Tuesday, October 1, 2013

Aku Ni Isteri Dia!- Bab 6

Posted by Mommymam at 4:00 AM

Bab 6

Dalam tergesa - gesa aku berlari ke depan panggung wayang seperti yang dijanjikan dengan Cha. Dah lah lambat 15 minit aku ni, mau kena leter dek Cha lepas ni. Dari jauh aku nampak Cha berdiri berpeluk tubuh menunggu aku bersama seorang lagi perempuan. Siapa tu? Kawan sekerja dia kot. Mak aii gaya dia. Macam nak pergi majlis mewah - mewah. Yela, orang kerja ofis. Kau kerja apa je? Ko ada? Hehehe...

Akhirnya aku sampai di tempat Cha berdiri.

" Dah beli tiket? " soal aku sebaik saja aku berhenti berlari. Sebelum dia soal aku, lebih aku soal dia terlebih dahulu.Tercungap - cungap aku sambil memberi senyuman kepada kawan perempuan Cha yang seorang ni.

Eh, dia tak balas senyum pun. Dia buat tak endah je dengan senyuman aku ni. Wah, perempuan ni dah kenapa? Period ke hapa? Senyuman aku seindah suria tau.

" Tunggu ko dah la lambat. Tunggu lagi seorang ni, lambat jugak." Cha dah mula dah gaya nak membebel tu.

Aku senyum perhatikan Cha dan sambil tu aku pandang perempuan yang berlagak dengan aku ni.

" Eh, kenalkan kat ko. Ni Mawar, kawan satu ofis aku. " Cha baru nak memperkenalkan kepada aku.

Aku menghulurkan salam sebagai tanda perkenalan, tapi boleh pulak perempuan ni hulurkan hujung jari dia je untuk bersalam. Ceh! Macam lah tangan ko tu halus mulus. Ishhh, sabar Qis, sabar...

" Dia ni Qis..." kata Cha kepada Mawar. Giliran memperkenalkan aku pula.

" Ok..." jawabnya seperti nak tak nak je. Matanya menjeling saja. Ishhh, aku korek mata ko kang baru tau ko Kassim Selamat nombor dua.

Aku biarkan saja minah mawas ni. Aku tunduk betulkan tali sport shoes aku yang dah sedikit terburai ni.

" Kerja mana ni? "

Tiba - tiba si mawas ni soal aku. Mawas boleh bercakap? Hehehe...aku mendongak memandang mukanya yang memerhatikan aku membetulkan tali kasut aku.

" Kerja kedai buku Popular tu je..." jawab aku dengan rendah diri sambil menunjuk arah di mana kedai buku tu berada. Macam lah boleh nampak dari sini.

"Owhhh...kerja tu je ke...ingatkan kerja apa la sangat..."

Hah? Berdesing telinga aku dengar ayat perempuan mawas ni. Dia ni dah kenapa nak cari pasal dengan aku? Aku memandang muka dia. Kemudian, aku pandang muka Cha. Cha pula mengangkat bahu. Si Mawar ni pula, dia hanya menjeling dan kemudian memandang ke arah lain. Seperti dia tidak berkata apa - apa yang salah pun. Isshhh, nak saja aku bentes kaki ko ni tau.

" Eh, Qis buat apa ni duduk mencangkung ni...?" bahu aku di sentuh. Dzal Aidi?

" Lambat sangat la ko ni. Dah, cepat. Pergi beli tiket 4 orang. " arah Cha kepada Dzal Aidi. Laa, lagi seorang yang ditunggu dari tadi rupanya si duda ni.

Aku pun bangun berdiri semula sambil tersenyum memandang Dzal Aidi. Namun, ekor mata aku nampak reaksi si Mawar ni memandang sinis bila Dzal Aidi memberikan senyuman kepada aku.

" Confirm filem tu ea? Ok. Aku pergi. Mari Qis, ikut Aidi. " ajak Dzal Aidi sambil mencuit bahu aku. Aku pula yang terpinga - pinga.

" Ala Adi...aku nak ikut jugak...." Mawar bersuara merengek hendak ikut juga dengan gaya manja yang dibuat - buat.

Isshhh, kenapalah kat mana - mana ada perempuan gedik? Dia ni ada masalah sebenarnya. Tak apa, kita wait and see.

"Tak payah lah. Ko duduk sini teman Cha. Dekat macam tu pun nak ikut. Qis, ikut Aidi. " arah Dzal Aidi.

Aku hanya menggelengkan kepala. Tanda tak mahu ikut dia. Dzal Aidi memberi isyarat, ikut dia jugak dan ini arahan. Aku gelengkan kepala lagi. Dia ni tak nampak ke, kawan sekerja dia ni sakit hati pandang aku.

" Mari lah..." lalu tangan aku ditarik lembut di dalam genggaman Dzal Aidi. Aku? Hanya terdiam terkedu. Kenapa aku ni diam je? Tak ada reaksi apa - apa ke? Biasanya, kalau lelaki tu aku tak suka dan tak ada hati, aku akan tarik semula tangan aku minta di lepaskan. Aku ada hati ke ni? Cha mesti nampak kan dengan apa yang berlaku? Mesti Cha soal aku macam - macam lepas ni. Sejak bila ko layan duda ni? Bila masa ko rapat dengan duda ni? Aduhai...aku belum rapat mana pun dengan pakcik ni. Cuma dua tiga hari lepas je, kitorang makan bersama. Itu pun, aku rahsiakan dari Cha. Malas nak cerita. Huh? Confirm, dia banyak soal selepas ni. Duda ni pulak, dah kenapa pimpin tangan aku suka hati je? Eh, aku pun salah jugak. Kenapa aku tak tarik balik minta di lepaskan daripada dipimpin? Aduh...ligat macam kipas otak dan hati aku sekarang ni.

" Qis...nak air apa? "

Eh? Aku tersedar dari berbual dengan diri sendiri. Dari pada tadi aku khayal ke ni? Tiba - tiba suruh order air pulak dah. Tiket dah beli ke?

" Tiket dah beli ke?" soal aku tanpa berfikir panjang.

"Laa... Dah beli dah. Tak dengar ke masa Aidi beli tiket baru kejap tadi? "

Aku hanya diam berfikir. Aku kat mana tadi? Aku nampak semua yang berlaku tapi macam dengar tak dengar je keadaan sekeliling aku. Aku berangan ke apa ni? Mabuk ke? Jatuh cinta ke? Ohh, tidak!

Aku senyum termalu dengan diri sendiri. Dzal Aidi hanya membalas dengan senyuman sambil menggelengkan kepalanya.

" Qis fikir apa tadi sebenarnya hinggakan tak sedar Aidi dah beli tiket? "

Aku hanya diam membisu. Senyum tetap senyum. Tak ada apa yang aku nak cover malu muka aku ni. Kalau ada tudung periuk, aku buat perisai dah. Janganlah nampak sangat ko terpana sekejap bila dia pegang tangan ko, Qis.

Setelah selesai membeli tiket dan sedikit bekalan makanan untuk di bawa masuk ke panggung. Kami pun bergerak masuk ke "hall 7" di mana filem animasi Madagascar 3 dimainkan. Tapi, sepanjang kami menuju ke panggung itu Mawar sentiasa mencari peluang untuk berdiri sangat dekat dengan Dzal Aidi. Senang kata, dia ingin berjalan bersama berdua dengan Dzal Aidi. Ada saja cara dia untuk berada di samping Dzal Aidi. Aku hanya memerhatikan saja gerak geri si Mawar ni. Aku mengalah saja, membiarkan si Mawar ni mendapat peluang secukupnya. Aku tak gaduh dengan perempuan. Dzal Aidi macam biasa penuh dengan lawak dan jenaka sesama rakan. Namun, dia sentiasa mencari aku yang berjalan seorang diri di belakang mereka. Cha memerhatikan keadaan itu. Cha mungkin perasan dengan apa yang berlaku saat ini. Ada persaingan di antara Mawar dan aku. Anyway, siapa yang nak berebut? Aku? Aku bukan ada hubungan special pun dengan duda berhias ni. Oh, mungkin Mawar ni nak sangat duda berhias ni kot. Disebabkan itu, dia rasa terancam bila ada aku. Oppps! Aku ni hebat sangat ke jika nak dibandingkan dengan gaya dia yang sangat feminin.  Dengan kain skirt dia yang beralun, kasut tinggi dia, baju blouse yang mengikut badan dia yang kurus tapi tak ada potongan yang cantik pun. Hehehe...sempat lagi nak kutuk.

Hingga lah di dalam panggung, dia sibuk bising dengan suara mengada - ngada nak duduk di sebelah Dzal Aidi. Katanya, dia tak nak duduk di sebelah lelaki lain. Takut alasannya. Kebetulan memang seat yang kami pilih tu di bahagian tengah, memang ada penonton lelaki yang lain di barisan seat kami. Tapi Dzal Aidi macam tahu -tahu saja perangai si Mawar ni. Dia suruh aku duduk di sebelah  kiri Mawar dan Dzal Aidi duduk di sebelah aku. Di bahagian hujung sekali. Cha pula duduk di sebelah kanan Mawar. Hahaha, aku gelak dalam hati. Mawar hanya menjeling tak puas hati dengan aku. Wahhh! Marah nampaknya mawas ni...Aku hanya senyum memandang skrin layar. Kelakar lah perempuan ni. Aku bukan nak pun duda berhias ni. Buruk perangai betul.

" Hai...cerita belum mula lagi, ada orang tu dah senyum sorang - sorang..." bisik Dzal Aidi di telinga kiri aku.

Aku sengih menampakkan barisan gigi aku sambil menoleh memandang Dzal Aidi. Dia tahu ke tak aku gelakkan mawas ni?

"Kenapa tak nak duduk sebelah mawas ni? " aku menyoalnya dengan suara perlahan. Muka aku, aku dekatkan sedikit ke muka Dzal Aidi.

Dzal Aidi tergelak besar. Aku terperanjat. Shhhh....diam lah. Aku memberi isyarat agar dia memperlahankan gelak tawa dia. Kenapa dia gelak ni? Dengan cepat Dzal Aidi menutup mulutnya. Kemudian dia dekatkan muka nya ke telinga aku.

" Tak suka sebab dia mawas " bisik nya lagi.

Aku tersenyum sambil mengangguk - anggukkan kepala aku. Mawas? Oppss! Aku terlepas cakap ke? Aku nak cakap Mawar tapi tercakap mawas? Alamak! Aku memandang Dzal Aidi dengan rasa bersalah ada, terperanjat ada, terkantoi dah terlepas cakap. Dah lah kawan sekerja dia yang aku kutuk. Mati!

Dzal Aidi senyum sambil mengenyitkan matanya kepada aku. Aku termalu sekejap. Alahai...nyampah! Namun dalam hati, ada bunga - bunga yang baru tumbuh...eceh!

Selang beberapa minit, cerita pun bermula. Sedang aku melayan ketawa tak terkawal menonton cerita kesukaan aku ni, tiba - tiba aku dapat satu panggilan. Aku perhatikan nombor yang tertera di skrin. Private! Siapa ni? Kalau Razman, aku dah block number dia. Tak mungkin Razman. Siapa ye yang nak private - private sangat ni? Dzal Aidi memandang aku sambil mengangkat keningnya bertanyakan siapa. Yela, dia nampak dengan jelas kot aku hanya membiarkan saja telefon bimbit aku bergetar tanpa aku jawab. Aku angkat bahu, tanda tidak tahu. Lalu aku simpan semula telefon bimbit aku ke dalam poket seluar aku. Aku sambung semula menonton cerita kartun ni.

Telefon bimbit aku bergetar lagi. Tapi kali ini, sedikit saja getarannya. Mungkin terima pesanan kot. Lalu aku keluarkan semula telefon bimbit aku dan aku buka pesanan yang baru aku terima. Eh, nombor pun tak keluar. Private jugak! Siapa ni? Lalu aku baca pesanan yang dihantar.

Keluar dengan jantan lain ke?  Abang call pun tak nak jawab dah...

Razman? Yela, siapa lagi kalau tak Razman. Dia je lelaki yang aku panggil 'abang'. Ya Allah. Sakitnya hati aku. Mana dia tahu aku keluar ni. Dia sibuk sangat dengan hal aku ni kenapa? Eeeiii! Sakitnya hati aku ni. Menggigil tangan aku menahan marah. Sejuk tangan ni membacanya. Cantik betul bahasa dia. Dia tu jantan, dia tak sedar. Marah aku dalam hati. Geram nya! Biar aku balas....

Kalau ye pun, kenapa?  Jangan sib..

Tiba - tiba tangan kiri aku di genggam dengan kemas. Terberhenti kerja aku yang sedang menaip pesanan ringkas. Aku menoleh memandang Dzal Aidi yang duduk bersandar seolah tiada apa yang berlaku. Kemudian aku memandang tangannya yang menggenggam tangan aku. Kemudian aku memandang dia semula. Dzal Aidi mendekatkan mukanya ke telinga aku lalu berbisik.

" Tak payah balas, biarkan je..."

Aku memandang wajah dia penuh tanda tanya. Kenapa tak boleh balas? Aku sakit hati ni tahu tak? Sakit hati dengan lelaki tak faham bahasa ni!

" Lelaki macam tu bahaya...biarkan je dulu..." Dzal Aidi berbisik lagi seakan tahu aku mempersoalkan kenapa. Dia sedikit menganggukkan kepalanya memujuk aku agar mendengar nasihatnya.

Lalu aku batalkan saja niat aku hendak membalas pesanan ringkas kepada Razman. Aku menyimpan semula telefon bimbit aku. Namun dalam hati aku, tertanya - tanya penuh dengan soalan. Kenapa lelaki macam tu bahaya pulak? Apa yang bahaya nya kalau setakat balas message je? Tapi, siapa yang beritahu Razman aku keluar dengan lelaki lain? Bukan aku keluar berdua pun. Alah, kalau keluar berdua pun aku tak salah. Aku dengan dia bukan ada apa - apa pun lagi. Ah, mungkin Razman serkap jarang je kot. Tak mengapa lah, fikir aku. Lupakan saja.

Setelah hampir dua jam kami menonton cerita itu, kami pun keluar dari panggung. Dalam perjalanan keluar kami lalu semula di hadapan pintu utama wayang tadi. Dzal Aidi mengajak makan petang bersama di restoran pondok tempoh hari. Cuma kali ini, bezanya bawa si Mawar ni bersama. Mawar pula sibuk lah memujuk Dzal Aidi bahawa dia hendak naik kereta bersama Dzal Aidi. Tapi, Dzal Aidi menyuruh Mawar ikut naik kereta bersama Cha sedang kan aku naik bersama dia. Aku lagi lah terkejut beruk! Aku? Kenapa pula? Aku menggelengkang kepala dan aku nyatakan tak setuju. Mawar senyum senang hati bila aku katakan tak nak. Sedang sibuk berbincang tiba - tiba tangan aku di rentap lalu ditarik. Aku fikirkan ada orang nak rompak aku ke apa ke kan. Rupa - rupanya....

Razman??? Aku tercengang dengan apa yang berlaku. Mata yang lain semua memandang insiden itu. Aku memandang muka Razman yang tanpa segan silu merentap tangan aku. Razman pula mencerlungkan matanya tanda marah. Sekali imbas aku memandang Dzal Aidi yang tidak jauh dari situ. Tanpa aku tahu sebab dan munasababnya, aku memandang Dzal Aidi memohon penuh belas kasihan. Tolonglah aku lepaskan aku dari kancah cinta palsu lelaki yang berada di depan aku sekarang ni. Aku memandang semula Razman. Aku melihat dia dengan penuh kebencian. Biar dia tahu aku tersangat benci akan dia.

***Bersambung***

3 comments on "Aku Ni Isteri Dia!- Bab 6"

Ayriien.Amaryllis on November 28, 2013 at 5:27 PM said...

belum ada smbungan kh? :D

SMILE on March 12, 2015 at 9:27 AM said...

peh...bahaya tu..qis..razman mcm ada niat jahat jew.yang si duda berhias tu kenape pulak mcm syok jew dekat qis tu

Anonymous said...

Smbung lh..best cite ni tpi trgantung..smbung eh? Pleazzz

Post a Comment

Semua Readers Novel Deheartygurl yang dikasihi...sila lah komen ye...

 

DeHearty Gurl Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal