Tuesday, December 3, 2013

Aku Ni Isteri Dia! - Bab 8

Posted by Mommymam at 8:38 PM 2 comments

Bab 8

"Hai tuan puteri..."suara Dzal Aidi di corong telefon bimbit.

Hati aku berbunga - bunga. Kalau dalam iklan tu,memang nampaklah bunga - bunga berterbangan. Macam dalam iklan sabun basuh baju tu, kan ada bunga - bunga. Wangi. Hai Qis, kau ni dah kenapa. Wake up!

"Aidi ke ni?" sengaja aku buat - buat tanya.  Gatal kan?

"Tak lah, putera katak."

Aku tergelak. Ada hati nak jadi putera katak.

"Sudah lah Aidi, tak payah jadi putera katak. "jawab aku.

" Eh, jadi putera katak dapat ciuman nanti..." tawanya dari jauh di corong telefon bimbit.

Aku tersenyum sambil meletakkan tuala di atas bahu ku.Gatal nak ciuman buaya duda ni.

" Aah, dapat ciuman dari mulut nyonya tua barulah padan muka. Jadi katak selamanya lah."

Dzal Aidi tergelak. Aku hanya senyum. Senyum ke sengih ke aku pun tak pasti. Yang pasti, aku sangat terhibur bila dia menelefon aku.

"Hah, dah bersiram ke belum tuan puteri?" soal Dzal Aidi menyambung perbualan di telefon. Namun, otak aku berfikir. Bukan ke dia katakan tadi bahawa dia akan menelefon aku malam nanti. Ku sangkakan malam, tapi maghrib dah telefon aku dah. Tak sabar benor nampaknya nak menelefon aku. Hikhikhik. Yang kau gembira sangat kenapa?

" Belum. " jawab aku ringkas.

" Laa...kenapa tak mandi lagi?"

Aku dah agak dah. Bila jawab belum, pasti soalan kenapa akan muncul.

" Nak mandi macam mana? Putera katak dah pandai telefon maghrib - maghrib macam ni."

Gelak besar Dzal Aidi mendengar jawapan aku. Bagi aku pulak, kelakar ke jawapan aku? Spontan je tu. Aduhai kau ni Qis, tak ada perasaan ke?

"Owhhh, kalau macam tu putera katak matikan phone ni lah ye. Tuan puteri pergi mandi, tapi kejap lagi putera katak muncul lagi ye. " balasnya setelah berhenti ketawa.

Aku pulak yang pening.

"Muncul lagi tu maksudnya?"

"Telefon lagi lah sayang oiii..."

Aku tergelak. Lampi lah aku ni. Lampi tu maksud perkataan budak - budak zaman sekarang ni 'lambat pick up'. Aku pun tak tahu lah, dari ceruk mana leh jadi 'lampi' pulak.

"Owhh...ingatkan apa tadi..."

"Kenapa? Nak putera katak muncul masa tuan puteri bersiram ke?"

"Uiiii...tak moh, tak moh...jangan sebut macam tu." dengan pantas aku menepis kata -kata sumpahan dia tu. Pantang aku sebut katak nak masuk dalam toilet.

"Eh, kenapa pulak? Katak kan memang suka duduk muncul dalam toilet."

"Jangan lah sebut. Qis tak suka! Ishhh, dia ni...orang dah kata jangan sebut! " marah aku. Geli geliman aku teringat kisah lalu.

" Okay, okay...sorry tuan puteri. Tapi, kenapa?"

Nak tahu jugak kenapa dia ni. Ishh...ni yang aku lemah nak cerita. Malu, geli.

"Qis geli dengan katak. Dulu ada peristiwa geli disebabkan katak." cerita aku seringkas yang boleh. Ringkaslah tu kan.

Dzal Aidi gelak. Wah, galak sungguh menggelakkan aku ni. Dah kenapa?

"Kenapa gelak? Suka lah tu nak takut kan orang nanti, kan?" teka aku.

"Tak lah. Bukan macam tu. Aidi tengok, gaya Qis macam ala - ala tomboy mestilah tak takut apa -apa. Tapi...rupa-rupanya takut kan katak...hehehe"

Gelak lagi si pakcik duda ni. Aku hanya sengih. Malas nak lawan. Sebab apa dia cakap tu benar. Hikhikhik.

"Yela, bukan nya Qis takut, Qis geli je. Dah katak tu tak geli dengan Qis, Qis lah yang mengalah. Geli dengan katak. " jawapan aku yang membuatkan aku sengih. Boleh lah, jawapan membela diri.

"Yela, mengalah lah sangat macam tu. Dahlah, pergi bersiram ye tuan puteri. Jangan lupa solat maghrib. Aidi dah sampai rumah dah ni. "

Aik? Baru sampai rumah? Balik rumah ke dia ni? Bukan tadi dia cakap dengan Mawar dia ada hal ke sebab tu tak dapat hantar Mawar ke ofis semula? Ni nak menipu aku jugak lah ni. Memang lelaki penipu eh?

"Bukan tadi kata ada hal ke masa beri alasan kat Mawar? Tak balik rumah?" soal aku. Nak tahu apa respons dia bila dia terkantoi menipu.

"Owhhh...memang betul lah ada hal. Tapi dah setel dah hal tu."

Pelik.

" Hal apa yang dah setel? Tadi kata dah sampai rumah."

Dzal Aidi gelak.

"Assalamualaikum...woiii, aku panggil tak dengar!"

Sergah Cha yang tiba - tiba muncul di pintu bilik aku. Aku menoleh memandang Cha. Kemudian aku sengih dan menunjukkan phone aku. Tanda aku sedang on the phone. Talking to someone. Kalau dia tahu aku berborak dengan siapa, pasti Cha terperanjat.

"Siapa tu Qis? Menjerit semacam suara..." tanya Dzal Aidi dihujung talian telefon.

Aku tergelak. "Cha..." balas aku perlahan.

Cha yang sudah pun duduk di atas katil aku menoleh memandang aku pabila terdengar namanya aku sebut. Aku angkat kening saja. Cha menyoal siapa dengan bahasa isyarat mulut. Aku katakan nanti aku beritahu. Semua dalam bahasa isyarat je lah.

" Mak aiii...suara kuat macam tu. Anak dara apa ni...okaylah tuan puteri.Pergilah mandi ye. Jangan lupa solat. Nanti kita sambung lagi."

"Eh, tadi tak beritahu pun lagi hal apa..." sambung aku yang entah kenapa menyibuk nak tahu hal Dzal Aidi maksudkan. Aku tak berpuashati bila aku rasa seperti di tipu. Aku jugak nak selidik, adakah Dzal Aidi jugak seperti lelaki lain yang suka memberi alasan dan kemudian menipu.

"Oh, hal yang Aidi maksudkan tu hal telefon Qis lah. Hal Mawar tu buat apa nak menyibuk. Dia menyemak je nak naik kereta dengan Aidi. Tu yang bagi alasan macam tu kat Mawar bila dia kata nak tumpang tadi. Bolehlah Aidi menelefon Qis. Dah? Puas hati?" jelas Dzal Aidi.

Aku tersenyum malu. Hambik kau Qis! Nak tahu sangat kan? Dia tak penipu lah Qis.

"Owhh..." aku gelak je. Malu dah.

"Ok lah. Bye. "

Dzal Aidi turut membalas kemudian memberi salam sebelum mematikan talian telefon. Aku sengih memandang telefon bimbit aku sambil menyimpan nombor Dzal Aidi dengan nama yang aku taipkan 'Duda Berhias'. Save!

"Amboi...senang hati nampak. Siapa tu?" soal Cha yang sudah bersila di atas katil memandang aku. Aku senyum.

"Aidi."jawab aku pendek.

"Aidi?!!!" jerit Cha. Aku dengan cepat menekup mulut Cha yang besar belanga bila menjerit.

"Perlahan sikit sebut nama tu boleh tak...nanti mak aku dengar lah...dah lah tadi dia suspek something wrong je dengan aku ni..." aku bersuara setelah melepaskan takupan tangan aku di mulut Cha.

Berkerut dahi Cha.

"Suspek apa? Eh, cop! Kejap! Sejak bila si duda tu dah pandai menelefon kawan aku ni. Kau beri nombor kau pada dia ke?"

"Eh, tak lah. Bukan kau yang beri ke? Aku suspek engkau je yang beri nombor aku pada dia." balas aku.

"Eh, tak ada lah. Dia tak minta....ohhh, ye. Baru aku ingat, dia curi -curi tengok nombor kau dalam phone aku lah tu masa dia nak pinjam phone aku semalam. Ye, baru aku ingat." balas Cha sambil mengangguk - angguk setelah dapat mengimbas kembali bagaimana Dzal Aidi boleh tahu nombor phone aku. Aku hanya diam. Nak respon apa je. Diam je lah. Dzal Aidi je pun yang call, bukannya Razman.

"Hah! Pasal Razman, kau nak tahu tak apa dia cakap kat aku petang tadi...?" sambung aku yang mula duduk atas katil menghadap Cha.

"Eh, sebelum kita mula berbincang hal kau yang tak sudah dengan Razman ni...baik kau bangun pergi mandi dan solat dulu. Baru kita berbincang. Maghrib dah nak habis ni. Pergi." arah Cha yang sememangnya kawan baik aku yang selalu menyuruh aku mandi dan solat sejak dulu lagi. Dia tahu benar sikap aku yang selalu lambat ni.

Usai sudah aku menyempurnakan tanggungjawab aku sebagai muslimah, iaitu solat maghrib dan mandi malam. Aku pun menceritakan semula situasi yang berlaku petang tadi antara aku dan Razman. Aku menceritakan betapa aku malu, marah, benci dan segalanya yang buruk terhadap Razman. Apa rasanya bila lelaki berkata 'kau bekas aku'? 'bekas'? Apa maksudnya kalau tak lain tak bukan maksudnya seolah - olah dia dah sentuh aku. Umpama, aku ni hampas tebu yang dia dah ludah. Manisannya dah dihisap! Tak ke rasa maruah kau jatuh terjelepuk walaupun hakikatnya kau tak buat apa pun. Tak pernah berlaku apa pun hal - hal yang terkutuk. Sudah tentu malu kan? Marah kan? Macam tu lah aku rasa, lebih - lebih lagi aku dimalukan di hadapan Dzal Aidi, orang asing dalam hidup aku. Yela, walaupun Dzal Aidi tu kawan Cha dan juga kenalan baru aku. Tapi, dia tetap asing lagi dalam hidup aku. Aku baru kenal dia untuk beberapa minggu. Bukannya bertahun.

"Dah tu, Aidi cakap apa bila Razman cakap macam tu kat kau?" soal Cha.

Aku mengeluh kecil.

"Dia tak cakap apa pun, dia cuma genggam tangan aku je dan bawa pergi dari situ." jawab aku sambil membelek - belek majalah Rapi yang terbaru. Aku lebih suka baca tajuk besar terlebih dahulu sebelum membaca sepenuhnya.

"Hah, cakap pasal pegang tangan tu. Aku rasakan Qis...kawan aku si Mawar tu ada masalah lah dengan kau." Cha memandang aku dengan pandangan yang mengesyaki sesuatu. Memang patut pun dia perasan kawan dia Mawar tu ada masalah dengan aku tak tentu pasal.

"Memang pun. Dia tu kenapa? Dia memang macam tu ke? Atau dia ada hati dengan Aidi? Dia macam jeles je dengan aku, kalau tengok dari gaya dia tu." balas aku.

" Yela, aku pun rasa macam tu. Sebab, masa kau berdua dengan Aidi dalam kereta tu. Dia asyik tengok cermin pandang belakang je, nak perhatikan korang berdua. Lepas tu dia tanya, dah lama ke kau ada hubungan dengan Aidi?" Cha bercerita dengan penuh gaya memek muka. Kalau boleh kaki tangan nak lakonkan sekali.

"Dah tu. Kau jawab apa, bila dia tanya macam tu?"

"Aku jawab lah, tak ada hubungan apa lah selain daripada kawan. Tapi...tak tahulah kalau korang memang dah ada jalinkan hubungan tanpa pengetahuan aku."

Aku gelak. Sah, Mawar jeles dengan aku. Oh, ada hati dengan duda ni cakap lah terus terang. Tak payah perang dingin sejuk beku dengan aku. Aku tak gemar.

"Ala, kalau dia nak sangat si Aidi tu. Ambil lah. Aku pun tak nak. Tak payahnya lah nak jeles bagai dengan aku...dia dress up lagi cantik berbanding aku. Apa nak ditakutkan Aidi dia tu dirampas." balas aku sambil tergelak teringatkan riak muka Mawar yang muncung sedepa bila Aidi enggan menghantar dia pulang ke ofis semula.

"Kau cakap memanglah senang, suruh si Mawar tu ambil je si Aidi tu. Masalahnya, Aidi tu nak ke si Mawar tu? Mawar tu memanglah dress up je lebih cantik ngalahkan artis, tapi cantik lagi muka kau tu walaupun pakaian kau tu tak macam perempuan. Seluar je memanjang..."

Aku gelak kecil. Apa ada masalah dengan pakaian aku. Kenalah dengan tempat aku bekerja, kedai buku je pun. Bukan kerja pejabat yang gah perkasa dan terkenal. Eceh!

"Tak apa lah...nanti kita cari jalan, beri peluang si Mawar tu pikat hati Aidi ye. Aku tak gemar nak gaduh dengan perempuan pasal lelaki ni. "

"Aik! Bunyi ayat kau tu...macam kau pun ada hati jugak je dengan Aidi tu Qis..."

Cha memandang sinis pada aku. Aku terkedu kejap. Fikir. Aku ada beri ayat tersirat ke? Eh, buat apa bagi ayat tersirat. Bukan aku ada hati pun dengan Aidi tu.

"Kenapa pulak kau cakap macam tu?"

"Yela, bunyi ayat kau tu, bunyi ayat orang ada hati jugak tapi mengalah. Ok apa Qis, kau dengan Aidi. Bukannya suami orang pun, dia duda. Bak kata kau kan, kalau duda dah tentu dudanya. Kalau bujang, belum tentu bujangnya, kan?"

Tiba - tiba aku teringat pasal mama pesan dengan aku setibanya aku pulang ke rumah maghrib tadi.

"Hah! Cakap pasal suami orang. Kenapa eh, mak aku pesan tadi...'Jangan keluar dengan suami orang dah lah Qis...'. Kenapa eh?" aku memandang Cha meminta jawapan.

Cha pun memandang aku sambil berkerut dahinya.

"Pelik ni. Tiba - tiba je...kenapa? Kau ada keluar dengan suami orang ke?" tanya Cha.

"Ishhh...mana ada. Laki siapa yang aku nak ajak keluar. Setakat ni, aku keluar dengan Aidi je lah, itu pun dengan kau jugak."

Cha menggaru -garu kepalanya.

"Cha, aku kenal mama aku. Dia takkan pesan macam tu kalau tak ada hal yang berlaku...pasti ada something yang berlaku atau yang dia tahu ke...ishh...susah lah nak cakap," jelas aku lagi.

"Apa yang dia tahu dan apa yang kau tak tahu?" soal Cha.

Aku pulak yang pening dengan soalan Cha.

"Mana lah aku tahu."

"Agaknya, mak kau salah faham kot. Dia fikir Aidi tu, suami orang tak?" teka Cha.

Aku pulak yang mengerutkan dahi aku berfikir.

"Ishhh...kejap! Kenapa pulak dia nak fikir macam tu? Sedangkan mak aku tak tahupun aku keluar dengan Aidi. Aku tak sebut pun nama Aidi. Aku cuma cakap, aku keluar dengan kau dan kawan - kawan kau. Itu je. Tak ada sebut nama pun."

Cha terdiam. Berfikir sejenak.

"Ye tak ye jugak. Habis tu, kenapa mak kau cakap macam tu?"

"Aku tanya kau, kenapa kau tanya aku semula..." aku nak tergelak melihat perangai Cha yang suka nak menyoal soalan yang sama aku beri pada dia.

"Aku rasakan Qis...ada orang report kat mak kau lah...gerak hati aku cakap macam tu. Ada yang menyampaikan maklumat yang salah pada mak kau."

"Aku pun, dapat gerak hati macam tu...tapi siapa?"

***bersambung***

 

DeHearty Gurl Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal