Thursday, August 22, 2013

Aku Ni Isteri Dia! - Bab 3

Posted by Mommymam at 12:07 AM 0 comments

Aku hanya mendiamkan diri memerhatikan Razman yang sibuk membalas pesanan ringkas entah kepada siapa. Aku tak nak ambil peduli. Berat sangat kepala aku ketika ini. Lama lagi ke nak ambil ubat ni? Demam yang aku tanggung dua hari semakin teruk. Mana tidaknya, gara - gara sibuk berjual di pesta konvokesyen. Almaklumlah, nak cari duit pendapatan. Ini semua kerana, baru buka semesta ke tujuh masih belum masuk duit biasiswa lagi. Ini pun, semuanya idea si Cha la ni. Sibuk mengajak aku berniaga. Bukan meniaga air atau makanan, tapi kami berniaga bunga. Hehehe, maklumlah konvo kan. Orang kan sibuk bagi bunga. Bila teringat pasal bunga, teringat pula tempoh hari saat aku bagi bunga pada Razman. Wajah dia macam tak berseri-seri. Seolah-olah macam tak suka, tak gembira pun aku hadir di majlis konvo dia dan beri hadiah bunga konvo pada dia. Aku tahulah, hubungan kami sudah pun putus sebelum hari konvo dia dan aku masih ada dua sem lagi untuk tamatkan pengajian di sini. Tapi aku tetap cuba sedaya upaya mempertahankan hubungan yang hampir tiga tahun bertahan. Aku menguatkan diri aku, memujuk diri aku agar bersabar dengan kehendak Razman. Iya lah, Razman kata sebab munasabab dia mahu memutuskan hubungan cinta ni adalah disebabkan dia ada masalah besar. Berkali-kali aku tanya apa masalahnya, mungkin aku boleh tolong. Tapi, dia tetap tidak mahu beritahu apa masalah dia sebenarnya sehingga sanggup memutuskan hubungan cinta kami. Kawan - kawan aku memujuk aku, agar bersabar dengan keputusan dia. Mungkin dia masih tertekan disebabkan masalah tu, sebab tu buat keputusan melulu putuskan hubungan kami. Betul jugak, kalau tak, takkan lah dia masih mahu menemankan dan membawa aku ke klinik ketika ini walaupun hubungan kami sudah putus sebagai kekasih. Tapi...aku terasa sangat dengan Razman saat ini. Jikalau dulu, dia pimpin tangan aku jika ke klinik. Tapi sekarang, dia berjalan dengan aku pun sudah jarak jauh sedikit dari aku. Apatah lagi pimpin tangan. Atau mungkin....terus aku terfikir. Mungkinkah dia ada perempuan lain sebenarnya? Ya, mungkin. Siapa yang dia sibuk membalas pesanan ringkas dari tadi? Mungkin perempuan lain. Ya Allah, kenapalah aku tak terfikir dari tadi.

Aku terus mengerling melihat nama di pesanan ringkas yang Razman sedang sibuk menaip. Aku cuba lihat dengan jelas siapakah gerangannya. Razman tidak perasan mata ku sudah melirik ke arah telefon bimbitnya. Siapa namanya tu, aku cuba baca...Ayang? Hah! Ayang? Bukan ke itu panggilan untuk aku? Tapi, bukan aku yang ber'message' dengan dia sekarang ni. Habis tu siapa? Bodoh betul aku. Itu pun nak fikir panjang. Dah tentulah perempuan lain! Tanpa berlengah lagi, aku terus rampas telefon bimbit Razman.

Razman tergamam. Terperanjat mungkin, dengan tindakan aku.
"Siapa 'ayang' ni? Siapa? Perempuan mana ni?"aku terus menyoal dalam nada suara aku yang sedikit menggigil. Aku cuba mengawal suara aku. Malu, kalau orang keliling di klinik tu tahu kami bergaduh. Sejuk kaki tangan aku, menahan marah. Sungguh aku tak sangka, apa yang aku fikir menjadi realiti.

"Bagi balik handphone saya tu..." Razman memperlahankan suaranya. Dia juga, cuba mengawal nada suara dia. Razman memandang aku dengan wajahnya yang boleh dikatakan agak takut dan terperanjat sebab mungkin aku dapat tahu rahsia sebenar dia sebentar lagi.

Saya? Dia bahasakan diri dia 'saya'? No more 'abang'? Baru aku terfikir, patutlah dia panggil aku pun, 'awak' je sejak hari putus hubungan hari tu. Ya Allah, betapa bodohnya aku! Betapa butanya mata aku! Kenapalah aku ni bodoh sangat tak terfikir akan hal ni? Ya Allah...mengalir jatuh terus airmata aku tidak tertahan. Aku rasa saat itu, hendak menangis sepuas-puasnya. Luluh hati aku, tidak terjangkau dek akal fikiran aku bahawa dia sanggup memperlakukan aku sebegini. Dengan sepantas kilat, aku teringat setiap kenangan manis dengan dia, setiap kata-kata manis dan romantik bersama dia. Ya Allah...beginikah aku harus tempuhi.

Aku memandang Razman berserta berlinangan airmata. Razman mula agak gelabah melihat keadaan aku yang sudah tentu sakit, muka pucat ditambah pula dengan airmata yang berjurai. Razman masih menghulurkan tangannya agar aku serahkan kembali telefon bimbitnya kepada dia. Aku hanya menggelengkan kepala. Aku tak nak serahkan kepada dia selagi aku tak baca setiap satu pesanan ringkas yang ada dalam inbox message dia. Aku nak tahu siapa perempuan yang menghancurkan cinta aku. Razman memujuk aku agar serahkan kembali kepada dia. Aku masih menggelengkan kepala aku. Airmata aku semakin laju berjurai - jurai. Tiba-tiba, berbunyi lagi nada tone pesanan ringkas telefon bimbitnya. Pasti perempuan tu! Dengan pantas aku buka inbox message nya. Razman cuba merampas dari aku telefon bimbitnya agar aku tidak dapat membaca pesanan ringkas yang baru diterima itu.

Namun, tangan aku cepat larikan dari tangan Razman agar tidak dirampas. Aku baca setiap perkataan pesanan ringkas itu :

From: Ayang <3
Message : Ayang pun sayang sangat abang. Cinta sangat abang....Ayang rindu pelukan abang...muaxx,muaxxx...

Ya Allah! Jatuh jantung aku membacanya. Beginikah yang aku terima atas kesetiaan aku selama ini? Inikah balasan dia? Dia peluk perempuan tu? Ya Allah...selama ini aku sangat setia cinta pada dia. Tidak pernah terfikir aku hendak menduakan dia apatah lagi menipu. Tidak pernah aku terfikir dia akan tinggalkan aku kerana ada perempuan lain.Tapi, dia tergamak buat aku begini. Mesti message dia sebelum ni, kata-kata manis sama macam mana dia hantar message dengan aku dulu. Sebab tu perempuan tu balas message macam ni. Ya Allah, rasa sakitnya hati aku, sedih teramat sangat, marah pun ada. Sekarang, 'ayang' 'abang',sayang, cinta, semua untuk perempuan tu.

" Bagi saya lah...telefon bimbit tu. Nanti, keluar dari klinik ni saya bagi semula pada awak. Saya janji..."Razman bersuara memujuk aku bila melihat aku tergamam membaca pesanan ringkas itu tadi.

Aku menggelengkan kepala sambil merenung mukanya. Pesakit-pesakit  di Klinik Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang lalu lalang di depan aku tempat menunggu mengambil ubat  pelik perhatikan aku muka yang merah padam berserta air mata yang mengalir laju, namun tiada sendu menangis.

"Apa ni? Apa semua ni?" soal aku sambil menunjuk telefon bimbitnya di dalam genggaman aku.

Razman menarik muka tidak berpuas hati. Dia tarik nafasnya sedalam yang mungkin. Menahan geram dan marah lah tu dengan tindakan aku yang tak mahu serahkan kembali telefon bimbitnya.

" Awak nak tengok puas-puas, nantilah. Lepas kita keluar dari sini. Saya janji..." muka Razman mulai bengang. Aku dapat melihat ke dalam anak matanya. Betapa menyampahnya dia pada aku saat ini. Perempuan itu ternyata lebih penting dari aku.

"Tak. Nanti awak delete semua message yang ada dalam inbox ni..." balas aku. Masih sempat lagi berfikir macam tu walaupun dalam keadaan perit dan pedih teramat sangat.

"Tak. Saya janji saya tak delete...Awak boleh baca semuanya lepas ni. Bagi saya balik handphone tu..." Razman menghulurkan tangannya agar aku serahkan kembali telefonnya.

Entah kenapa, aku masih percaya lagi kata janji dia. Aku serahkan kembali telefonnya. Kebetulan juga, nama aku dipanggil untuk mengambil ubat. Pegawai farmasi yang berikan ubat aku pun buat muka pelik bila melihat aku berjuraian dengan air mata. Mesti dia fikir, sakit sangat budak ni agaknya sampai menangis. Tapi saat tu, aku dah tak peduli apa pandangan orang. Aku fikir saat tu, entahlah. Bercelaru.  Yang pasti aku sedih teramat sangat.

Setelah selesai mengambil ubat, aku hanya menuruti Razman dari belakang keluar dari klinik. Razman membawa aku jauh sedikit dari laluan orang ramai. Setibanya di bawah pokok besar, di mana tempat Razman parking motor dia dan kami berhenti di situ. Aku terus meminta telefonnya seperti yang telah dijanjikan. Aku agak menggigil saat itu. Walau bagaimanapun, aku kena tabah apa sahaja yang aku bakal ketahui selepas ini. Aku nak tahu sejauh mana hubungan diorang.

Razman teragak - agak untuk berikan telefon bimbitnya pada aku. Bila aku lihat dia agak lambat untuk serahkan pada aku, aku terus rampas sahaja dari tangannya. Aku dah hilang sabar dah melihat diri dia yang berpura - pura dan berdolak dalih dengan kesalahan sendiri. Lalu aku terus buka inbox message nya dan mula baca satu persatu.

From : Ayang <3
Message :  Abang...ayang rindu pelukan abang...ciuman abang...nanti kita jumpa lagi ye.

From : Ayang <3
Message :  Sungguh? Ayang lah wanita idaman abang? Hehehe...sukanya....terima kasih sebab pilih ayang  jadi kekasih abang. Ayang cintakan abang sangat tau...muaxx,muaxxx...

From : Ayang <3
Message : Nanti ayang pakai seksi - seksi untuk abang lagi tau...lepas tu kita ****....

Ya Allah...aku tak sanggup lagi nak membacanya. Terjelepuk aku terduduk di atas rumput. Razman hanya memerhatikan saja aku tanpa ada belas kasihan diwajahnya untuk aku. Ya Allah...inikah ujian yang harus aku terima. Atau...inikah kebenaran yang harus aku terima? Semakin laju air mata aku mengalir di pipi ku. Tak terkeluar suara untuk aku menangis. Aku cuba tabahkan lagi hati aku untuk terus membaca. Tapi kali ni, aku buka pula bahagian Send Item. Aku nak baca pula apa yang di balas oleh Razman untuk perempuan tu.

Sender : 012-2422242
Message : Abang cinta dan sayang sangat ayang tau....rindu cium pipi ayang...muaxx,muaxxx...

Ya Allah...ya Allah...tabahkan hati ku. Aku teruskan lagi baca yang lain.

Sender : 012-2422242
Message : Sumpah! Ayanglah wanita yang abang idamkan selama ni. Penyayang, memahami abang, cantik, baik...faham keluarga abang. Seksi pula tu...tu yang abang suka.

Sender: 012-2422242
Message : Abang rindu tengok ayang pakai seksi seksi lagi untuk abang...nanti send lagi gambar seksi ayang ye...abang suka tengok p******....

Arggghhh! Aku dah tak sanggup lagi nak membacanya. Betapa hancurnya hati aku saat ni. Allah saja yang tahu. Aku terus tutup telefon bimbitnya. Lalu aku genggam, ingin saja aku menghempasnya. Dengan segera Razman datang menghampiri aku. Takut aku menghempas pusaka rahsia dia ni. Tapi, sempat aku berfikir. Apa yang aku dapat kalau aku hempas telefon dia ni? Aku tetap sakit hati. Razman memaut lengan aku agar aku bangun dari terduduk di atas rumput tadi. Aku tepis tangan dia. Aku terasa jijik dengan pegangan dia. Aku cuba bangun dengan upaya aku sendiri. Menggigil - gigil aku cuba bangun semula. Razman mulai bersuara sambil menghulurkan tangannya.

"Dah lah tu...bangunlah. Orang dah tengok dari tadi. Bagi balik handphone saya tu..."

Aku memandang wajah dia yang bersahaja seolah - olah aku yang bersalah. Aku rasa ringan tangan aku nak melempang dia! Tapi, aku fikir jijik tangan aku ni nak lempang pipi dia, nak sentuh kulit pipi dia. Sempat jugak lagi aku nak fikir. Aku serahkan kembali telefonnya.

" Dahlah...naik motor ni cepat. Saya nak cepat. Banyak lagi kerja saya nak buat. " kata Razman sambil menyerahkan topi keledar kepada aku.  Aku hanya diam melihat riak wajahnya. Air muka Razman terserlah tiada lagi cinta dan sayang untuk aku. Yang ada hanyalah menyampah dan meluat melihat aku. Boleh lagi dia berkata macam tu? Nampak sangat dia tak rasa bersalah dengan apa yang dia buat. Bagi dia, apa yang dia buat ni betul. Aku yang bersalah dalam hal ni. Kenapa dia nak sibuk lagi ambil berat pasal aku? Dia jugak yang sibuk nak hantar aku ke klinik pagi tadi.

" Cepatlah naik...nak cepat ni! Ishhh..." marah Razman pada aku. Ya Allah, sepanjang percintaan aku dengan dia selama ni, belum pernah dia marah sebegini. Aku hanya memandang dia, lalu aku bersuara.

" Sejak bila? " itu saja soalan yang terkeluar dari mulut aku.
" Hmm...dah lah. Tak payah nak banyak tanya. Awak dah tak ada apa-apa lagi dengan saya." Razman menunjukkan reaksi yang dia tak senang dengan soalan aku tu.

Aku terdiam seketika. Tergamaknya hati dia cakap begini dengan aku. Sakitnya telinga aku dengar. Kalau kau dah tak sayang aku, benci aku, ada perempuan lain, tak payah lah nak ambil berat lagi tentang aku sekarang. Buat apa bawa aku ke klinik lagi? Untuk apa beri aku harapan lagi untuk pulih kan hubungan? Semakin berjuraian air mata mengalir di pipiku. Razman hanya memandang kosong pada aku. Aku tahu, tiada lagi erti cinta untuk aku, mungkin hari ni hanyalah atas dasar kasihan pada aku. Aku terus melangkahkan kaki aku pergi jauh dari Razman. Aku lebih sanggup berjalan kaki walaupun aku tahu, betapa jauhnya perjalanan dari klinik ke kolej kediaman aku. Biarlah aku dengan jalan aku dan dia dengan jalan dia. Benarlah kata Razman, gunung susah nak berubah tapi hati manusia senang nak berubah. Kata - kata dia, membuktikan kebenaran hati manusia senang nak berubah.Razman terjerit - jerit memanggil nama aku. Tiada lagi panggilan manja, 'ayang'. Aku biarkan saja. Kosong.

" Qis...Qis..." Cha mengejutkan aku dari lamunan jauh. Aku tersedar dari lamunan. Aku memandang Cha dengan pandangan yang kosong. Cha yang tersedar dari tidur terpisat - pisat melihat aku yang masih berjaga. Jam menunjukkan dua setengah pagi.

" Dah, dah lah tu...tak payah diingatkan lagi mamat tu. Apa yang kau nak fikirkan lagi? Buat sakit hati je..." sambung Cha lagi. Aku terdiam. Senyum tidak, mengiyakan pun tidak.

" Entahlah Cha, aku rasa aku bodoh sangat! Aku buta selama ni bercinta dengan dia. Setia aku, disia-siakan macam tu je. Cinta aku, dihancurkan macam tu je. Aku tak sangka, ini balasan pengorbanan aku pada dia. Tahun akhir aku Cha, tahun akhir aku dia tinggalkan aku terkontang kanting! Tahun akhir dia, aku tak tidur malam berhari-hari tolong siapkan project final year dia. Tapi dia? ini yang dia balas pada aku! Tanpa belas kasihan! Aku benci! Aku rasa, bongok sangat aku ni sebab buta! Tak nampak yang dia tu ada perempuan lain." luah aku panjang lebar malam tu.

" Kau bukan bongok! Tapi kau lurus sangat! Kitorang dah nampak lama dah, tapi kitorang tak sampai hati nak beritahu kau, sebab kau lurus dan setia sangat." Cha dah mula duduk bersila di atas katil menghadap aku yang duduk di meja study.

" Kenapa aku macam tu hah Cha? Aku lurus sangat ke? Bodoh ke aku, Cha?" aku berfikir apa yang diperkatakan Cha terhadap aku.

" Kau ni, aku cakap kang salah, tak cakap pun salah. Macam ni lah, aku cakap jugak kat kau...Kau ni, perempuan paling bodoh yang aku jumpa dan dia lelaki paling bertuah yang aku jumpa. Sebab, kaulah perempuan yang banyak kali bagi dia peluang dan maafkan dia. Dia pulak,lelaki paling bertuah sebab dia banyak  kali dapat peluang mempermainkan cinta kau tu. Faham?"

Aku terdiam sekejap. Bila masa pulak aku bagi peluang kat Razman banyak kali? Tak faham aku.

" Kenapa kau cakap macam tu? Banyak kali aku beri peluang pada dia? Bila masa?"

" Hmm...aku dah agak dah, kau ni memang lembap! Otak tahap tadika, sibuk nak bercinta..." kutuk Cha. Aku terus baling bantal kecil yang aku peluk ke arah Cha.

"Woiii...sedap mulut kau je ye kutuk aku. Pantang dapat peluang! "

Cha tergelak-gelak mentertawakan aku. Aku mengerti apa yang Cha katakan dan aku mengaku. Kalau tidak, masakan ex-roomate aku dulu pun selalu cakap aku ni terlalu lurus dan terlalu mudah percayakan orang. Memang patutlah, si Razman tu petik jari je nak membongakkan aku. Membongak tu dalam bahasa loghat orang Negeri Sembilan, menipu.

"Bila? Cepatlah cerita..." pinta aku agar Cha menjelaskan apa yang aku dah buat sehinngga aku buta dipermainkan sekian lama tanpa aku sedar.

"Dulu...kau ingat tak kau pernah dapat tangkap dia keluar dengan kawan sekolej kita kat shopping complex tanpa pengetahuan kau? Ingat? "

Aku termenung seketika, cuba mengingatkan kembali kes lalu. Hah, betul. Tapi kenapa?

" Ingat, kenapa?"

" Dia boleh keluar berdua-duaan dengan perempuan lain tanpa pengetahuan kau. Kemudian, kau dapat tahu hal tu, kau boleh terima alasan dia yang mengatakan dia hanya menolong perempuan tu. Sedangkan, waktu tu kau ada final game handball. Dia sanggup keluar dengan perempuan tu dan batalkan perjanjian dengan kau untuk berjumpa dengan kau di padang handball. Itu pun dah cukup menunjukkan dia layan perempuan lain dibelakang kau. Tapi, kau? Apa yang kau tahu? Kau cuma tahu, marah sekejap kemudian kau maafkan, kan?" Cha cuba mengingatkan aku kembali kisah lalu. Aku terdiam dan berfikir. Ya tak ya jugak. Ya, memang aku tak nampak yang dia dah lama layan perempuan lain dibelakang aku.

"Kemudian, lagi sekali berlaku. Kakak sepupu kau sendiri dapat tangkap yang dia melayan perempuan lain semasa dia praktikal dulu. Tapi kau? Kau tak nak percaya cakap kakak sepupu kau. Kau pergi tanya si Razman tu sendiri ada atau tidak dia layan perempuan lain. Sudah semestinya lah dia tak mengaku. Dan kau pun, otak lurus, terima je lah jawapan dia tu." bersungguh - sungguh Cha menerangkan pada aku.

" Habis tu, aku nak kata apa lagi Cha? Dia siap bawa saksi, kawan sepraktikal dia. Dia suruh aku tanya kawan dia tu, ada tak dia layan perempuan lain. Kawan dia kata tak ada. Aku percayalah." bidas aku.

" Sebab tu aku kata, kau ni bodoh. Lurus. Percaya sangat pada lelaki."

" Wahhh, sedap betul mulut kau cakap aku ni bodoh ye..."

"Hahahaha...bukan nak katalah kan, tapi nak buat macam mana. Itu kebenaran. Kau bab bercinta memang bodoh. Bercinta, bercinta lah jugak. Tapi, jangan beri kepercayaan tu 100% pada lelaki, kelak makan diri. Sebab tu lah, kau dah kurus melidi macam sekarang ni..."

Aku tergelak mendengar leteran Cha dan kata - katanya. Memang benar apa yang dikata. Aku yang bodoh. Letak kepercayaan 100% pada cinta lelaki. Lain kali, selidik dulu. Buat keputusan yang betul. Ini tidak, terima je kemaafan dari Razman. Rupa-rupanya dah banyak kali dia layan perempuan lain dibelakang aku. Jadi, tak mustahillah kalau aku baru pergi umrah dua minggu dan dia dah boleh berubah hati pada perempuan lain. Memang menunjukkan bahawa dia playboy, gatal, miang, penipu! Kalau boleh, semua tittle yang buruk tu beri pada dia. Ah, cukuplah. Cukup setakat ni kisah aku dan Razman. Aku dengan kehidupan aku sekarang. Apa yang penting? Kerjasama...! Kesaruk kau kerjasama. Apa yang penting, aku takkan mudah mengalah lagi dalam bercinta. Jika dulu aku bukanlah seorang yang mudah cemburu, tapi sekarang aku lah perempuan yang kuat cemburu. Jika dulu akulah perempuan yang mudah mengalah pada perempuan yang cuba merampas cinta aku, tapi sekarang akulah perempuan yang mempertahankan cinta aku. Kalau dulu aku percaya pada lelaki yang nampak alim ustaz ulama, lebih baik aku bercinta dengan lelaki yang memang dah tentu buaya nya. Kalau macam gini gaya nya, lebih baik aku kahwin dengan duda daripada kahwin dengan bujang. Kalau duda, dah tentu tahu dudanya. Kalau bujang, belum tentu bujangnya. Tengok si Razman tu dah cukup lah! Nampak macam bujang, tapi belum tentu 'bujang'nya ada lagi.

***Bersambung***

Tuesday, August 20, 2013

Aku Ni Isteri Dia! - Bab 2

Posted by Mommymam at 3:59 AM 0 comments

Bab 2

Jam waktu sekarang ni, menunjukkan sudahpun  8.30 malam. Cha masih tak juga sampai. Janji, lepas maghrib. Tapi sekarang, bukan lepas maghrib lagi dah. Ni lepas Isyak dah. Stress aku tunggu minah ni. Ah, mungkin dia ada hal agaknya. Tapi, baik aku call la dia. Aku bangun dari katil, nak capai telefon bimbit yang ada atas meja study aku tu. Eh, berbunyi pula. Mesti Cha yang call ni. Macam tau - tau je aku nak telefon. Bila aku tengok je nama di skrin telefon aku, Jangan Jawab. Terus berdegup kencang jantung aku. Bukan kencang sebab jatuh cinta, tapi kencang sebab marah dan dendam yang tak lepas. Aku benci. Benci jantan ni!

Aku biarkan saja telefon tu berbunyi. Aku campakkan jauh sikit telefon bimbit ku atas katil. Soalan yang sama berulangkali bermain dalam otak fikiran aku bila makhluk ni telefon aku. Nak jawab atau tak? Itu je soalan yang muncul. Aku sakit hati dan aku tak nak jawab sebab aku benci. Sakit hati, marah yang tak hilang - hilang. Ah, memekak la.

"Kenapa tak dijawab panggilan telefon tu?" entah bila masa mama terjegul muka dia depan pintu bilik aku. Aku terkaku sekejap. Nak jawab apa ni? Fikir,fikir.

"Orang gila. Salah nombor, tapi gatal." itu je jawapan yang aku boleh fikir saat ni. Menggelabah aku dibuatnya. Bukan apa, mama tak boleh tau jantan ni masih menghubungi aku. Kalau tak, sakit jantung dia, naik darah tinggi dia. Mana tidaknya, mama tahu kisah aku dan dia. Dari saat aku beritahu mama yang aku bercinta dengan lelaki ni, mama dah tak suka dah. Apatah lagi, bila mama dapat tahu apa yang lelaki ni dah buat pada anak dara dia ni kan.

" Ohhh...hmm, jangan layan orang tak kenal. Bahaya. Mana kawan kau sorang ni Qistina? Kata nak datang sini." soal mama.

Huh, lega hati. Nasib baik tak tanya lebih lanjut.
"Entah lah ma. Ada hal agaknya. Kalau dia tak datang, selalunya dia beritahu Qis. Sampai sekarang tak ada call Qis pun, maknanya dia datang lah tu. Cuma lambat je." jawab aku sambil meng'control' perasaan marah dan gelabah. Ada eh, perkataan meng'control'? Mengawallah mangkuk. SPM Bahasa Melayu dapat berapa ni? Hehehe.

"Hah, yela. Mama nak masuk tidur ni, penat sangatlah mama kerja hari ni. Mama tidur dulu lah. Pintu jangan lupa kunci bila Cha da sampai sini nanti." arah mama sebelum dia berlalu pergi masuk ke biliknya. Aku mengiyakan saja.

Mana Cha ni? Aku stress ni, nak mengadu. Lambat pula dia datang minah ni. Telefon berdering lagi. Aku lihat nama yang tertera di skrin. Arghhh! Makhluk yang sama lagi!  Nak apa dia ni tak sudah-sudah telefon aku?  Buat aku marah je la dia ni. Tak faham lagi ke, aku dah tak nak dia. Aku benci.

Berhenti sudah deringan panggilan telefon dari dia. Tapi, hanya beberapa saat je. Eh, bunyi lagi. Aku dah tak tahan lagi. Aku kena setelkan jugak apa masalah makhluk jantan ni. Lalu aku jawab.

"Hello!" suara aku tegas dan garang.

"Hello, assalamualaikum ayang." suara dari jauh kedengaran.Ishhh, meluatnya aku. Benci. Penipu!

" Nak apa?" salamnya aku tak jawab. Jawab dalam hati je. Stress dengar suara dia yang hipokrit ni.

"Ayang sihat?"Tanya dia pendek.

"Hmm...nak apa sebenarnya telefon saya ni?" Aku cuba mengawal perasaan marah aku. Turun naik nafas aku mengawal nafsu amarah ni.

" Ayang kenapa tak nak jawab panggilan abang selama ni? Baru hari ni nak jawab panggilan abang. Panggil 'abang' pun tak nak dah..."katanya seolah - olah tiada apa yang berlaku selama ni.

"Untuk apa panggilan tu? Ayang? Perempuan lain pun panggilan yang sama kan? Dah lah. Saya dah tak kuasa nak layan pura-pura awak ni. Saya dengan awak dah tak ada apa da. Awak yang minta hubungan kita tamat. Dan sekarang, awak yang tanya kenapa itu dan ini?" Balas aku geram. Sakit hati dengan cara dia yang semacam tak bersalah tu.

"Yelah, memang lah abang yang minta kita putuskan hubungan kita. Tapi, abang masih cintakan ayang lagi. Abang dah insaf dah. Abang tak buat pun lagi."

"Hei! Bahasa apa yang awak pakai ni hah? Cinta apa kejadahnya kalau dah bercinta bersayang sayang dengan perempuan lain? Awak gila ke, awak tak faham bahasa?" Semakin tinggi nada suara aku. Sakit hati cakap dengan manusia macam ni. Ada perempuan lain, boleh lagi nak kata masih cintakan kita lagi. Itu semua bullshit!

"Ayang...kalau ayang tak percaya. Ayang tanyalah housemate abang, abang dah tinggalkan perempuan tu. Abang nak ayang jugak...ayang je yang faham abang." pujuknya lagi untuk meyakinkan aku.

Wah,dia ingat aku buta lagi macam dulu. Dia ingat, aku bodoh lagi macam dulu. Boleh termakan janji -janji manis dia, kata - kata manis dia lagi. Bo - layan lah!

"Sudah-sudahlah Encik Razman. Saya dah tak larat dah nak dengar ayat manis awak tu. Saya nak tanya awak satu perkara lah, tapi awak kena jawab dengan jujur. Boleh?"

"Boleh. Apa dia ayang?" Dengan pantas dia menjawab. Orang nak memujuk, boleh kan saja. 

" Kenapa awak minta putus dulu sebenarnya? Jangan beritahu saya awak ada masalah lagi. Saya nak jawapan yang sebenar-benarnya dari hati awak." tegas aku.

"Hmm...abang sebenarnya sunyi masa Ayang tinggalkan abang pergi Umrah dulu. Masa tu abang buntu, abang ada masalah kewangan. Kebetulan, masa tu kawan lama abang selalu contact abang. Sebab tu, abang terus terjatuh hati dengan dia. Tapi ayang...percayalah, abang tetap cintakan ayang..."

Aku mendengar jawapan jujur dia tu. Makin turun naik nafas aku. Sejuk kaki tangan aku mendengar dengan baik pengakuan dia. Lelaki tak guna, pergi Umrah hanya dua minggu tu pun dia dah rasa sunyi. Macam ni nak dijadikan sebagai laki aku? Tak mungkin. Makin benci aku dibuatnya.

" Saya nak tanya lagi. Apa yang awak cari sebenarnya? Kalau dulu, awak pernah kata saya lah perempuan idaman awak, tapi awak boleh jatuh cinta lagi dengan perempuan lain. Apa awak nak sebenarnya?"

"Hmm...abang nak cari yang 'perfect'." jawabnya pendek.

Buk! Terus menikam jantung mendengar jawapan ikhlas dia tu. Nak yang 'perfect'? Seriusly, aku terus benci. Menyampah. Naik angin terus aku dibuatnya.

"Okay. Kalau macam tu lah. Im not a perfect girl. Im not perfect for you even for anybody. Sorry. Sampai sini saja hubungan kita. Bye!" Talian telefon terus aku matikan. Sakit hati aku dengar.

Telefon bimbit aku berdering lagi. Aku biarkan saja. Amarah aku membara. Bodoh! Apa dia fikir hah? Dia ingat, dalam dunia ni ada manusia yang sempurna ke? Dia tak belajar agama ke? Yang sempurna itu Allah, bukan makhluk macam kita ni. Eeiii, bodohnya dia. Sakit hati aku ni lah. Lelaki macam ni, jangan lah nak dibuat laki. Memang confirm dia cari bini lain, selagi dia tak jumpa yang 'perfect'.

"Woi...kenapa tak jawab telefon tu?" Tetiba Cha muncul di pintu bilik aku. Entah macam mana dia boleh masuk rumah aku ni. Ahh, tu belakang kiralah.

" Cha, kau jawab telefon tu. Beritahu kat jantan tu, jangan telefon - telefon aku lagi. Aku benci! "Aku terus mengarahkan pada Cha. Cha terperanjat, lalu terus dia mencapai telefon bimbit aku di atas katil dan menjawab panggilan tersebut.

" Dah lah. Kau jangan telefon- telefon lagi Qistina. Korangkan dah putus. Kau jugak yang nak. Dah lah, ye. Assalamualaikum..."dengan pantas Cha mematikan talian telefon. Lalu Cha terus duduk disebelah aku.

" Apa dah jadi ni beb? Kau jawab ke panggilan telefon dia tadi? Dia cakap apa?"Soal Cha yang tak sabar nak tahu apa yang terjadi hingga membuatkan aku naik angin semonsun tadi.

"Ada ke dia kata dia nak yang perfect? Ada ke? Memang patutlah dia ada perempuan lain. Nak yang sempurna rupanya. Eiii, sakit hati akulah!" Aku menjawab soalan Cha penuh dengan emosi. Benci membara aku pada kaum lelaki.

"Kejap, kejap. Aku tak faham. Cuba kau tenang. Cerita dengan aku satu persatu. Apa yang sempurna - sempurna ni? Kes apa?"Soal Cha yang tak faham dengan apa yang berlaku.

Aku memperbetulkan kedudukan aku di atas katil. Aku tarik nafas dalam - dalam. Aku cuba tenangkan diri aku yang sangat marah dan benci pada lelaki bernama Razman. Cha hanya memerhatikan gerak geri aku. Dia faham sangat perangai aku yang mana sangat marah, memang macam ni gaya aku. Aku diamkan diri sebentar. Jauh termenung. Dengan pantas, fikiran aku teringat kenangan saat Razman putuskan hubungan kami selepas aku pulang dari Umrah. Aku terus teringat kembali, saat Razman terkantoi dengan aku tentang perempuan simpanan dia. Aku terus teringat, 'message-message' di antara dia dan perempuan tu dalam telefon bimbit dia. Dengan pantas, aku teringat ayat - ayat hubungan intim mereka. Argghhh! Aku benci.


***Bersambung***


 

DeHearty Gurl Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal