Monday, November 11, 2013

Isteri 3 Bulan! -Bab 3

Posted by Mommymam at 10:18 PM 2 comments

Bab 3

Q memarkirkan keretanya di sebelah kereta Budiman di tempat seperti yang telah dijanjikan. Budiman sudahpun berdiri diluar keretanya menunggu kedatangan Q.

Q keluar  dan terus menghampiri Budiman.

"Kkenapa kau  tak pakai baju kurung?" tegur Budiman setelah melihat pemakaian Q.

"Kau gila apa? Saat - saat genting macam ni, mana aku nak cari baju kurung? Aku mana ada baju kurung...baju raya tahun lepas adalah..." marah Q.

Budiman senyum. Dia lupa bahawa kawannya ini jenis tomboy. Manalah suka pakai pakaian keperempuanan sangat tu. Hanya pada hari raya sajalah yang dia pakai. Sepanjang mereka berkawan baik pun, belum pernah Budiman melihat Q memakai baju kurung kecuali seluar jeans, sport shoes dan juga t-shirt yang besar dan labuh. Semasa kenduri tahlil ayah Budiman pun Q datang berseluar jeans dan shirt labuh serta bertudung lah.

"Dah lah suruh datang sini mendadak...lagi mahu suruh aku pakai baju kurung..." bebel Q lagi sambil membetulkan seluarnya yang sedikit terlondeh.

Budiman senyum.

"Yela, yela. Jom, kita pergi shopping dulu....masuk lah ke dalam kereta."

"Shopping? Kau ni nak bawa aku jumpa emak kau ke atau nak bawa aku shopping?" tanya Q kehairanan sambil mencekak pinggang.

Budiman senyum.

"Kita cari baju untuk kau lah..."

Q menilik - nilik bajunya.

"Macam ni tak okay ke Budi...?"

"Nope! Lets go my dear princess..." Budiman membukakan pintu keretanya untuk Q.

Q menjeling menyampah bila dia di layan Budiman sebegitu. Tak suka betul!Q menepis tangan Budiman di pintu kereta. Lalu terus masuk menutup pintu. Budiman tergelak kecil. Suka sangat dia mengusik Q saat ini. Bila lagi nak usik tomboy garang ni.

Setelah tiba di shopping mall yang sehaluan ke rumah Budiman, mereka pergi ke butik pakaian wanita. Lima belas minit sudahpun berlalu, masih belum ada lagi pakaian yang mencuri hati Q. Dia bingung dalam bab memilih pakaian perempuan. Baginya, ini semua leceh!

"Lama lagi ke yang oiii....tak ada yang berkenan ke?" tanya Budiman yang berkerut dahinya melihat Q yang terkial - kial hendak memilih baju.

Q hanya menggeleng - gelengkan kepalanya saja sambil tangannya tercari - cari pakaian yang sesuai dengan wataknya. Apa je yang sesuai untuk dia kalau namapun baju kurung. Bukan tshirt.

"Nah! Ambil yang ni,pergi cuba...aku rasa ni paling cantik...try la dulu kat fitting room, muat ke tidak..." arah Budiman.

Bunga pink? Q terus berlalu ke fitting room sambil mengeluh perlahan. Budiman tergelak kecil. Tak suka lah tu. Nak buat macam mana, idea dia jugak suruh kahwin dengan dia. Rasakan! Detik hati kecil Budiman.

Beberapa minit kemudian, Q keluar dari fitting room.

"Hah! Nah, tengok...okay tak ni?"

Budiman tertelan liur. Cantiknya minah ni! Sopan! Ayu! Terpana seketika melihat Q sebegitu rupa.

"Cepat lah! Okay tak...? Aku panas dah ni...rimas..."

Budiman terus mengangguk laju.

"Okay! Okay! Cantik!"

"Cantik isteri encik dengan baju ni...sangat sesuai dengan warna kulit isteri encik..." puji Promoter butik berkenaan.

Budiman dan Q berpandangan sesama sendiri. Kemudian mereka ketawa. Promoter tersebut terasa pelik. Apa yang berlaku ni?

"Kenapa encik? Saya salah cakap ke? Encik dan cik bukan suami isteri ke? Maafkan saya lah kalau macam tu..."

"Tak apa...tak apa...its okay...betul, awak betul..." jawab Budiman berserta saki baki tawanya.

Q juga mengawal saki baki tawanya juga.

"Tak apa dik...kami memang kuat ketawa. Dik, saya nak pakai terus baju ni boleh tak?"

"Boleh cik...tapi, izinkan saya ambil tag price baju ni boleh?"

Q mengangguk mengiyakan dan terus memusingkan belakang badannya bagi memudahkan Promoter tersebut mengambil tag price baju yang dipakainya. Setelah selesai pembayaran, Budiman membelikan juga kasut tumit tinggi dan handbag untuk Q. Setelah semuanya lengkap, mereka meneruskan perjalanan pulang ke rumah Budiman. Di sepanjang perjalanan, Budiman menceritakan serba sedikit tentang mama, Pak Long dan juga Mak Long. Tak lupa juga, Budiman menceritakan tentang sepupunya, Hani Insyirah yang jatuh cinta pada dirinya. Q tergelak - gelak mendengar cerita Budiman.

"Kau janganlah gelakkan aku..." kata Budiman.

Q cuba mengawal tawanya. Bagi dirinya amat kelakar bila sepupu sendiri boleh jatuh cinta dengan abang sepupu.

"Budi...kenapa kau tak terima saja si Hani tu?"

"Aku tak suka lah perempuan gedik..." Budiman mengeluh kecil.

" Aik! Bukan ke kau suka perempuan menggedik -gedik dengan kau?"

Berkerut dahi Budiman.

"Bila masa pulak aku suka dengan perempuan gedik?"

"Habis tu...Maria Neesa tu menggedik kau suka je..."

"Ooi...dia tak gedik lah, tu namanya manja. " Budiman menegakkan pendapatnya tentang Maria Neesa. Tiba - tiba dia teringat akan Maria Neesa. Rindunya.

Q mencebik. ' Ah, kalau dah cinta...kentut bau telur pun dikatanya sewangi melur! '

Dia teringat bagaimana gediknya Maria Neesa di depan Budiman ketika dia menemani Budiman yang curi - curi untuk berjumpa di UK pada tahun lepas. Budiman sanggup menipu mamanya dengan mengatakan dia pergi bercuti mengikut rombongan syarikat tempat kerjanya semata - mata untuk buah hatinya.

"Hah...kita dah sampai...are you ready my dear princess?"

Buk!

"Aduh! Sakit lah Q....tangan kau ke besi ni?" kata Budiman sambil menggosok - gosok bahunya yang sakit.

"Kau panggil aku lagi sekali 'dear princess'...aku tumbuk kau lagi sampai lebam..." Q beri warning.

Budiman tergelak. Patutlah kena tumbuk.

"Kalau macam ni lah kau layan aku bila dah kahwin nanti, glamorlah nama aku dan kau..."

Q menoleh memandang Budiman. Terbantut niatnya hendak membuka pintu kereta.

"Kenapa pulak?"

"Yela...terpampang heading news 'Suami mati ditumbuk isteri gara-gara panggil Princess'..."

Q tergelak. "Tunggulah...lagi tiga bulan news tu keluar..."

Mereka tergelak bersama. Pak Long sudah lama menanti mereka di muka pintu.

"Eh, jom kita turun...tu Pak Long aku...dah tunggu dah...meh...turun."ajak Budiman.

Q mengekori Budiman dengan langkah yang ayu sambil menanggalkan ikatan rambutnya. Rambutnya yang disimpul rapi dilepaskan dan diuraikan. Harum bau rambutnya menerpa ke pelusuk hidung Budiman. Harumnya, detik hati Budiman.

Q menghulurkan salam pada Pak Long.

"Apa khabar pakcik?" sapa Q.

"Khabar baik...ohh...inilah buah hati pengarang jantung Budi...cantik orangnya, manis...patutlah disembunyikan selama ni..." puji Pak Long sambil mengenyit mata pada Budiman.

Budiman tersenyum malu. Macam ni rupanya perasaan bila membawa buah hati bertandang ke rumah keluarga. Eh, tapi kenapa aku rasa macam ni pula? Bukannya Q buah hati aku? Budiman bermonolog sendirian.

"Eh, jemput masuklah nak...buat apa berdiri kat luar ni...meh, nak" ajak Pak Long.

Q mengerling ke arah Budiman memberi isyarat agar Budiman masuk terlebih dahulu. Budiman hanya menuruti saja. Dia perlu memainkan peranan dalam lakonan mereka hari ni sebagai pasangan kekasih di hadapan mamanya agar mama menerima Q sepenuh hati.

Q duduk berhadapan dengan Pak Long dan bersebelahan dengan Budiman sambil matanya melihat keadaan keliling. Besar jugak rumah mak Budi ni. Boleh terima ke keluarga dia ni esok bila ke rumah mak aku? Detik hati Q.

"Mak nya...Su...diorang dah sampai dah ni..." jerit Pak Long.

Q tersenyum memandang Pak Long. Hatinya geram melihat cara Budiman yang duduk di sebelah dia. Dia ni, janganlah duduk je sebelah aku. Macam dia pulak yang tetamu. Tersengih - sengih pula tu.

"Nama anak siapa? " Pak Long memulakan bicara.

"Hah?...aaa...nama saya Que Auliya binti Que Farish Pak Long...eh, pak cik" Q menutup mulutnya yang terlajak memanggil orang tua itu Pak Long. Macam lah dah kahwin nak panggil macam tu.

"Eh, tak apa...memang patutpun panggil Pak Long. Lagipun, memang kamu nak kahwin dah pun kan...tak salah pun. Tak payah malu." kata Pak Long sambil tergelak kecil melihat telatah Q.

Budiman senyum memandang Q. Q membalas senyuman. Dah nak kahwin ke?

Mak Long memberi salam bila tiba di ruang tamu. Tersenyum wajah tua Mak Long bila terlihatkan Q. Q bangun menghulurkan salam kepada Mak Long.

"Apa khabar makcik?"

"Baik nak...cantik orangnya kan bang...patutlah Budi  tak nak tunjukkan pada kitorang selama ni. " puji Mak Long.

Q hanya tersenyum. Dalam hatinya, makcik ni perli ke puji? Confius aku.

" Mama mana mak long?" hati Budiman resah bila Puan Seri Khatijah tidak muncul keluar daripada tadi. Risau agaknya, takut perempuan yang aku bawa balik ke sini  hari ni Maria Neesa agaknya.

"Assalamualaikum..." Puan Seri Khatijah akhirnya muncul di ruang tamu.

Semua mata memandang Puan Seri Khatijah. Q menelan liur. Okay, ini mama dia. Aku akan pastikan mama dia terima aku. Sekarang ni, aku nak berlakon atau aku nak ikut je cara selamba aku? Ah, selamba je lah. Buat apa aku nak berpura - pura, tercover - cover. Lalu Q terus bangun mendapatkan Puan Seri Khatijah untuk bersalaman.

Puan Seri Khatijah sebenarnya agak terperanjat bila terpandang wajah Q. Bukan Maria Neesa! Perasaan terperanjat ada, suka gembira pun ada, tenang dan lega pun ada. Akhirnya doanya dikabulkan Allah. Daripada semalam dia berdoa, agar bukan Maria Neesa yang di bawa ke rumahnya pada hari ini. Tapi, cantik pula perempuan yang Budiman bawa ni. Pandai pulak dia pilih. Tapi, siapa dia ni? Macam pernah nampak.

"Siapa namanya ni...?" sapa Puan Seri Khatijah. Tak sempat Q hendak bertanya khabar.

"Que Auliya binti Que Farish makcik...eh, Puan Seri..."

Pak Long tergelak melihat telatah Q yang spontan menutup mulutnya cover malu.

Puan Seri Khatijah senyum.

"Tak mengapa...panggilje mama..."

Q terkedu. Budiman tercengang. Wah! Respon pertama yang sangat positif dari mama.

Hani Insyirah yang menghendap Q dari dapur terasa sangat menyampah. Mama! Cepatnya Mak Usu ni terima perempuan tu. Mana boleh jadi ni. Memang kau cari musuh lah jawabnya perempuan. Berani nak rampas cinta aku. Nahas lah jawabnya! Tapi...siapa perempuan ni! Sejak bila abang Budi bercinta dengan perempuan ni...? Macam pernah nampak lah dia ni. Hani Insyirah bermonolog sendiri di dapur.

"Sedap namanya Budi...secantik orangnya...pandai kamu pilih Budi..."puji Puan Seri Khatijah lalu menarik tangan Q untuk duduk di sisinya. Q hanya menuruti.

Bagi Puan Seri Khatijah kini, segalanya telah berakhir. Kerisauan akan anaknya yang terlalu mencintai Maria Neesa kini terlebur sudah. Baginya, apa yang penting kini adalah bukan Maria Neesa yang dibawa pulang oleh Budiman. Sekarang, dia akan pastikan Budiman berkahwin dengan gadis manis bernama Que Auliya.

" Eh, mana si Hani anak awak tu? " tanya Pak Long pada Mak Long di sebelahnya.

"Ada kat dapur tadi rasanya..."jawab Puan Seri Khatijah.

" Haniiii....!" jerit Mak Long memanggil anak bongsunya.

Budiman senyum memandang kemesraan yang terserlah di antara mama dan Q. Sangat serasi. Terjelas di wajah mama keceriaan yang ikhlas dari hati bila bukan Maria Neesa yang dibawanya pulang hari ini. Hati Budiman lega tapi terselit kesedihan dan persoalan. Kenapa mama tak boleh segembira ini bila dia dan Maria Neesa? Kenapa terlalu benci kan dia?

"Sejak bila kamu bercinta dengan Que Auliya ni?" Puan Seri Khatijah memandang Budiman yang merenung ke permaidani. Dia sudah mengingati kembali, Q adalah kawan cosmate Budiman sejak dulu lagi. Arwah suaminya juga, bapa kepada Budiman turut berkenan dengan Q. Mana tidaknya, Budiman yang degil dan separa matang ni boleh dengar cakap jika Q yang bersuara.

Q membesarkan matanya memandang Budiman yang tercengang bila disoal mamanya.

"A...aa...tak lama jugak lah...dalam 6bulan yang lepas..." jawab Budiman.

'Huh, nasib baik ingat apa yang dirancang dalam kereta tadi...' kata hati Budiman. Q melepaskan nafas lega.

" Hah...ni pun dia budak Hani...salam tu, bakal isteri abang Budi..." arah Mak Long.

Hani sudah pun berada di belakang Puan Seri Khatijah. Dalam hendak tak hendak saja dia berjalan menuju ke arah Q yang duduk mesra dengan Puan Seri Khatijah. Hani melihat tangan Q digenggam kemas Mak Usunya. Dia tahu sangat perangai Mak Usunya. Kalau dia dah suka dengan seseorang tu, dia akan genggam tangan orang tanda sayang. Benci nak tengok!

Q senyum memandang Hani yang berdiri di hadapannya. Lalu Q menghulurkan salam. Hani hanya mencuit sikit sahaja di hujung jarinya, malas nak salam lebih. Q terkedu sedikit. 'Amboi...bukan main cantik lagi perangai kau, ketot...' detik hati Q.

"Eh, Hani...ada ke salam macam tu...salam betul - betul...cepat...kan pangkat kakak tu" marah Mak Long.

'Hah...kan dah tebal muka kau tu setebal make up kau bila kena tegur macam tu...' kata hati Q sambil tersenyum dalam hati.

"Eh, kakak ke dia?" jawab Hani sambil menuding jari ke arah Q.

Budiman tergamam bila melihat reaksi Hani Insyirah sebegitu. Tak sangka sungguh. Marah ke dia ni?

" Eh, eh dia...menjawab pulak. Kakak lah...dah tentu bakal isteri abang Budi kamu. Walaupun dia lebih muda dari kamu ke, pangkat dia tetap kakak ipar sepupu kamu..." jelas Pak Long.

Hani terus menghulurkan salamnya walaupun nampak keberatan dia melakukannya.

"Umur berapa?" tanya Hani selamba.

Q senyum.

"27...umur berapa?"

Hani terperanjat. 27? Biar betul? Muka nampak baya aku je. Tapi, dia sebaya abang Budi.

"Okay...kakaklah. Saya, 24." jawab Hani tanpa memandang muka Q sambil berlalu duduk bersimpuh di tepi Puan Seri Khatijah.

Q hanya tersenyum gelihati dengan sikap Hani. Marahlah tu cemburu, aku nak kahwin dengan buah hati dia, bisik hati Q.

"Maafkan lah si Hani ni ya Liya...dia ni memang mengada macam ni..." jelas Mak Long sambil matanya menjeling geram melihat tingkah laku Hani Insyirah yang kebudak - budakkan.

Puan Seri Khatijah tersenyum memandang Q yang hanya mengangguk saja kata -kata Mak Long. Lain benar penampilan Q hari ini berbanding hari - hari biasa ketika dia berjumpa dengan Budiman di universiti dulu. Sangat ayu dan cantik. Jika dulu, nampak dirinya seorang yang kelakian tetapi hormat orang tua.

" Que Auliya ni abang long, sebenarnya kawan baik si Budiman ni...saya kenal dia dah sebelum ni..." jelas Puan Seri Khatijah kepada Pak Long.

"Laa...gitu ke ceritanya....patutlah kamu nampak mesra bebenar dah..." balas Pak Long sambil mengangguk - angguk mengiyakan cerita Puan Seri Khatijah.

Hani Insyirah terlopong mulutnya mendengar penjelasan Puan Seri Khatijah. Kawan baik? Patutlah aku macam kenal. Ya! Aku pernah jumpa dia semasa kenduri arwah Pak Usu tahun lepas. Tapi, seingat aku dia ni tomboy. Wah! Berpura - pura sopan nampaknya. Nak tambat hati Mak Usu lah tu. Nanti kau. Pecah tembelang kau!

Q yang ternampak riak muka Hani Insyirah yang terperanjat, tersenyum. Pasti dia tak sangka lah tu.

"Ohh...Hani ingat lagi tahun lepas, masa  kenduri arwah Pak Usu...akak ada datang kan? " Tiba - tiba Hani Insyirah mencelah perbualan mereka dengan gaya manjanya.

Budiman ternganga. Alahai, apalah si gedik ni nak kecohkan ni....

"Ya....akak ada datang tahun lepas..." jawab Q.

Pak Long dan Mak Long memandang muka anak daranya. Aik, nak berbaik pulak dah ke?

"Tapi...bukan ke akak macam ala - ala tomboy, tak macam ni pun kan sebenarnya...? Kan? Sejak bila berubah? Tadi?"

Budiman yang mendengar pertanyaan dan pernyataan Hani Insyirah tu membuatkan dia terasa nak tepuk dahi je budak ni.

Q senyum. Memang nak cari pasal budak mentah ni. Tak puas hati nampaknya. Silap orang ye.

" Apa Hani cakap kan ni? Tak baik cakap macam tu..." jerkah Pak Long.

Puan Seri Khatijah memandang wajah anak buahnya itu. Macam marah je bunyi ayat Hani ni? Kecewa ke bila harapannya ditolak Budiman? Bisik hati Puan Seri Khatijah yang risau.

"Tak apa Pak Long...biar saya jelaskan...memang akak sebelum ni, selepas ni dan sampai bila - bila mungkin, berpenampilan seperti tomboy. Cuma hari ni, akak menghormati majlis dan keadaan. Yela, kata nak jumpa ahli keluarga bakal suami. Kita kenalah sopan dan jaga penampilan kan...sekurang - kurangnya akak tak hipokrit macam sesetengah manusia tu. Depan mak ayah pakai sopan bertudung, clubbing malam pun katanya tak pernah dikunjung. Tapi, sebenarnya di luar pengetahuan mak ayah lah dia tak bertudung, seksi, clubbing malam lah tempat berkurung...betul tak Pak Long apa saya cakapkan ni? Kalau salah, betulkan lah saya Pak Long..."

'Hah! Ambik kau Hani...silap orang kau nak cari gaduh...' detik hati Budiman yang memandang Q, kemudian menaikkan keningnya dan mengangguk tanda setuju dengan pengakuan Q.

Q hanya tersenyum. Hani Insyirah menjeling. Dalam hatinya sangat marah kini. Macam mana dia boleh tahu, aku pergi night club selalu? Dia pernah nampak ke aku tak bertudung sebelum ni? Hati Hani Insyirah membuak rasa menyampahnya terhadap Q.

" Liya anak yang ke berapa dalam keluarga? Berapa orang adik beradik? " tanya Pak Long bagi mengubah topik yang nampaknya seperti sedikit tegang di antara Hani dan Q.

"Saya sorang je Pak Long...takde adik beradik, anak tunggal." jawab Q senyum.

"Hah! Padan sangat lah kamu berdua ni, sama - sama anak tunggal..." sahut Puan Seri Khatijah sambil memandang Budiman. Budiman hanya senyum meleret mengenyitkan mata kepada Q.

Q hanya menjeling. Jaga kau lepas ni. Nak menggatal kenakan aku ye.

"Mama panggil nama kamu Liya lah...ataupun Auliya, boleh ye?" kata Puan Seri Khatijah lagi.

Q hanya mengangguk - angguk setuju. Alahai, mak mertua aku ni. Ops! Belum sah lagi!

"Eh, marilah kita berborak panjang lagi sambil makan tengah hari. Hidangan pun dah siap dah tu." kata Mak Long.

" Aah, ye tak ye jugak...sampai lupa mama nak jemput kamu makan bila dah terpandang wajah kamu ni Liya. Dah, meh kita ke ruang makan sana...mari Liya..." ajak Puan Seri Khatijah sambil menarik tangan Q.

Q menuruti saja Puan Seri Khatijah sambil mengangkat keningnya pada Budiman sebagai tanda rancangan mereka semakin berjaya.

Hani Insyirah yang memandang kemesraan Mak Usunya dengan Q terasa sangat benci. Di dalam fikirannya kini, pelbagai rancangan hendak dikenakan terhadap Q. Impian aku tak akan terhenti di sini saja. Jika aku tak dapat memiliki abang Budi, tak ada siapapun akan dapat jugak.

Di ruang makan, Budiman menarik kerusi untuk Q. Kemudian, dia duduk di sebelah Q. Dengan pantas Hani Insyirah ingin duduk di sebelah kanan Budiman.

Pap!

Hani Insyirah memandang orang yang menepuk bahunya. Emak!

'Kenapa? Nak apa?' tanya hati Hani Insyirah sambil mengangkat keningnya memandang Mak Long.

Mak Long memberi signal kepada anak daranya itu agar duduk di hadapan Budiman. Bukan duduk di sebelah Budiman. Biarkan kerusi di sebelah Budiman itu kosong. Mak Long kenal sangat perangai Hani Insyirah. Kalau dia hendakkan sesuatu, dia akan pastikan akan dapat walau dengan apa cara sekali pun.

Lalu Hani Insyirah bangun sambil menghentakkan kakinya. Q perasan akan tindakan Hani Inyirah tadi. Q tersenyum. Namun dalam hatinya terdetik. ' Bahaya, bila ada dalam ahli keluarga yang benci akan hubungan seseorang. Aku harus berhati - hati dengan budak ni. Tak apa, kita tunggu dan lihat.'

Setelah hidangan sudah terhidang, Puan Seri Khatijah menjemput semua untuk menjamu makan tengah hari mereka.

"Jemput makan Liya...jangan malu. Lepas ni, kita bincang hal perkhawinan kamu berdua ye..."

Q senyum. Kemudian memandang Budiman. Budiman turut tersenyum. Rancangan mereka hampir berjaya. Tanpa mereka sedar, mereka mengukuhkan ikatan persahabatan mereka dengan ikatan lebih kukuh iaitu ikatan suami isteri.

Wah! Lauk asam pedas ikan pari. Ni kegemaran aku ni. Q ingin mencapai lauk kegemarannya. Dalam masa yang sama, Hani Insyirah mencapainya terlebih dahulu.

"Abang Budi nak asam pedas ni? Hani boleh ceduk kan...abang nak?"

Budiman terdiam. Matanya memandang Hani Insyirah. Kemaruk apa budak ni?

Q tergamam. Nak gelak ke tak ye? Hajat hati Q, ingin saja dia menggelakkan perangai kebudak - budakkan si Hani ni.

"Eh, Hani...tak payah kamu nak sibuk cedukkan abang Budi kamu tu, Kak Liya tu kan ada...ishhh, ada saja budak ni. Dah, letak lauk tu biar Kak Liya kamu yang layan abang sepupu kamu tu..." Mak Long mencuit tangan Hani Insyirah yang memegang lauk tersebut.

Q senyum dan terus mencapai lauk di tangan Hani Insyirah. Aku tak sibuk pun nak layan bakal laki aku ni, dia pulak yang sibuk. Kalau lah bakal mak mertua aku ni tahu aku langsung tak teringatkan anak lelaki dia ni,  tak jadi dia nak bermenantukan aku, huk huk. Q tergelak dalam hati sambil mencedukkan lauk untuk Budiman.

Budiman terasa hendak ketawa pun ada, terasa kasihan pun iya. Kasihan bila Hani adik sepupunya itu beriya - iya mahukan dia, menarik perhatian dia. Tapi apa boleh buat, hatinya tidak langsung terusik untuk Hani Insyirah.

Hani Insyirah terasa sangat malu dan makin bertambah bencinya terhadap Q. Lebih - lebih lagi bila ibu dan bapanya sendiri asyik membela dan melebihkan Q daripada anaknya sendiri. Tapi, tak mengapa. Walau apa jua sekalipun, aku tetap takkan berputus asa.

Sedang mereka menikmati juadah makan tengah hari, Puan Seri Khatijah bersuara. Ligat sungguh fikirannya memikirkan bagi mempercepatkan majlis perkahwinan untuk Budiman dan Que Auliya.

"Abang Long...apa kata esok, kita pergi ke rumah Liya. Kita hantar merisik terus...boleh Liya?"

"Hah?" Q dan Budiman terjerit serentak. Mereka berpandangan.

***Bersambung***

 

DeHearty Gurl Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal