Friday, September 27, 2013

Isteri 3 Bulan! - Bab 1

Posted by Mommymam at 8:15 PM

Bab 1

Dengan tergesa - gesa Budiman keluar dari rumah. Lebih baik cepat aku cabut lari. Kalau tidak, panas telinga aku nak dengar Puan Seri ni membebel panjang lebar. Budiman terus menyarung apa saja kasut yang ada di depan pintu rumah. Kunci pintu kereta di tekan butangnya. Dengan pantas Budiman masuk ke dalam kereta.

Kedengaran hingga ke luar suara Puan Seri Khatijah menjerit - jerit memanggil nama Budiman.

" Bertuah punya anak! Belum sempat aku nak cakap apa - apa, dia lebih pantas cabut lari ye. Nasib baik lah, aku ni ada anak seorang je. Kalau ada sepuluh lah yang macam ni, pengsan aku dibuatnya." leter Puan Seri Khatijah. Dalam masa yang sama dia masih sempat berfikir.

'Macam lah aku ni tak pandai orangnya. Nak lari mana je, anak oiii...'Lalu dia mencapai telefon bimbitnya. Di dail nombor telefon Budiman.

Budiman terkekeh - kekeh menggelakkan ibunya yang ditinggalkan terjerit - jerit. Dirasakan dirinya selamat dari ibunya yang sememangnya dia tahu benar perangai ibunya semenjak dua menjak ni. Entah kenapa tiba - tiba ibunya memaksa dia untuk berkahwin.

Telefon bimbitnya berdering. Hah? Mama? Aduhai...dengan terpaksa Budiman menjawab panggilan Puan Seri Khatijah.

" Hello bu..." perlahan saja Budiman menjawab panggilan itu.

" Hello...assalamualaikum man...dah tak reti nak beri salam? Tu lah...bercinta lagi dengan perempuan perasan Mat Sallleh..." perli Puan Seri Khatijah.

Gulp! Tertelan liur Budiman mendengar perli dari ibunya. Kenapa lah Mat Salleh jugak yang disebutnya.

"Ye...ada apa bu?"

Budiman pura - pura tak tahu hajat ibunya menelefon dirinya.

"Man dengar sini baik - baik...sama ada man suka atau tak, man kena jugak kahwin dengan anak pak long tu. Kita sekeluarga dah terhutang budi dengan pak long kau. Man faham kan?  So, ibu nak Man putuskan juga dengan minah salleh Man tu, dengan apa cara sekali pun. Ibu tak suka. Faham...?"

"Tapi bu...."

" Tak ada tapi, tapi...dah. Assalamualaikum."

Klik!

Talian telefon dimatikan begitu saja tanpa mendengar penjelasan dari Budiman. Budiman terpana seketika dengan arahan dari Puan Seri Khatijah. Kenapa bila terhutang budi, mesti kahwin ye? Pak Long aku ni pun satu hal. Tak ada lelaki lain ke yang dia berkenan nak di kahwin kan dengan anak dara dia yang si gedik tu. Mana aku nak letak Maria Neesa aku tu? Oh Maria Neesa...rindunya abang pada Neesa.

Budiman mengata sepupu anak pak longnya itu, Hani Insyirah sebagai seorang yang gedik. Sedangkan, tanpa dia sedar bahawa kekasihnya itu juga seorang yang sama perangai gediknya dengan  Hani Insyirah.

Alangkah baiknya kalau Q ada dengan aku sekarang ni. Pasti dia boleh memberi aku idea gila kan. Ahh, lebih baik aku telefon Q sekarang ni. Lagi pun, dah lama aku tak jumpa dia ni. Dengan segera Budiman mendail nombor telefon Q, kawan baik cosmate nya semasa di universiti dulu.

"Dah mak, dah...Q ada call ni. Bye...Q pergi kerja dulu" Q melambai - lambai kepada emaknya sambil berlari masuk ke dalam kereta.

Budiman hanya mendengar saja suara perbualan Q dengan emaknya, Puan Hasinah. Budiman tersenyum! Mesti lari dari mak dia, minah ni. Budiman bermonolog dalam hatinya mengenangkan perangai dan sikap Q yang tomboy.

" Hello...woi, nak apa?" sapa Q di hujung talian.

" Woiii...tak ada bahasa punya perempuan. Assalamualaikum..." Budiman pula mengenakan Q.

Q tergelak. Dia tahu benar perangai sahabatnya itu. Bila ada masalah besar, baru lah nak cari yang pakar. Problem maker betullah mamat ni. Tapi panggilan dari Budiman ni bagai pucuk di cita ulam mendatang. Tapi cool Q, jangan kau tunjuk kau pun perlukan pertolongan dari dia. Stay macho! Q berkata - kata di dalam hatinya sambil membetulkan topi di kepalanya.

" Waalaikumussalam...nak apa call aku pagi - pagi ni?" Q menjawab salam dengan lagak macho nya tak habis - habis.

" Q, aku nak jumpa kau lah. Aku ada masalah besar ni. Kau free bila? "

' Aku pun ada masalah besar jugak ni' jawab Q dalam hati.

"Sekarang free. Nak jumpa kat mana?"

" Kita jumpa kat Alamanda la...dekat sikit untuk kau datang ke sini. Okay tak?"

"Alamanda tu dah cukup jauh dah untuk aku tahu tak? Tapi, tak apa. Aku ambil off hari ni untuk kau. See u an hour! "

Q gelak dalam hati. Dia tak tahu yang aku pun ada masalah besar nak bincang dengan dia. Aku harap dia ada idea untuk aku jugak. Hanya dia kawan akal gila macam aku.

" Okay. Dah sampai, roger aku. Chow!" jawab Budiman di talian.

" Wa'alaikumsalam..."

" Eh...assalamualaikum..." cet! Perempuan ni! Bab kenakan aku semula, memang dia lah number 1.

Klik!

Talian dimatikan.

Seperti yang telah dijanjikan, Q mencari Budiman di Rasa Food Court, Alamanda. Setelah mengambil pesanan makanan, Q dan Budiman duduk bersama menikmati makan tengahari di samping ingin meluahkan masalah yang di hadapi masing - masing. Tetapi, Budiman tidak tahu bahawa Q juga mempunyai masalah ingin di bincangkan bersama.

" Hah...aku dah depan mata kau ni. Cerita lah, apa masalah kau yang besar sangat sampai suruh aku datang jumpa kat sini?" lagak Q sebagai solver problem. Memang selama ini, Q adalah doktor cinta untuk Budiman. Walaupun Q tidak lagi mahu bercinta. Serik bagi dirinya.

"Q...aku ada masalah besar sangat. Ini serius tau...bukan main - main..." Budiman sedikit mengeluh bila terkenangkan sikap ibunya yang beriya sangat ingin membalas budi pak long nya itu.

" Iyalah...kot ye pun. Cerita lah dulu...apa kes?"

"Kau tahu je la mak aku tu...kalau dia dah berjanji, dia akan tetap kotakan janji dia dengan apa cara sekali pun, kan..."

"Ha...ye...aku tahu mak kau...then?"

"Kau tahu kan, aku bercinta dengan  Maria Neesa tu dah berapa lama dah...."

" Aku tahu lah semua tu mangkuk! Boleh tak kau jangan nak ayat muqadimmah panjang sangat dengan aku. Straight to the point je, apa masalah kau?" Q memang tak suka dengar ayat panjang lebar. Cakap terus terang je dengan dia, itu lebih senang.

" Aduh perempuan ni...aku tak tahu lah siapa yang malang jadi suami kau ni. Tak romantik langsung! " Budiman sedikit geram dengan Q yang tak ada langsung lemah lembut dalam berbicara. Dah tahu kawan kau ni tomboy, kau nak jugak berselok belok bercerita dengan dia. Kan dah dapat semangkuk! Omel Budiman dalam hatinya.

Q hanya memandang Budiman sambil tersenyum. ' Kau tak tahu...kau lah lelaki malang tu nanti. Itu pun, kalau kau setuju..hahaha' gelak Q dalam hati.

"Cepatlah. Apa masalahnya?"

" Mak aku, paksa aku kahwin dengan anak pak long aku. Si Hani Insyirah tu. Kau kenal dia kan?"

Q diam sejenak sambil mengunyah makanan. Berfikir di mana dia pernah berjumpa sepupu Budiman ni. Ohh, terjumpa masa kenduri arwah ayah Budiman tahun lalu. Ya, ya. Aku kenal. Q mengangguk - anggukkan kepalanya. Budiman senyum. Ingat pun tomboy ni.

" So, kau nak aku buat apa? " soal Q bersahaja.

" Laa...tolong fikirkan lah. Macam mana aku nak lari dari masalah ni. Aku tak nak kahwin dengan perempuan gedik tu. Kau tahu kan, aku cinta kan sangat Maria..." Budiman sudah mula buat muka minta simpati. Q cukup menyampah bila Budiman buat begitu.

Sebenarnya, Q terperanjat bila mendengar masalah budiman tetapi tidak ditunjukkan di depan Budiman. Dia harus berfikir terlebih dahulu. Wahh, masalah dia sama dengan masalah aku. Dah kena sangat ni dengan plan aku. Tapi, kalau kantoi dengan mak aku dan mak dia macam mana? Ahh, tak mungkin kantoi. Hanya aku dan Budi je tahu rahsia ni. So, masing - masing nak selamat. Masing - masing jaga mulut masing - masing lah. Alah, lagipun hanya Budi je boleh sokong idea gila aku ni. Kena sangatlah masalah dia dan masalah aku ni. Cara! Q memetik jarinya. Budiman hanya memerhatikan sambil berkerut dahinya. Apa lah budak tomboy ni fikirkan.

" Hmm...aku nak tanya, bila cadangan mak kau nak kahwinkan kau?" soal Q menyiasat.

" Cadangnya bulan depan...kenapa?"

"Hmm....bila buah hati kau tu nak balik ke Malaysia? "

"Lagi empat bulan lah...lebih kurang. Sebab tu mak aku nak langsungkan cepat sebelum buah hati aku tu balik ke sini. Kenapa? "

'Hah! Dah elok sangat lah tu. Aku pun bukan nak lama sangat. Cara lah! ' rancang Q di dalam hati.

Pap! Q menepuk meja makan di depannya. Budiman terperanjat. Sakit jantung aku lah.

" Aku ada idea. Tapi kau dengar dulu idea gila aku ni. Yang penting, kau setuju. Okay? "

Budiman mengangguk - angguk suka. Dalam hati, tertanya - tanya juga. Idea gila apa agaknya minah ni bawa? Jangan gila betul, dah lah.

"Okay. Apa kata, kau kahwin dengan aku je. "

Q tersengih memberikan idea gila dia sambil mengangkat - angkat keningnya. Budiman? Ternganga mulutnya.

" Kau gila apa Q? Tak nak lah aku. "

"Laa...kau kahwinlah dengan aku, tiga bulan je beb. Lepas tu, kita cerai lah. "

'Kau ingat, aku nak sangat kahwin dengan kau yang tak cukup matang ni' bebel Q dalam hati.

Budiman yang mendengar idea gila Q tergelak - gelak tidak menahan. Aku nak lari dari masalah, dia boleh tambah lagi masalah. Memang idea gila minah ni bagi.

" Kau gila apa Q? Ishh...main cerai - cerai pulak tu. Kau ni, demam kepialu ke apa? "

Budiman meletakkan belakang telapak tangannya ke dahi Q. Demam ke tak tomboy ni?  Q menepis tangan Budiman. Berkerut dahinya, risau jika Budiman tidak setuju dengan idea dia. Kalau tidak, parah dia.

" Aku serius ni. Aku pun kena kahwin paksa ni, mak aku macam mak kau jugak. Sebab tu, aku bagi idea gila ni, faham? "

Budiman terdiam sejenak. Biar betul. Ishh, kesian Q. Memang lah dia tomboy, tapi...jangan paksa dia kahwin pulak. Dia pun ada hati perasaan jugak. Eh, ye ke? Lagi pun dia ni, belajar pun tak habis bab ilmu dapur, inikan pula nak suruh jadi isteri orang. Budiman gelak dalam hati.

"Mak kau nak paksa kau kahwin dengan siapa pulak? Ada pulak orang yang nak kahwin dengan kau ni..."

Budiman gelak besar mengenangkan gaya dan cara Q sudah cukup membuktikan betapa juah bezanya Q dan perempuan - perempuan lain. Q senantiasa berseluar jeans dan berkemeja ataupun t- shirt. Jauh sekali jika nak dibandingkan dengan Maria Neesa.

" Aku serius ni. Kau setuju ke tak? Kalau tak, aku blah je " Q mengugut sambil mengangkat kakinya ingin melangkah pergi. Malas dia nak terangkan pada Budiman, lelaki mana yang maknya nak diterima pinangannya.

" Oppps...okay, okay. Sabar. Biar aku fikir dulu. Beritahu aku, apa rancangan kau sebenarnya..."

Budiman ingin juga mendengar dengan lebih jelas idea Q. Walaupun agak kritikal gila idea dia ni.

"Okay. Macam ni...kita kahwin untuk tiga bulan je. Lepas tu, kita bercerai lah. Aku cakap dengan mak aku, aku dah ada pilihan. So, dia tak payah lah sibuk - sibuk nak kahwin kan aku dengan orang tua tu. Kau pulak, buat perkara yang sama. So, kau tak payah lah kahwin dengan si Hani tu. Tapi, kau kena beritahu Maria la hal ni. Untuk tiga bulan je. Dia balik sini, kau kahwinlah dengan Maria kau tu. Amacam? Okay? "

Budiman berkerut dahinya sambil berfikir. Masalah nak beritahu Maria Neesa tu, boleh tolak tepi dulu lah. Nak beritahu boleh, tak beritahu pun boleh. Maria Neesa pun sudah sedia maklum ibu Budiman tak suka akan dia. Tapi, masalah besar adalah bila nak bercerai ni nanti.

" Beb, bila nak bercerai nanti...kita nak bagi alasan apa? "

Q hanya tersenyum. Masalah enteng saja tu!

" Kita beritahu lah, yang kita dah tak serasi...settle masalah. Okay?  "

" Kau serius ke ni, nak kita kahwin? "

Budiman seolah - olah tidak yakin dengan keputusan yang bakal mereka lakukan selepas ini. Takut pulak, nak main cerai berai ni.

"Ala...kita kahwin memang betul - betul kahwin lah...tapi kita hidup macam sekarang lah. Kata bestfriend? Chill la! " jawab Q tanpa memikirkan hal - hal yang mendatang.

"Kau jangan jatuh cinta dengan aku...Q..." jawab Budiman sambil mengangkat - angkat keningnya. Seakan mengusik Q.

"Aku warning kau jugak, jangan jatuh cinta dengan aku Budi....aku? Tak mungkin jatuh cinta dengan kau. No way! " Q begitu yakin dengan hatinya. Cinta tiada lagi dalam hatinya semenjak dengan apa yang berlaku suatu masa lalu. Kenangan hitam yang tak mungkin dipadam.

"Okaylah...aku setuju. Tapi, kita kenalah jalankan tanggungjawab sebagai suami isteri depan mak aku. Kalau tak, kantoi kita." cadang Budiman mengingatkan Q akan sikap mamanya yang sangat teliti bab - bab mengorek rahsia ni.

" Kau ingat mak kau je macam tu, mak aku pun sama. So, kita main peranan kita sebagai suami isteri okay. Deal? " balas Q pula mengingatkan.

" Bab nafkah batin, nak jalankan jugak tak? " usik Budiman.

Q terus memandang tajam wajah Budiman.
" Jalankan lah, kalau kau nak rasa pelempang aku ni..." jawab Q sambil menunjukkan lempang pada Budiman.

Budiman tergelak besar bila mengusik Q begitu. Dia kenal benar perangai Q, bukan seperti perempuan lain yang mudah sangat mempertaruhkan maruah suci mereka pada lelaki durjana. Harapnya, Maria Neesa juga pandai jaga diri di rantau orang di sana. Ohhh, Maria Neesa....

"Okay...bila kau boleh ikut aku balik kampung kenalkan dengan mak aku? " soal Q tak sabar nak kenalkan Budiman pada emaknya di kampung.

"Hmm...apa kata hujung minggu ni? Okay? "

"Hmm...okay. Deal. "

" Tapi...kau tahukan kegemaran aku, apa yang aku suka semua? " soal Budiman. Dia risau jugak, ibunya dapat menangkap permainan mereka dalam perkhawinan ni. Lebih - lebih lagi ibunya tahu, dia memang bercinta dengan Maria Neesa seorang tiada yang lain. Tapi, apa alasan aku nak cakap dengan ibu kenapa aku nak kahwin dengan minah ni? Datang dari mana perempuan ni? Baru dia terfikir.

"Eh, Q...apa aku nak cakap dengan ibu aku? Sejak bila aku bercinta dengan kau sedangkan dia memang tahu aku bercinta dengan Maria Neesa je selama ni?"

Q memetik jarinya. Alahai pakcik ni, hal macam ni pun nak susah - susahkan. No hal lah!

" Kau jawab je lah...kau memang bercinta dengan aku dalam senyap selama ni. Yang kedua lah kiranya! "

Dalam hati, ' Huh, simpang malaikat 44, janganlah aku jadi yang kedua di antara insan yang bercinta'. Tanpa Q sedar, sebenarnya tindakan dia sudah pun menjeratkan dirinya menjadi orang kedua di antara insan yang bercinta.

" Hmm...tak apa lah Q, aku cakap terus terang je dengan mak aku nanti. Lagipun, kau lupa ke? Ibu aku kan memang dah kenal kau sebagai kawan aku sebelum ni. Jadi, biar aku terus terang je. Lebih baik aku kahwin dengan kawan sendiri daripada kahwin dengan sepupu sendiri. Kan? "

Q pula yang berfikir. Boleh ke macam tu? Ishhh, kenapa lah jadi hal macam ni. Tapi, boleh lah tu alasan macam tu.

" Hah, boleh lah tu. Kiranya, dalam masa kita berkawan kau ada hati dengan aku jugak sebenarnya. " jawab Q.

" Nanti, kau mengaku jugak depan mak aku yang kau pun ada hati jugak dengan aku dalam diam. Tahu?"

" Aku tahu lah...."

" Habis tu, mak kau macam mana pulak Q?"

" Ahh, itu aku setelkan dulu bila aku balik ni. Apa yang aku beritahu mak aku, aku akan sampaikan pada kau. So, jalan cerita kita sama nanti. Okay! "

Budiman mengangguk - angguk senyum. Macam mana lah aku boleh setuju idea gila minah ni. Tapi, memang lebih baik pun aku kahwin dengan Q daripada aku kahwin dengan Hani Insyirah tu. Harapnya, rancangan ni menjadi.

"Eh, Budi...kau tak nak beritahu Maria ke hal ni? Nanti marah pulak dia, bila dapat tahu dari mulut orang lain yang kekasih pujaan hati dia dah duda bila dia balik Malaysia nanti. " kata Q sambil tergelak - gelak mengenangkan Budiman bakal duda.

Budiman turut tergelak sama bila memikirkan hal tiga bulan akan datang. Duda dah aku! Tanpa mereka sedar, mereka bermain dengan ikatan yang suci yang bakal mereka bina. Tanpa mereka sedar, mereka bermain dengan api. Api cinta yang boleh meruntuhkan tembok persahabatan mereka.

" Hal Maria...biar aku fikirkanlah. Sama ada aku nak beritahu pada dia, ataupun tidak..." jawab Budiman bersama sisa - sisa baki gelaknya tadi.

Setelah puas mereka berbincang, mereka pulang bersama harapan dan rancangan mereka yang akan dimulakan pada hujung minggu ini. Dalam perjalanan pulang, Budiman berfikir mengenangkan hal perkahwinan dia dengan Q dan juga hal Maria Neesa.

Hai Maria Neesa...kenapalah begitu sukar untuk abang mendapatkan dan memiliki dirimu. Apakah ini suratan cinta kita? Sabar ye sayang...abang tetap cinta kan Neesa. Dalam hati Budiman, memang nama Maria Neesa lah yang disebut - sebut setiap hari. Budiman sangat setia pada cintanya. Bagi dirinya, Maria Neesa mempunyai ciri - ciri wanita yang diidamkan selama ini. Terbayang - bayang wajah ayu Maria Neesa dan lebih - lebih lagi pada manjanya. Seseorang yang boleh menjadi isteri solehah dan ibu yang baik kepada anak - anaknya kelak. Apalah yang Maria Neesa buat sekarang ni? Ah, malam ni aku akan hubungi dia. Maria Neesa...

0 comments on "Isteri 3 Bulan! - Bab 1"

Post a Comment

Semua Readers Novel Deheartygurl yang dikasihi...sila lah komen ye...

 

DeHearty Gurl Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal