Monday, July 15, 2013

Aku Ni Isteri Dia - Bab 1

Posted by Mommymam at 1:14 AM 2 comments
BAB 1

Akhirnya aku berjaya memujuk mama untuk lepaskan aku bekerja di kedai buku Popular. Kalau ikutkan hati mama, memang dia nak simpan aku ni kat rumah macam bibik Indon. Mama memang tak bagi aku kerja kat tempat public macam ni. Pada dia berjiwa hati seorang ibu yang mempunyai anak perempuan yang cantik macam aku ni. Eh, jangan terlebih perasan boleh tak? Hehehe. Pada mama, di tempat macam ni adalah sangat bahaya untuk aku. Nasib baik adik aku pandai back up aku. Bagi aku pengalaman lah, biar aku matanglah. Memang aku sayang kau lah Ngah.  Dan sekarang, wahhh, heaven aku rasa. Nyamannya hati aku, diri aku. Mana tak nyaman, dalam tempat hawa dingin aku bekerja sekarang ni. Lebih - lebih lagi, aku menghadap buku - buku yang pelbagai genre ni. Memang hati aku bahagia melihat buku -  buku tersusun di rak - rak buku yang serupa dengan perpustakaan ni. Walaupun ini kedai buku dan bukan milik aku, tapi aku bahagia dengan bau - bauan buku - buku ni. Dengan pantas aku mula menyusun buku - buku yang baru tiba ni di rak - rak mengikut genre nya. Cepat siap, cepat aku boleh menilik buku novel baru kat sana pula tu.

" Hai, awak pekerja baru kat sini ye?" tiba-tiba ada suara menyapa di depan aku. Aku pandang atas melihat wajah suara itu. Maklumlah, aku bersila kat lantai menyusun buku dengan khusyuk. Khusyuk? Bukan berangan ke?

"Aah, ye" jawab aku sambil aku hulurkan tangan tanda salam perkenalkan. " Saya Mira "

Dia menyambut salam aku. Mak ai, lemah gemalai gaya salam dengan aku ni. " Saya Tina ". sambil senyum manis memandang aku. " Bila masuk kerja sini?" soalnya sambung perbualan.

Ohhh, namanya Tina. Nasib baik aku bagi nama aku Mira, bukan Tina. Kalau tak, dah sama pula nama dengan minah ni. Yelah, nama aku Almira Qistina. Panggil Tina pun boleh kan.Hehehe.

Aku yang masih bersila tersenyum mendongak ke atas melihat si gadis ala macam ayu ni. Memang nampak ayu, tapi macam ada yang tak kena je dengan minah ni. Macam menggedik. Ish, nak saja aku jawab, tahun lepas dah masuk kerja. Mesti kau ponteng kerja setahun kan, sebab tu kau tak tahu aku ni kerja sini. Eh, jangan melalut seorang diri boleh tak.

" Baru hari ni kerja sini. Baru je masuk sini." balas aku sambil mula berdiri. Penat dah aku nak mendongak tengok minah ni. La, katik rupanya minah ni. Hihi.Tak baiklah. "Hmm, dah lama kerja sini?"

" Dah, saya dah lama kerja sini. Awak dah sarapan?" tanya si katik ni. Eh, Tina la.

" Belum lagi, kenapa?" aduhai, ni yang aku lemah ni orang perempuan bercakap dengan aku ber-saya ber-awak ni. Aku dengan lelaki pun cakap guna aku kau je.

" Kita pergi sarapan sama nak tak? Kat sini, kalau nak keluar sarapan atau solat, boleh berdua je. Pengurus tak bagi keluar ramai - ramai. Awak nak tak?" sambil berkelip - kelip si Tina ni mengajak aku.

Sambil menepuk - nepuk punggung aku yang penuh habuk dan pasir kat lantai melekat kat seluar aku ni, aku menjawab." Boleh jugak. Lapar jugak ni" sambil senyum aku jawab.

" Okay. Jomlah. Bawa purse je, tak payah bawa handbag." ajak Tina lagi..

Aku mana ada handbag. Purse je pun yang aku bawa ke sana sini. Ada dalam poket seluar aku ni. Tak kuasa aku nak berhandbag bagai. Aku keluarkan purse aku dan tunjuk pada si katik ni.

"Jom. Tapi, boleh tak kalau saya guna aku kau je bila bercakap dengan awak ni. Saya tak biasa lah." selamba aku tanya, tapi dalam cara yang sopanlah. Tak adalah aku terjah je balas cakap dengan dia guna aku kau kan. Kira baiklah jugak aku ni. Sungguh bangga diri. Hehehe.

"Boleh. Jomlah kita gerak." jawab Tina sambil berjalan mendahului aku di belakangnya. Aku perhatikan si katik ni dari belakang. Peramah orangnya. Semua bertegur sapa dengan dia sambil melambai - lambai pun ada. Dah macam Miss World pula gaya dia, Miss World Katik, hehehe. Tak baiklah kau ni Mira.

Telefon bimbit aku berdering pula. Aku melihat nombor yang tertera. Hmm, makcik ni. Si Cha. Lantas aku jawab panggilan dia. Cha ni, kawan baik aku dari zaman sekolah sampai lah ke universiti dan sampailah sekarang.

" Hello, assalamualaikum."
" Waalaikumsalam, weh Qis. Kau kat mana ni? Dah start kerja? Apa 'cer'?" soal Cha. Mak aii soalan dia ni, bertubi-tubi. Memang makcik betul lah dia ni.

" Weh, boleh tak tanya satu - satu. Kecoh betullah kau ni." balas aku sambil memberi isyarat pada Tina supaya jalan dahulu. Aku ikut je dia kat belakang ni.

" Yelah, mana boleh sabar. Aku geram dengan kau ni tahu tak? Geram tak habis."
Aku tergelak kecil. Biarlah dia geram.

" Ala, apahalnya telefon ni." soal aku lagi. Malas aku nak sambung ayat Cha tu, malas nak memperbesarkan lagi keputusan yang aku dah buat.

" Weh, beb. Kau tak jawab lagi soalan aku. Kau kat mana ni? Dah start kerja belum? Apa 'cer'?"
Laa, dia tak lupa soalan dia. Cha...Cha..
" Hehehe...aku kat tempat kerja aku la ni. Kenapa? Meh lah sini. Aku dah start kerja dah hari ni. Heaven aku rasa."
" Seronok - ronok ye kau kat sana. Kalau tak, kau dah sama tempat kerja dengan aku tau."
" Ala, tak nak lah aku. Aku dah bosan dah asyik sama tempat dengan kau. Dari zaman sekolah, satu kelas, satu tingkatan sampailah kat universiti sama U jugak. Cuma kos je lain sikit. Nasib baik sikitlah." jawab aku sambil tergelak - gelak.
" Siut kau eh, tergamak hati kau cakap dengan aku macam tu. Dahlah, nanti aku habis kerja aku singgah jumpa kau kat sana ye. Kau habis kerja pukul berapa?"
"Aku habis kerja jam 7 malam nanti. Sempat kau datang sini, jemput aku balik. Aku mana ada kereta."
"Yelah. Tunggu aku tau. Bye!" Cha matikan taliannya. Mak aii, gelabah betul minah seorang ni. Ni minah katik lagi seorang ni. Kat tempat apalah yang dia bawa aku sarapan ni.

Aku pun ikut saja lah si Tina ni duduk makan sarapan kat Restoran Masakan Melayu ni. Janji, dapat makan isi perut aku yang kosong ni. Sepanjang aku duduk sarapan dengan minah ni. Memang nampak sangat lah dan memang betul sangkaan aku, dia ni minah gedik. Habis mana - mana lelaki dia balas senyum tersipu-sipu manis la konon. Dia kata, diorang semua kerja kat shopping mall ni. Jadi, dia memang kenallah dengan semua lelaki - lelaki tadi tu. Oh, mungkin dia nak kata dia dah bekerja lama kat sini atau mungkin dia memang suka melayan? Teng teng teng...ada saja lah aku ni.

Ada jugak lelaki - lelaki yang si Tina ni kenal tersenyum - senyum dengan aku. Aku balas senyum kambing je lah. Kambing pun tak sanggup senyum macam aku buat. Tapi, apa yang aku perasan muka si Tina mula berubah bila ada yang bertanyakan hal aku, nak berkenalan katanya. Ahh, mungkin perasaan aku je kot. Aku bukan apa, aku paling tak suka perempuan bergaduh sebab lelaki. Cukup, cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Eh, menyanyi pulak aku ni. Dah lah, yang penting petang ni aku melepak dengan si Cha kepoh ni.

Sedang aku menikmati sarapan aku ni sambil melayan si Tina ni bercerita. Telefon bimbit aku berdering lagi. Sedap ringtone aku, Sesaat Kau Datang, lagu Ramlah Ram feat Sleeq. Aku melihat siapakah gerangan yang menelefon aku di kala aku bersantap ni. Terberhenti sekejap jantung aku. Rasa nak marah, benci, menyampah semua nya ada bila aku lihat nama di skrin telefon aku tu.

Rasa malas nak jawab pun ada, tapi tak boleh jadi. Sampai bila aku nak pendam marah aku ni. Tapi, nantilah. Sekarang bukan masanya. Sekarang waktu aku bekerja, rosakkan mood aku gembira je hari ni nanti.

Apa yang aku terbayang sekarang ni, muka dia. Segala perbuatan dia, kata - kata dia. Buat aku rasa makin menyampah pada lelaki. Asyik menipu je kerja diorang ni. Aku dah malas nak bercinta. Aku teringat di saat dia dengan perempuan tu. Ahh, cukup lah. Biarkan dia. Telefon aku biarkan berdering, lantas aku masukkan semula ke dalam poket seluar aku. Tina memandang aku penuh persoalan, bahu dijungkit sedikit. Bertanyakan kenapa aku tidak menjawab panggilan tersebut. Aku membalas dengan senyuman, aku jungkit sikit jugak bahu aku. Tanda aku tidak tahu siapa atau aku malas nak jawab panggilan tu. Lalu. aku teruskan menjamu selera aku yang makin lapar ni. Begitu juga Tina.



***Bersambung....***




Sunday, July 14, 2013

Aku Ni Isteri Dia- PROLOG

Posted by Mommymam at 11:06 PM 0 comments
Prolog

Aku merenung wajah mulus bayi comel ku. Sangat comel macam aku, ceh wahhh, perasan! Ya, bayi memang sangat comel,kan. Siapa nak sangkal, ye tak? Bila aku renung dan tenung, aku teringat bagaimana lah aku boleh kahwin dengan bapak budak comel ni kan? Suami aku lah kan, siapa lagi. Hehehe...Tanpa ku sangka, tanpa ku duga. Ini suami aku.

Aku mengeluh kecil. Aku teringat kembali kisah percintaan aku dan suami ku suatu masa dulu. Perghh! Macam cerita ala-ala Romeo & Juliet pula. Tak ada maknanya, tapi dugaannya macam teruk jugak lah. Kalau difikirkan semula, macam tak jadi kahwin aku ni. Kalau difikirkan jauh lagi semula, memang aku tak nak bercinta lagi dah, apatah lagi kahwin kan. Iyalah, sebelum aku jumpa bapak kepada anak aku ni. Aku dah jumpa lelaki - lelaki yang dah tak guna jadi lelaki sepatutnya. Sepatutnya jadi peti ais ke, mangkuk tandas ke, kan. Hendak dipadankan dengan perangai dan sikap diorang tu.

Aku tersenyum. Hai, ini lah rahsia Allah dan kerja Allah. Semuanya kita tak tahu. Apa yang kita tahu, kita hanya merancang dan yang tentukan adalah Allah. Sebab, Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Betullah, aku yang terbaik untuk suami aku dan suamiku yang terbaik untuk aku.

Hah, dah masuk dah laki aku dalam bilik ni. Kejap lagi dia datang lah dekat dengan aku ni. Lepas tu, dia tanya, " Sayang buat apa tu?". Dah tentu sah aku baring menghadap anak dia ni. Eh, anak aku jugak.

"Sayang buat apa tu?" Hah, betulkan sangkaan aku. Sebab tu lah, Allah kata aku ni isteri dia. Sambil aku betulkan kain aku ni, " Sayang tengah makan lah."

"Hah? Sayang makan apa?" sambil suami aku duduk sebelah bayi kami yang sedang nyenyak tidur.

"Sayang makan hati." jawab aku selamba.

"Aik, makan hati kenapa?" suami ku tersenyum melihat muka aku yang dah mula buat muka 50 sen. Hehehe...

"Dah tahu kita tengok anak, lagi mau tanya kita buat apa."

"Yelah, honey tengok isteri honey tersenyum sorang-sorang pandang anak, sebab tu lah honey tanya macam tu," balas suami ku sambil memperbetulkan kedudukannya berhampiran dengan anak.

Tersenyum sekejap aku. Oh, aku senyum ke tadi? Sengih kot tadi. Hehehe..." Dah lah, honey tolong jaga anak kejap ye. Sayang nak sambung tulis cerita Full House ni." balas ku sambil tergelak kecil.

Suami aku gelakkan saja. Boleh dia gelakkan aku. Sabar je lah. Sebab dia tahu, aku ni isteri dia. Ada - ada saja perangai.
 

DeHearty Gurl Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal