mak Long pula yang bersuara sambil matanya memandang Hani Insyirah yang duduk di sebelah mamanya.

Pak Long dan Mak Long kenal benar akan anak tunggalnya itu. Degil dan keras kepala tak bertempat. Entah kenapa boleh berubah perangainya menjadi sebegitu. Kalau dia kata hitam, hitamlah. Kalau putih, putihla katanya. Disebabkan itu, Pak Long dan Mak Long bawa bersama Hani Insyirah bagi merisik Budiman, abang sepupunya sendiri. Biar dia dengar dengan telinga dan matanya sendiri jawapan dari Budiman. Sedangkan, Pak Long dan Mak Long sudah maklumkan terlebih awal lagi pada Hani Insyirah bahawa orang lelaki zaman sekarang pasti dah ada pilihannya sendiri. Tak mungkin, Budiman ingin berkahwin dengan adik sepupunya sendiri. Oleh kerana degil, nah! Dengarkan sendiri.

Budiman memandang Hani Insyirah. Walaupun hatinya tak suka, tapi tidaklah begitu kejam hingga membenci. Budiman menganggap Hani Insyirah seperti adik sahaja. Tidak lebih dari itu.

" Maafkan abang Hani...abang tak ada maksud nak kecewakan hati Hani...walaumacam mana pun, Hani tetap abang anggap macam adik abang ye..."

Hani Insyirah hanya mengangguk senyum. Tapi dalam hati, menyirap darahnya ke muka. Terasa malu ada, marah ada, sedih pun ye juga. Adik yang abang anggap? Adik? Aku bukan adik kau lah! Marah sungguh hati Hani Insyirah kini. Dia tahu, Budiman memang dari sekolah lagi bercinta dengan Maria Neesa. Disebabkan dendam lamanya di zaman sekolah lah, Hani Insyirah mahu merampas cinta Budiman pada Maria Neesa. Tak sangka, setia sungguh Budiman pada Maria Neesa hingga sanggup menolak pinangan dia.

" Tak mengapa Budi...jangan rasa bersalah pulak. Jangan Budi risaukan si Hani tu. Ramai yang nak merisik dia, tapi semua ditolaknya. Jangan risaulah. Ada lah jodoh dia nanti." Pak Long bersuara bila melihatkan Hani Insyirah anaknya itu hanya mendiamkan diri bila Budiman meminta maaf. Dia kenal benar isi hati anaknya itu, kecewa lah tu bila hajatnya tak diterima. Tapi, Pak Long yakin dia boleh memujuk hati anak daranya itu.

Budiman memandang Pak Long sambil tersenyum. Pandang pula pada mamanya, masam mencuka. Ha, faham lah dia kini. Mama sudah merajuk dengannya. Tak mengapa, akan dia bereskan hal dia dengan mama selepas Pak Long dan Mak Long pulang nanti.

" Siapa buah hati Budiman tu? Boleh Pak Long kenal? Tak sabar Pak Long nak kenal bakal isteri kamu tu...maklumlah, bakal menantu Pak Long juga kan...tak gitu? " Pak Long gelak bagi memeriahkan sedikit suasana yang agak suram sedari tadi.

Tapi soalan Pak Long mengejutkan jantung Budiman yang tak dijangka soalan tu akan keluar. Aduh, nak terus terang ke tak ye? Soal Budiman dalam hati.

Puan Seri Khatijah juga turut terperanjat dengan soalan abangnya itu. Gementar juga hendak mendengar jawapan dari Budiman ni. Takut silap hari bulan, dia melenting memarahi Budiman di depan abang dan kakak iparnya. Malu Budiman, malu juga dirinya. Dengan harapan, janganlah Budiman jawab soalan Pak Longnya itu. Tak sanggup dia nak dengar nama Maria Neesa.

"Err...siapa orangnya tu, Pak Long dan Mak Long jangan risau. Nanti saya tetapkan tarikh dan waktu nak bawa buah hati saya tu datang sini, saya panggillah jugak Pak Long dan Mak Long ke mari ye..." ujar Budiman dengan tenang.

"Baiklah Budi...jangan kamu lupa Pak Long dan Mak Long kamu nanti... Tapi...Siapa namanya? Lebih muda dari kamu ke? "

Eh, panjang pulak soalan Pak Long ni, kata Budiman dalam hati.

Puan Seri Khatijah yang mendengar soalan dari Pak Long terasa seakan hendak saja dia menekup kedua belah telinganya. Tak enggan dia dengar nama perempuan itu. Hani Insyirah pula, membuntang matanya melihat Budiman. Bergetar jantungnya, tertanya - tanya adakah Maria Neesa. Pastilah!

" Adalah Pak Long, Mak Long. Nanti pada hari perkenalan, Pak Long, Mak Long dan Mama tahulah siapa namanya nanti."

Puan Seri Khatijah lega. Pak Long dan Mak Long mengangguk - anggukan kepala saja tanda setuju. Hani Insyirah geram. Tak sabar nak tahu siapa gerangannya. Memang pasti ke Maria Neesa? Semestinyalah. Tapi, musykil. Setahu dia, Maria Neesa kini masih berada di Manchester. Sanggup ke dia balik semata - mata hendak berjumpa dengan keluarga abang Budiman? Mungkin, ya! Oh, tidak!

" Kalau begitu, apa kata esok saja kamu kenalkan buah hati kamu tu pada kami. Yela, sementara Pak Long dan Mak Long ada di sini. Nanti dah balik kampung, takut ada aral lain pula yang mendatang. " cadang Pak Long.

Gulp! Telan liur Budiman. Membuntang mata Puan Seri Khatijah. Sempat ke Maria Neesa tu nak balik ke sini semata - mata untuk esok? Pasti Budiman tak setuju. Puan Seri Khatijah bermonolog sendiri.

"Hmm...kalau macam tu kata Pak Long, baiklah. Saya setuju. Esok saya datang jemput dia ke sini ye, Pak Long...boleh ye ma?" Budiman sengaja minta persetujuan dari mamanya. Mahu melihat apa reaksi mama bila dia berkata begitu.

Membuntang mata Puan Seri Khatijah. Benarkah anaknya ini akan membawa Maria Neesa ke mari? Sudah kembalikah dia? Kata Datin Kalsom, anak perempuannya itu masih berada di sana lagi. Pening dia hendak memikirkannya.

Hani Insyirah berombak jantungnya berdegup laju menahan marah. Abang Budi nak bawa dia esok? Apa patut aku lakukan ni? Mak bapak aku ni pun satu, tak sabar sangat nak tengok perempuan tu. Eiii! Bencinya aku! Apa patut aku lakukan ni? Hani Insyirah ingin merencana sendiri apa yang patut dia lakukan agar rancangan Budiman hendak membawa Maria Neesa untuk diperkenalkan ke dalam keluarga mereka dibatalkan.

Budiman tersenyum. Pasti mama sangkakan Maria Neesa yang ingin diperkenalkannya. Biarkan saja mama berfikir sendiri. Takkan mungkin saat Pak Long dan Mak Long ada di sini dia hendak marah dan bebelkan aku. Bisik hati Budiman. Q? Perempuan yang takku sangka untuk aku jadikan calon isteri. Q...Q....

Tuesday, October 1, 2013

Aku Ni Isteri Dia!- Bab 6

Posted by Mommymam at 4:00 AM 3 comments

Bab 6

Dalam tergesa - gesa aku berlari ke depan panggung wayang seperti yang dijanjikan dengan Cha. Dah lah lambat 15 minit aku ni, mau kena leter dek Cha lepas ni. Dari jauh aku nampak Cha berdiri berpeluk tubuh menunggu aku bersama seorang lagi perempuan. Siapa tu? Kawan sekerja dia kot. Mak aii gaya dia. Macam nak pergi majlis mewah - mewah. Yela, orang kerja ofis. Kau kerja apa je? Ko ada? Hehehe...

Akhirnya aku sampai di tempat Cha berdiri.

" Dah beli tiket? " soal aku sebaik saja aku berhenti berlari. Sebelum dia soal aku, lebih aku soal dia terlebih dahulu.Tercungap - cungap aku sambil memberi senyuman kepada kawan perempuan Cha yang seorang ni.

Eh, dia tak balas senyum pun. Dia buat tak endah je dengan senyuman aku ni. Wah, perempuan ni dah kenapa? Period ke hapa? Senyuman aku seindah suria tau.

" Tunggu ko dah la lambat. Tunggu lagi seorang ni, lambat jugak." Cha dah mula dah gaya nak membebel tu.

Aku senyum perhatikan Cha dan sambil tu aku pandang perempuan yang berlagak dengan aku ni.

" Eh, kenalkan kat ko. Ni Mawar, kawan satu ofis aku. " Cha baru nak memperkenalkan kepada aku.

Aku menghulurkan salam sebagai tanda perkenalan, tapi boleh pulak perempuan ni hulurkan hujung jari dia je untuk bersalam. Ceh! Macam lah tangan ko tu halus mulus. Ishhh, sabar Qis, sabar...

" Dia ni Qis..." kata Cha kepada Mawar. Giliran memperkenalkan aku pula.

" Ok..." jawabnya seperti nak tak nak je. Matanya menjeling saja. Ishhh, aku korek mata ko kang baru tau ko Kassim Selamat nombor dua.

Aku biarkan saja minah mawas ni. Aku tunduk betulkan tali sport shoes aku yang dah sedikit terburai ni.

" Kerja mana ni? "

Tiba - tiba si mawas ni soal aku. Mawas boleh bercakap? Hehehe...aku mendongak memandang mukanya yang memerhatikan aku membetulkan tali kasut aku.

" Kerja kedai buku Popular tu je..." jawab aku dengan rendah diri sambil menunjuk arah di mana kedai buku tu berada. Macam lah boleh nampak dari sini.

"Owhhh...kerja tu je ke...ingatkan kerja apa la sangat..."

Hah? Berdesing telinga aku dengar ayat perempuan mawas ni. Dia ni dah kenapa nak cari pasal dengan aku? Aku memandang muka dia. Kemudian, aku pandang muka Cha. Cha pula mengangkat bahu. Si Mawar ni pula, dia hanya menjeling dan kemudian memandang ke arah lain. Seperti dia tidak berkata apa - apa yang salah pun. Isshhh, nak saja aku bentes kaki ko ni tau.

" Eh, Qis buat apa ni duduk mencangkung ni...?" bahu aku di sentuh. Dzal Aidi?

" Lambat sangat la ko ni. Dah, cepat. Pergi beli tiket 4 orang. " arah Cha kepada Dzal Aidi. Laa, lagi seorang yang ditunggu dari tadi rupanya si duda ni.

Aku pun bangun berdiri semula sambil tersenyum memandang Dzal Aidi. Namun, ekor mata aku nampak reaksi si Mawar ni memandang sinis bila Dzal Aidi memberikan senyuman kepada aku.

" Confirm filem tu ea? Ok. Aku pergi. Mari Qis, ikut Aidi. " ajak Dzal Aidi sambil mencuit bahu aku. Aku pula yang terpinga - pinga.

" Ala Adi...aku nak ikut jugak...." Mawar bersuara merengek hendak ikut juga dengan gaya manja yang dibuat - buat.

Isshhh, kenapalah kat mana - mana ada perempuan gedik? Dia ni ada masalah sebenarnya. Tak apa, kita wait and see.

"Tak payah lah. Ko duduk sini teman Cha. Dekat macam tu pun nak ikut. Qis, ikut Aidi. " arah Dzal Aidi.

Aku hanya menggelengkan kepala. Tanda tak mahu ikut dia. Dzal Aidi memberi isyarat, ikut dia jugak dan ini arahan. Aku gelengkan kepala lagi. Dia ni tak nampak ke, kawan sekerja dia ni sakit hati pandang aku.

" Mari lah..." lalu tangan aku ditarik lembut di dalam genggaman Dzal Aidi. Aku? Hanya terdiam terkedu. Kenapa aku ni diam je? Tak ada reaksi apa - apa ke? Biasanya, kalau lelaki tu aku tak suka dan tak ada hati, aku akan tarik semula tangan aku minta di lepaskan. Aku ada hati ke ni? Cha mesti nampak kan dengan apa yang berlaku? Mesti Cha soal aku macam - macam lepas ni. Sejak bila ko layan duda ni? Bila masa ko rapat dengan duda ni? Aduhai...aku belum rapat mana pun dengan pakcik ni. Cuma dua tiga hari lepas je, kitorang makan bersama. Itu pun, aku rahsiakan dari Cha. Malas nak cerita. Huh? Confirm, dia banyak soal selepas ni. Duda ni pulak, dah kenapa pimpin tangan aku suka hati je? Eh, aku pun salah jugak. Kenapa aku tak tarik balik minta di lepaskan daripada dipimpin? Aduh...ligat macam kipas otak dan hati aku sekarang ni.

" Qis...nak air apa? "

Eh? Aku tersedar dari berbual dengan diri sendiri. Dari pada tadi aku khayal ke ni? Tiba - tiba suruh order air pulak dah. Tiket dah beli ke?

" Tiket dah beli ke?" soal aku tanpa berfikir panjang.

"Laa... Dah beli dah. Tak dengar ke masa Aidi beli tiket baru kejap tadi? "

Aku hanya diam berfikir. Aku kat mana tadi? Aku nampak semua yang berlaku tapi macam dengar tak dengar je keadaan sekeliling aku. Aku berangan ke apa ni? Mabuk ke? Jatuh cinta ke? Ohh, tidak!

Aku senyum termalu dengan diri sendiri. Dzal Aidi hanya membalas dengan senyuman sambil menggelengkan kepalanya.

" Qis fikir apa tadi sebenarnya hinggakan tak sedar Aidi dah beli tiket? "

Aku hanya diam membisu. Senyum tetap senyum. Tak ada apa yang aku nak cover malu muka aku ni. Kalau ada tudung periuk, aku buat perisai dah. Janganlah nampak sangat ko terpana sekejap bila dia pegang tangan ko, Qis.

Setelah selesai membeli tiket dan sedikit bekalan makanan untuk di bawa masuk ke panggung. Kami pun bergerak masuk ke "hall 7" di mana filem animasi Madagascar 3 dimainkan. Tapi, sepanjang kami menuju ke panggung itu Mawar sentiasa mencari peluang untuk berdiri sangat dekat dengan Dzal Aidi. Senang kata, dia ingin berjalan bersama berdua dengan Dzal Aidi. Ada saja cara dia untuk berada di samping Dzal Aidi. Aku hanya memerhatikan saja gerak geri si Mawar ni. Aku mengalah saja, membiarkan si Mawar ni mendapat peluang secukupnya. Aku tak gaduh dengan perempuan. Dzal Aidi macam biasa penuh dengan lawak dan jenaka sesama rakan. Namun, dia sentiasa mencari aku yang berjalan seorang diri di belakang mereka. Cha memerhatikan keadaan itu. Cha mungkin perasan dengan apa yang berlaku saat ini. Ada persaingan di antara Mawar dan aku. Anyway, siapa yang nak berebut? Aku? Aku bukan ada hubungan special pun dengan duda berhias ni. Oh, mungkin Mawar ni nak sangat duda berhias ni kot. Disebabkan itu, dia rasa terancam bila ada aku. Oppps! Aku ni hebat sangat ke jika nak dibandingkan dengan gaya dia yang sangat feminin.  Dengan kain skirt dia yang beralun, kasut tinggi dia, baju blouse yang mengikut badan dia yang kurus tapi tak ada potongan yang cantik pun. Hehehe...sempat lagi nak kutuk.

Hingga lah di dalam panggung, dia sibuk bising dengan suara mengada - ngada nak duduk di sebelah Dzal Aidi. Katanya, dia tak nak duduk di sebelah lelaki lain. Takut alasannya. Kebetulan memang seat yang kami pilih tu di bahagian tengah, memang ada penonton lelaki yang lain di barisan seat kami. Tapi Dzal Aidi macam tahu -tahu saja perangai si Mawar ni. Dia suruh aku duduk di sebelah  kiri Mawar dan Dzal Aidi duduk di sebelah aku. Di bahagian hujung sekali. Cha pula duduk di sebelah kanan Mawar. Hahaha, aku gelak dalam hati. Mawar hanya menjeling tak puas hati dengan aku. Wahhh! Marah nampaknya mawas ni...Aku hanya senyum memandang skrin layar. Kelakar lah perempuan ni. Aku bukan nak pun duda berhias ni. Buruk perangai betul.

" Hai...cerita belum mula lagi, ada orang tu dah senyum sorang - sorang..." bisik Dzal Aidi di telinga kiri aku.

Aku sengih menampakkan barisan gigi aku sambil menoleh memandang Dzal Aidi. Dia tahu ke tak aku gelakkan mawas ni?

"Kenapa tak nak duduk sebelah mawas ni? " aku menyoalnya dengan suara perlahan. Muka aku, aku dekatkan sedikit ke muka Dzal Aidi.

Dzal Aidi tergelak besar. Aku terperanjat. Shhhh....diam lah. Aku memberi isyarat agar dia memperlahankan gelak tawa dia. Kenapa dia gelak ni? Dengan cepat Dzal Aidi menutup mulutnya. Kemudian dia dekatkan muka nya ke telinga aku.

" Tak suka sebab dia mawas " bisik nya lagi.

Aku tersenyum sambil mengangguk - anggukkan kepala aku. Mawas? Oppss! Aku terlepas cakap ke? Aku nak cakap Mawar tapi tercakap mawas? Alamak! Aku memandang Dzal Aidi dengan rasa bersalah ada, terperanjat ada, terkantoi dah terlepas cakap. Dah lah kawan sekerja dia yang aku kutuk. Mati!

Dzal Aidi senyum sambil mengenyitkan matanya kepada aku. Aku termalu sekejap. Alahai...nyampah! Namun dalam hati, ada bunga - bunga yang baru tumbuh...eceh!

Selang beberapa minit, cerita pun bermula. Sedang aku melayan ketawa tak terkawal menonton cerita kesukaan aku ni, tiba - tiba aku dapat satu panggilan. Aku perhatikan nombor yang tertera di skrin. Private! Siapa ni? Kalau Razman, aku dah block number dia. Tak mungkin Razman. Siapa ye yang nak private - private sangat ni? Dzal Aidi memandang aku sambil mengangkat keningnya bertanyakan siapa. Yela, dia nampak dengan jelas kot aku hanya membiarkan saja telefon bimbit aku bergetar tanpa aku jawab. Aku angkat bahu, tanda tidak tahu. Lalu aku simpan semula telefon bimbit aku ke dalam poket seluar aku. Aku sambung semula menonton cerita kartun ni.

Telefon bimbit aku bergetar lagi. Tapi kali ini, sedikit saja getarannya. Mungkin terima pesanan kot. Lalu aku keluarkan semula telefon bimbit aku dan aku buka pesanan yang baru aku terima. Eh, nombor pun tak keluar. Private jugak! Siapa ni? Lalu aku baca pesanan yang dihantar.

Keluar dengan jantan lain ke?  Abang call pun tak nak jawab dah...

Razman? Yela, siapa lagi kalau tak Razman. Dia je lelaki yang aku panggil 'abang'. Ya Allah. Sakitnya hati aku. Mana dia tahu aku keluar ni. Dia sibuk sangat dengan hal aku ni kenapa? Eeeiii! Sakitnya hati aku ni. Menggigil tangan aku menahan marah. Sejuk tangan ni membacanya. Cantik betul bahasa dia. Dia tu jantan, dia tak sedar. Marah aku dalam hati. Geram nya! Biar aku balas....

Kalau ye pun, kenapa?  Jangan sib..

Tiba - tiba tangan kiri aku di genggam dengan kemas. Terberhenti kerja aku yang sedang menaip pesanan ringkas. Aku menoleh memandang Dzal Aidi yang duduk bersandar seolah tiada apa yang berlaku. Kemudian aku memandang tangannya yang menggenggam tangan aku. Kemudian aku memandang dia semula. Dzal Aidi mendekatkan mukanya ke telinga aku lalu berbisik.

" Tak payah balas, biarkan je..."

Aku memandang wajah dia penuh tanda tanya. Kenapa tak boleh balas? Aku sakit hati ni tahu tak? Sakit hati dengan lelaki tak faham bahasa ni!

" Lelaki macam tu bahaya...biarkan je dulu..." Dzal Aidi berbisik lagi seakan tahu aku mempersoalkan kenapa. Dia sedikit menganggukkan kepalanya memujuk aku agar mendengar nasihatnya.

Lalu aku batalkan saja niat aku hendak membalas pesanan ringkas kepada Razman. Aku menyimpan semula telefon bimbit aku. Namun dalam hati aku, tertanya - tanya penuh dengan soalan. Kenapa lelaki macam tu bahaya pulak? Apa yang bahaya nya kalau setakat balas message je? Tapi, siapa yang beritahu Razman aku keluar dengan lelaki lain? Bukan aku keluar berdua pun. Alah, kalau keluar berdua pun aku tak salah. Aku dengan dia bukan ada apa - apa pun lagi. Ah, mungkin Razman serkap jarang je kot. Tak mengapa lah, fikir aku. Lupakan saja.

Setelah hampir dua jam kami menonton cerita itu, kami pun keluar dari panggung. Dalam perjalanan keluar kami lalu semula di hadapan pintu utama wayang tadi. Dzal Aidi mengajak makan petang bersama di restoran pondok tempoh hari. Cuma kali ini, bezanya bawa si Mawar ni bersama. Mawar pula sibuk lah memujuk Dzal Aidi bahawa dia hendak naik kereta bersama Dzal Aidi. Tapi, Dzal Aidi menyuruh Mawar ikut naik kereta bersama Cha sedang kan aku naik bersama dia. Aku lagi lah terkejut beruk! Aku? Kenapa pula? Aku menggelengkang kepala dan aku nyatakan tak setuju. Mawar senyum senang hati bila aku katakan tak nak. Sedang sibuk berbincang tiba - tiba tangan aku di rentap lalu ditarik. Aku fikirkan ada orang nak rompak aku ke apa ke kan. Rupa - rupanya....

Razman??? Aku tercengang dengan apa yang berlaku. Mata yang lain semua memandang insiden itu. Aku memandang muka Razman yang tanpa segan silu merentap tangan aku. Razman pula mencerlungkan matanya tanda marah. Sekali imbas aku memandang Dzal Aidi yang tidak jauh dari situ. Tanpa aku tahu sebab dan munasababnya, aku memandang Dzal Aidi memohon penuh belas kasihan. Tolonglah aku lepaskan aku dari kancah cinta palsu lelaki yang berada di depan aku sekarang ni. Aku memandang semula Razman. Aku melihat dia dengan penuh kebencian. Biar dia tahu aku tersangat benci akan dia.

***Bersambung***

 

DeHearty Gurl Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal