Sunday, September 14, 2014

Aku bidadari. Kau Imamku.

Posted by Mommymam at 10:55 PM 3 comments

Prolog

Dian...apa yang perlu kau buat sekarang? Terima atau tidak? Aku menafikan maka aku munafik. Ya Allah. Aku berdusta pada diri pun aku munafik. Ya Allah. Ampunkan aku. Aku masih isteri dia.

Dian merenung jauh ke luar jendela. Tiupan bayu yang lembut menjatuhkan uraian rambut di dahinya. Nampak lesu tetapi tetap ayu wajah Dian. Bunyi notification tak henti - henti di telefon bimbitnya. Whatsapp agaknya. Dian hanya memandang kosong telefonnya. Sekosong akal fikirannya.

Kalau ikutkan hati yang merajuk,kecewa. Parah menyesal nanti kau Dian. Hati kecil Dian tiba - tiba bersuara. Dian tersedar. Apa harus aku lakukan sekarang? Solat istikharah? Ya. Solat. Berdoa pada Dia. Hanya pada Dia harus serah kembali segala keraguan aku. Takut - takut,hati syaitan yang merasuk akal fikiran aku. Membuat aku mengambil tindakan yang menjunamkan aku lebih dalam ke neraka. Kerana aku masih isteri dia yang sah.

Dian terus mencapai tuala di ampaian untuk bersiap. Sempat lagi dia mencapai telefon bimbitnya,terus mendail nombor telefon Qila. Bestfriend Forever till jannah,katanya.

"Aku jumpa kau di Old Town cafe tempat biasa." Talian dimatikan setelah Qila bersetuju. Bergegas Dian berlari ke bilik air. Baru nak mandi pagi,jam dah pukul 11pagi. Dian,Dian...

Aku memang bidadarinya. Dia memang imam aku hingga ke syurga. InsyaAllah. Aamiinn. Terdetik hati Dian.

Friday, January 10, 2014

Aku Ni Isteri Dia! - Bab 7

Posted by Mommymam at 9:16 PM 4 comments
Bab 7
"Lepaskan tangan saya lah!" aku merentap tangan aku dari pegangan Razman. Sakit.
Membuntang mata Razman memandang aku. Mungkin geram dan marah bila aku melawan tindakannya itu.
"Wah, hebat! Dah pandai melawan sekarang...kenapa? Takut kekasih hati marah?" Razman menyoal aku dengan ayat yang menyakitkan hati dan telinga aku. Berdesing.
"Awak ni kenapa? Datang tak diundang, boleh pulak nak menyakitkan hati." Lawan Qis, lawan.
Razman senyum. Senyuman yang sinis penuh dengan sindiran.
"Sejak berkawan dengan jantan tu, Ayang dah pandai membantah dan bertekak dengan Abang ye...bagus! Syabas!"
'Eeeiii...lu bikin gua panas jeee....' kata hati aku.
"Dah lah. Saya tak ada masa nak bertekak dengan awak yang tak serupa betul ni.  Get to the point. Awak nak apa lagi sebenarnya?" lawan aku. Lain hati berkata, lain pulak mulut berbicara.
Razman menarik nafas panjang sebelum menjawab soalan aku.
"Abang nak Ayang ikut abang sekarang. Kita pulihkan kembali hubungan kita. Abang sayang sangat Ayang...ye sayang..."
"What?" macam nak terkeluar anak tekak aku terjerit.
Razman mula gelisah, memandang sekeliling. Tahu pulak malu jantan ni.
"What do you mean by 'pulihkan kembali hubungan kita'? You mean 'kita'? " aku menunjukkan diri aku dan dia. Dengan pantas Razman mengangguk.
Aku pulak balas senyum sinis pada dia. Dia merenung riak wajah aku. Mungkin dia boleh baca dan rasa maksud tersirat senyuman aku.
" Awak sedar tak apa awak cakap? Sedar? " aku menunjukkan  kepala otak aku. Maksud aku, otak dia la.
Razman hanya merenung dan diam tanpa kata. Menanti ayat aku seterusnya.
" Hubungan kita dah lama mati. Almira Qistina yang awak kenal dulu, dah lama mati jugak sama expired date nya dengan hubungan kita yang awak bunuh dulu. Tak ingat? Atau nak saya ingatkan lagi? Atau nak saya tunjukkan bukti kata - kata awak dan juga hubungan sulit awak? "
Razman tergamam. Diam. Hanya hembusan nafasnya yang aku dengar saat itu. Dada aku juga turut berombak. Mengawal api kemarahan aku yang lama terpendam.
" Kalau awak tak ingat, saya boleh ingatkan kembali ingatan awak. Tapi, saya rasa awak pasti ingatkan? Dah lah, pergilah balik tempat asal awak dan juga...siapa tu nama kekasih gelap awak? Min, Lin, Mai...huh, what ever lah...pergilah balik. Saya pun nak balik jugak ni. Assalamualaikum..."
Dengan selamba, aku melangkahkan kaki aku. Ingin meninggalkan lelaki tak guna ni. Sekali aku pandang ke depan, Dzal Aidi sudah berjalan ke arah aku juga dan menghampiri aku. Tetapi sebelum itu, Razman sempat bersuara.
" Kau jangan menyesal Qis...jangan menyesal tinggalkan abang..."
Aku buat tak peduli. Buat - buat tak dengar kata - katanya. Namun hati aku perit, sakit, pedih.
Dzal Aidi sudahpun berada di depan aku. Sangat hampir. Dia menghulurkan tangannya. Lalu aku sambut. Saat aku sambut sahaja tangan Dzal Aidi, Razman yang tidak jauh dari situ bersuara kasar.
" Kau jangan lupa...kau 'bekas' aku...'bekas'..."
Apa?Aku terus berpaling memandang Razman. Razman tersenyum puas  sebelum berlalu pergi. Sakitnya hati aku ni dengar. Kurang ajar punya lelaki. Mulut betul - betul nak kena campak dalam api neraka.
Dzal Aidi menggengam tangan aku dengan kemas. Kuat. Dia hanya mengajak aku pergi meninggalkan tempat itu. Tak perlu lagi memandang Razman yang sudah jauh melangkah pergi. Aku membisu. Diam tak berbahasa. Otak aku berpinar, macam nak pitam. Hati aku penuh kebencian yang berganda terhadap Razman. Sungguh tak ku sangka dia sanggup berkata sebegitu rupa! Apa kata Dzal Aidi bila mendengar kata - kata Razman tadi? Pasti dia menganggap aku perempuan jijik, perempuan hina, perempuan tak ada maruah, perempuan tak suci. Ya Allah, sesungguhnya aku masih suci. Ya Allah!
Tiba - tiba tangan aku digoncang. Aku tersedar dari perbualan kata hati aku yang bertubi - tubi. Aku memandang wajah lelaki yang menggoncang tangan aku. Dia senyum. Aku terus memandang tangan aku yang digenggamnya erat. Tidak! Aku terus menarik tangan aku dari genggamannya. Pandangan aku terus tunduk. Malu! Takut! Semuanya bertimpa - timpa dalam perasaan aku sekarang.
"Qis...dah lah tu. Apa - apa hal pun, masuk lah dulu ke dalam kereta. Dah nak senja dah ni..." Dzal Aidi berkata lembut memberikan arahan kepada aku.
Aku pandang kereta yang berada di depan mata aku kini. Entah sejak bila aku boleh tiba di tempat parking kereta di basement pun aku tak tahu. Tak sedar.
Cha memegang bahu aku. Dia berdiri di sebelah aku pun tak sedar. Aku bermimpi kah tadi? Ataupun, memang ini realiti? Jika realiti, benarlah apa yang aku dengar dari mulut Razman.
"Qis...kau kenapa ni? Apa yang Razman cakap sampai kau jadi membisu macam ni? Risau aku.." Cha menyoal aku. Aku memandang muka Cha dengan pandangan yang kosong. Aku...entahlah Cha. Aku speechless.
Aku menghembuskan nafas ku perlahan. Lemah.
" Masuk Qis...Aidi hantar Qis pulang ye...Cha, kau tunjukkan aku ke rumah Qis. Aku follow belakang kereta kau ye..." arah Dzal Aidi.
Aku hanya diam tapi mata aku hanya memandang saja gerak bibir Dzal Aidi. Kemudian aku memandang Cha. Cha hanya mengangguk setuju. Kemudian aku memandang Mawar di sebelah pintu sana yang sudah menunggu untuk masuk di seat belakang kereta Dzal Aidi. Dia menjeling aku sebelum dia bersuara manja.
"Aku ikut kau ye Dzal..."
"Eh, buat apa. Kau naik dengan Cha. Biar Cha hantar kau kat ofis. Kereta kau kat ofis kan? "
Mawar memuncungkan mukanya. Konon manja lah tu.
"Ala...apa salahnya kau hantar aku kan? Kan lalu nak ke arah rumah kau, kan?" pujuk Mawar menggedik.
"Ahh, aku malas. Lagi pun, aku ada hal lagi. Kau naik dengan Cha." arah Dzal Aidi tegas.
" Ala, kedekut lah kau ni...minta hantarkan pun tak boleh...hantar Qis boleh pulak..."Mawar membuat gaya rajuknya sambil berlalu ke kereta Cha di sebelah tempat aku berdiri. Matanya sempat lagi menjeling. Aku hanya diam tak ada respon.
" Kereta aku ni...orang istimewa je boleh naik. Faham?" balas Dzal Aidi sambil matanya memandang aku, senyum. Aku tetap tak ada respon. Tapi otak aku berfikir. Orang istimewa? Dia ingat aku ni orang kurang upaya ke? Tahu lah dahi aku sedikit jendul. Telinga aku sedikit capang. Pakai tudung pun boleh nampak lah. Kaki aku pulak saiz kasut 7, panjang macam lelaki. Dalam diam, dia mengenakan aku.
Mawar hanya mencebik, lalu duduk di sebelah seat Cha. Cha sudah lama menunggu di dalam kereta. Dzal Aidi menarik tangan aku, menjemput masuk ke dalam keretanya. Aku hanya menurut saja. Tetapi sebelum bergerak, Cha menurunkan tingkapnya ingin mengatakan sesuatu kepada aku.
"Qis...malam ni aku datang tidur rumah kau. Kau jangan tidur dulu. Tunggu aku tau..."
Aku hanya senyum mengangguk. Lega hati aku. Aku boleh luahkan apa yang tepu dalam hati dan otak aku sekarang selepas kejadian tadi. Belum pernah seumur hidup aku, lelaki menghina aku sedemikian.
Sepanjang perjalanan pulang, aku lebih rela mendiamkan diri memandang ke luar tingkap. Aku perasan dari ekor mata aku, Dzal Aidi menoleh memandang aku disebelahnya beberapa kali. Aku hanya membiarkan saja. Itu lebih baik.
"Ehemmm...ehemmm..." Dzal Aidi berdehem beberapa kali. Okay, dia nak mula dah Qis.
Aku tetap memandang ke luar tingkap.
"Boleh saya bercakap dengan tingkap sebelah sana?"
Aku menoleh memandang dia. Aku lepaskan senyumku sedikit. Antara rela dan tidak. Aku tahu maksud katanya itu. Yela, takkan dia nak bercakap dengan tingkap kan? Mestilah nak bercakap dengan aku.
Dzal Aidi membalas senyumku. Senyuman dia lebih ikhlas berbanding dengan aku. Rasa bersalah menerpa ke dalam hati aku.
" Nak tanya boleh...?"
'Ada nampak kat dahi ni kaunter pertanyaan ke?' jawab aku. Dalam hati je.
Aku mengangguk. Lain kata hati, lain tindakan aku. Aku rasa, macam dapat agakje soalan yang bakal dikemukakan sekejap lagi.
"Hmmm...tapi jangan marah tau..."katanya lagi.
Aku mengangguk. Nak marah buat apa?
"Hmm...tadi tu ex boyfriend?"
Aku angguk.
"Razman?"
Aku angguk jugak. Dalam masa yang sama, aku berfikir. Aku ada beritahu dia pasal Razman ke? Atau Cha beritahu ye? Aku hilang ingatan sekejap. Oh, aku yang beritahu.
"Hmm...dia nak apa tadi sampai tarik tangan Qis macam tu?"
Hah, soalan ni membuatkan aku kena tarik nafas panjang kemudian hembus. Baru boleh jawab.
"Dia nak Qis semula." jawapan yang paling ringkas yang boleh aku berikan.
" Sampai tarik rentap tangan Qis? Sampai macam tu sekali?"
Huh! Aku tarik nafas aku kemudian hembus. Aku tak tahu nak jawab apa. Malas nak cerita panjang lebar. Aku angguk je la.
"Dah tu...Qis nak dia lagi ke?"
Aku pandang dia.  Aku geleng. Tak nak lah! Tak ingin! Bak kata pepatah, mati hidup semula pun tak ingin lah.
Dzal Aidi hanya senyum. Aku pelik. Senyum kenapa? Kelakar ke aku beri jawapan dengan gelengan kepala je? Atau dia dengar hati aku menjawab?
"Hmm...kenapa dia cakap Qis ni ' bekas ' dia?"
Booom! Soalan yang paling aku tak suka nak jawab! Soalan yang aku rasa menghempap kepala otak aku! Aku sendiri pun tak tahu nak jawab! Aku rasa malu, marah, benci, semuanya ada! Tapi, kenapa aku nak malu? Aku tak bersalah pun. Aku masih suci lagi. Suci! Dara!
"Qisss...Aidi tanya ni...dengar tak?"
Aku mengangguk angguk kepalaku.
"Kenapa dia cakap macam tu? Qis dengan dia dulu ada..."
Aku terus memandang Dzal Aidi. Marah. Benci. Dia pun nak anggap aku macam tu ke? Kalau dia percaya kata - kata Razman, bermakna dia pun sama je macam Razman. Lelaki tak ada pendirian. Tak ada kepercayaan sendiri. Tak ada pegangan.
Tiba - tiba Dzal Aidi menyeka air mata yang mula mengalir di hujung ekor mataku. Aku tak sedar aku menangis. Rupanya rintihan dalam hati aku, menjadi air mata di realiti. Aku malu, dan aku tak rela Dzal Aidi menyentuh aku lagi. Aku memalingkan wajah aku ke luar tingkap.
Dzal Aidi rasa bersalah. Dia diam sebentar sebelum dia mula bersuara semula selepas beberapa minit.
"Aidi minta maaf kalau Aidi bertanya tu, menyinggung hati perasaan Qis...Aidi minta maaf ye..." tangannya terus mencapai tangan aku, kemudian digenggam erat. Aku terkedu. Aku rasa jantung aku turut terhenti berdegup. Apa yang aku rasa sekarang ni? Ya Allah, dup dap dup dap.
Aku hanya mendiamkan diri saja. Kenapa aku tak larat dan tak mampu nak tarik dari genggaman dia ni? Lemahnya aku rasa. Tapi, tangan dia menghangatkan genggaman tangan kami. Ya Allah. Jauhkan aku dari godaan syaitan.
"Aidi saja nak menduga Qis...apa reaksi Qis...Qis tak buat semua yang terkutuk tu kan...kan?" sambung Dzal Aidi yang semakin kuat genggaman tangannya.
Aku mengangguk. Kemudian aku memandang dia. Aku mencari kekuatan mempertahankan maruah aku yang jatuh terjelepuk di depan Dzal Aidi gara - gara dek Razman petang tadi. Tak boleh jadi. Aku mesti mempertahankan diri aku, maruah aku. Kalau bukan aku, siapa lagi.
"Qis tak buat semua tu Aidi...Qis tak buat. Qis tak pernah rela diapa - apakan dia, kecuali berpegang tangan...macam ni." aku mengangkat tangan aku yang berada di dalam genggaman dia.
Dzal Aidi senyum. Kemudian membalas.
"Eh, ni pegang tangan bukan nak menggatal macam Razman tu. Ni tadi nak minta maaf...sebab sayang lah Aidi minta maaf dan sebab sayang jugalah Aidi bertanya nak tahu kebenaran dari mulut Qis sendiri..."
Aku menyengih saja. Hakikatnya aku tergamam mendengar ayat dia. Sayang? Sebab sayang? Biar betul? Dah kenapa dia ni?
"Dah lah, hal petang tadi Qis jangan risau lah, jangan fikirkan lagi...ye. Aidi percaya pada Qis."
Aku mengangguk. Bertambah pening kepala aku. Kenapa dia perlu mengucapkan dia percaya pada aku?
"Ni rumah Qis...?" tanya Dzal Aidi menyedarkan aku dari lamunan persoalan aku. Aku mengangguk. Eh, dah sampai akhirnya ke rumah aku. Nak maghrib dah. Aduh, confirm kena soal dengan mama, kenapa lambat balik. Aku lupa beritahu pulak tu yang aku nak tengok wayang sesudah habis kerja. Ah, sudah! Menjawab lah kau, Qis.
Aku senyum memandang Dzal Aidi. Dia membalas. Aduh, kenapa perasaan aku ni. Dup dap dup dap.
" Terima kasih, hantar Qis balik ye..." ucap aku sambil membuka pintu kereta.
"Sama - sama. Malam nanti, Aidi call Qis. Tunggu tau, jangan tidur dulu."
Aku angguk. Kemudian baru aku terfikir. Sejak bila dia ada nombor telefon bimbit aku? Aku ada beritahu dia ke? Atau aku hilang ingatan. Tak apalah, nanti - nantilah fikir.
Lalu aku keluar. Kemudian aku melambai - lambai Cha dan juga Dzal Aidi meninggalkan aku yang sudah pun masuk ke dalam pagar rumah aku. Mawar hanya muncung sedepa. Menyampah dengan aku lah tu. Lantak pi lah Mawar oiii...aku ada masalah lagi besar ni. Mama!
Dengan perlahan aku memulas tombol pintu rumah. Aku cabut kunci rumah pendua aku di pintu dengan perlahan juga. Kemudian aku tutup kembali pintu rumah, lalu aku terus menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Baru sahaja kaki aku menapak di anak tangga ketiga, mama menyergah aku.
"Maghrib baru nak balik? Pergi mana?"
Aku macam nak terjelepuk kat tangga bila kena sergah dengan mama. Suara mak aku ni, tak payah guna mikrofon tau.
"Pergi tengok wayang tadi dengan Cha...lupa nak beritahu mama. Plan spontan je tadi. Sorry ma..." jawab aku perlahan.
"Betul keluar dengan Cha?"
Wah, soalan mama ni macam suspek something wrong je dengan aku. Kenapa ye?
"Betullah ma...buat apa nak tipu. Cha bawa kawan - kawan ofis dia juga tadi...malam ni Cha nak tidur sini, dia cakap tadi."
Mata mama merenung aku membuatkan aku gerun. Aku ada buat salah ke? Salah apa?
"Kalau betul tak apa lah...mama risau."
Huh! Lega hati aku. Ingatkan kenapa tadi. Aku rasa aku tak buat salah. Oh, mungkin dia tahu aku jumpa Razman kot. Tu yang dia risau tu. Aku pun menyambung semula menapak menaiki anak tangga. Tiba - tiba mama bersuara lagi dari kejauhan.
"Jangan kau keluar dengan suami orang dah lah Qis..." jerit suara mama dari dapur.
Aku menelan liur. Apa maksud mama ni? Eh, mama silap ni. Dia bukan suami orang, tapi dia bekas suami orang a.k.a duda berhias. Hikhikhik...aku gelak sendiri sambil menutup pintu bilik aku.
Aku merebahkan diriku ke atas katil. Uh, sedapnya. Tetiba aku teringat saat Dzal Aidi menghulurkan tangannya di hadapan Razman petang tadi dan juga saat dia meminta maaf di dalam kereta tadi. Ada maksud apa - apa ke dia ni? Kata - kata dia pun banyak yang tersirat. Dia suruh tunggu dia menelefon aku malam ni pulak tu. Kenapa dia ni eh? Tapi aku dapat rasa getaran jantung aku berbeza. Berbeza sama sekali. Ini bukan perasaan sebagai kawan biasa. Adakah ini? Oh, tidak. Hati-hati Qis...dia buaya duda berhias. Jangan main api Qis... Ah, lebih baik aku mandi daripada fikirkan hal dia.
Eh, kalau dia main api dengan kau, kau pun boleh je main api dengan dia. Kata suara hati aku yang lain pula. Ah, sudah.
Tring! Tring!
Telefon bimbit aku berdering. Aduh, potong stim betul. Aku baru nak sambung berangan dengan duda berhias dalam shower. Siapa pulak telefon aku maghrib - maghrib ni...? Aku tercari - cari telefon bimbit aku di dalam poket seluar aku tadi.
Aku lihat nombor yang tertera. Tak kenal. Siapa ni? Aku jawab.
Klik!
Aku hanya mendiamkan diri. Memang ini style aku, biar si pemanggil yang bersuara dulu.
"Hello...assalamualaikum, Qis..."
Aku macam kenal suara ni.
"Aidi?"
***bersambung***







 

DeHearty Gurl Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal